BAB 3

Romance Completed 6966

" 1 Januari. " Ringkas Dila menjawab. " Hah, cik abang ni pulak. Berapa hari bulan?" Lelaki yang berdiri tegak disebelah Dil hanya menunjukkan jari telunjuknya di hadapan abang Afiff. Maksudnya, dia juga dilahirkan 1 Januari.

" Oh, sama! Okay kalau macam tu.. Disebabkan awak berdua yang paling tua jadi awak jadi penghulu dan awak penghuluwati. Jadi, korang kenalkan diri. Semua nak tahukan siapa diorang?" Laung abang Afiff. Semua pelajar bersorak. Mereka ingin tahu siapakah penghulu dan penghuluwati mereka.

" Kau lah cakap dulu." Pinta Dila. Dia memandang tepat ke arah lelaki disebelahnya. " Ahh, kaulah dulu." Dila mencebik. Takkanlah dia dulu. Dia perempuan. Memanglah selalunya ' Ladies first' tapi utnuk yang ini lelaki lah pulak.

" Eh, cepatlah. Diorang nak dengar ni. Bagitahu nama korang, sekolah mana dulu dengan hmmm, moto korang sendiri. Hah, cepat! Lelaki dululah." Abang Afiff menarik lelaki itu ke hadapan sedikit. Ada gentar pada raut wajah lelaki itu.

Dila mengangkat-angkat keningnya sambil memandang muka lelaki itu. Lelaki itu redha. ' Dia ni kan. Sengaja kenakan aku.' Gerutu hatinya. Lelaki itu mula menolak suis 'on' pada mikrofon.

" Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya.. Hmm, saya ke aku ni? Ahh, senang aku kau jelah eh? Dah biasa kan? Hehe. Nama aku Eddy Zharish Bin Qarmizi. Aku dulu sekolah SMK Dato' Jaguh dekat Johor. Moto...hah...moto aku... Never quit, try to quick.. Tulah moto aku. Okay, thanks."

Ceppat-cepat dia menyerahkan mikrofon itu kepada Dila. Takut benar tu. Dia terkedu. Dia menarikkan kembali mikrofon yang dah pun Dila pegang. " Lupa. Hehe. Panggil aku Eddy." Dia senyum pada Dila. Muka Dila dah menyirap.

' Beriya bagi aku mic ni. Tapi, ada lagi yang tak cakap rupanya. Malu tahap gaban dia ni.' Dila membalas dengan sengihan sahaja. Malas nak berdrama depan lelaki itu. Be yourself, Dila.

' Aku bukan pemalu. Aku tak tahu nak cakap apa. Err, tengok muka pun dah tahu kau kutuk aku. Aku hempuk kau karang!' Bentak hati Eddy. Dia tak marah tapi geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience