BAB 10

Romance Completed 6966

' Hmm, macam ada benda je yang aku tak buat.' Pertanyaan hatinya diendahkan sahaja.

" Dila..." Lepas habis kuliah geng-geng Eddy pergi lepak di kafe. Dia nak sambung buat kerja katanya. Tetapi, bukan itu niatnya. Dia nak jumpa Dila. Sekarang Dila dah pulang dulu. Tak sempat pula.

Pantas saja Eddy duduk di tempat Dila. " Huh, selesa jugak duduk tempat dia ni, Patutlah selalu tidur bila Madam tak masuk. Sejuk je." Dia membuang habuk pemadam yang ada di atas meja Dila.

" Ahh, aku lupa padam benda tu! Tadi semua orang dah keluar. Baik aku padam. Karang ada pulak yang baca." Dila berpatah balik ke bilik kuliahnya.

" Apa?! Tak mungkin..." Terperanjat Eddy apabila melihat tulisan yang ada di atas meja Dila. Tulisan yang mengatakan...

' Bae, kenapa awak jahat? Kenapa awak layan saya macam ni? Hmm, wish you're my bae. Awak tak akan suka saya kan? Saya tahu tu, Eddy.

Terkejut Dila apabila meliaht Eddy kini berada di tempat duduknya. 'No!' " Eddy! Apa kau buat tu hah?!" Laju Dila menuju ke arah Eddy.

" Hmm, nothing. I'm just searching for my pen. Bye." Eddy sengih.

Cepat-cepat Dila mengeluarkan pemadamnya. Nak padam tulisan tu. ' Mamat tu dah baca ke hah? Hmm, tak perasan kot.'

Belum sempat dia memadamnya, dia terbaca satu ayat di bawah tulisannya ' You're always be my bae, Dila. Bae, pasal semalam tu saya tak tahu apa-apa pun. Saya tahu awak marah. Maafkan kawan-kawan saya sebabkan kenakan awak. Sincerely, Your BAE.'

Rasa macam nak tumbang je tatkala itu. Tapi, Dila cuba mengawal. Terus saja dia padam semua tulisan yang ada di atas mejanya. Senyumnya makin lebar.

" Aduh, sakitnya... Mesti jantan tak guna tu punya kerja lagi." Dila bingkas bangun.

" Korang ni kan, memang tak puas nak kenakan aku!" Gelas dihadapannya dicapai. Habis basah semua kertas kerja Ijam.

" Woi, kurang ajar kau!" Tak sempat Ijam ingin bangun dari duduknya Eddy datang dari arah belakang.

" Dah lah tu. Cukuplah." Eddy cuba menenangkan Ijam.

" Apa masalah kau ni, Eddy. Siapa dia kau nak bela? Aduh, kau ni. Pelik aku." Ijam berpeluk tubuh.

Eddy melangkah perlahan ke arah Dila lalu memandang Ijam. " Dia... Dia bae aku." Ternganga Dila dibuatnya. Jatuh fail yang dipegangnya.

" Jom, Dila." Eddy terus jalan meninggalkan Ijam yang tercengang. Ijam pun terkejut mendengarnya.

" Malulah aku. Kau ni!" Dila mula berbicara. " Bukan kau... Awak... Apa ni. Tak mau kasar-kasar dah dengan saya. Hehe."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience