BAB 9

Romance Completed 6966

Tak ada kuliah petang khamis itu. Jadi Dila pergi ke kafe. Nak makan. Lapar. Ema pulak balik sebab sampai minggu depan dia tak ada kuliah.

" Kak, tembikai laici satu. Hmm, dengan spaghetti blognese satu eh." Dila berjalan menuju ke arah meja kosong itu. 'Ramai pulak yang singgah kafe hari ni.'

Ahh, dah sampai pun air. Spagetti lambat lagi sampai. Menunggu jelah yang mampu. Matanya meliar tiba-tiba matanya tertancap kepada sekumpulan pelajar lelaki di arah bertentangan mejanya.

" Geng Ijam pun lepak sini ke? Macam haremm... Spoil mood aku. Tengok tu, sibuk je nak pandang sini. Tah apa benda lagi yang diorang rancang. Si Eddy tu pun ada. He never change." Bebel Dila.

Air tembikai laicinya diminum. " Burrrr" Habis semuanya tersembur keluar daripada mulut Dila. " Masinnya!" Kemudian dia terdengar dekahan daripada arah bertentangan.

' Dah agak dah. Mesti diorang punya kerja. " Dari jauh Ijam menunjukkan sepaket garam halus. Memang mereka punya kerja. Dila bingkas bangun dan meninggalkan not RM 5 di atas meja itu.

" Memang tak akan pernah berubah. Sia-sia aku bagi kau peluang. Memang hidup aku dekat sini untuk dimalukan je." Titisan air mata mula membasahi pipinya.

" We, alah... Korang letak garam?! Haih, hari tu kan aku ada cakap janganlah kacau orang lagi. Insaflah sikit. " Eddy hanya mampu melihat Dila pergi.

Ijam memandang pelik ke arah Eddy. " Eh, kau ni Eddy. Relakslah..." Mereka semua sambung makan. Hanya Eddy yang duk termenung di sebelah Amran.

Dila sedih. Malu. Semuanya bercampur-baur sekarang. Mungkin apa yang dia sangka daripada Eddy tak sama daripada apa yang dia cuba bayangkan. Eddy masih sama.

Esoknya ada kuliah. Lepas habis kuliah Dila terus pulang. Malas nak duduk lama-lama dalam tu. Buat sakit hati dia saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience