BAB 4

Romance Completed 6966

Tiba giliran Dila pula yang berbicara. Semua pelajar perempuan bersorak namanya. Senyumannya lebar sampai menampakkan braces yang dipakainya. " Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hah, first. Nama aku Syaza Nadila Binti Iskandar. Korang boleh panggil Dila. Aku dulu sekolah MRSM Taiping. Moto...Moto aku, Chase your dream eventhough its hard."

Satu senyuman manis dihadiahkan kepada semua orang. Sebelum dia menyerahkan mikrofon itu kepada abang Afiff dia sempat berkata " Hope you guys sudi jadi kawan aku. Dan aku harap kita semua unite. Peace no war, guys!" Dia kembali menyerahkan mic itu kepada abang Afiff.

" Bersemangat betul penghulu dengan penghuluwati kita ni. Korang okay kalau diorang yang pegang jawatan ni?" Jeritan bahawa mereka setuju daripada seluruh pelajar dalam dewan malam itu diterima.

" Ema, lepas kuliah balik cepat. Kita makan sama." Sebelum Dila keluar daripada biliknya dia berpesan kepada Ema. Laju langkahnya meuju ke bilik kuliah.

Sambil jalan sambil nyanyi. Riang hati Dila bila dah menjejakkan kaki di universiti. Tak payah lagi mak ayahnya nak hantar pergi sekolah. Lagi satu, tak payah nak basuh kasut setiap minggu. Penat.

" Amboi, sedap suara." Satu suara memeranjatkan Dila. Hampir tejatuh buku dalam dakapannya. Ligat dia memikirkan siapalah yang menegurnya.

Satu susuk tubuh yang tegap dipandang lama. " Huh, kau rupanya. Salam pun tak ada. " Dila kembali berjalan. Lagi 15 minit kuliah mula lebih baik dia cepat. Menghiraukan saja si Eddy yang menegurnya tadi.

" Yelah, Assalamualaikum." Eddy mula menyamakan jalannya dengan Dila. Nak jalan sama-sama pergi kuliah. Bosan pulak jalan sorang-sorang. Selalu dengan kawan-kawannya. Tetapi hari ini tidak. Dia seorang je yang ada kelas.

Dila memandang sekilas kepada Eddy. Langsung tiada perasaan si Dila. Dengan muka toyanya dia jalan sahaja tanpa mempedulikan Eddy di sebelah. " Dah bagi salam tak nak jawab pulak dia ni." Bicara Eddy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience