BAB 1

Romance Completed 6966

Hari yang cerah. Hari ini hari bagi gadis yang bakal menjejakkan kakinya ke universiti. Mungkin keputusannya yang mendapat 7A+ dalam SPM kelmarin membuatkan dia masuk ke universiti pada semester 2.

" Ayah, Dila dah besar kan? Dah masuk U sekarang. Ayah dah sedia nak lepaskan Dila. Yelah, selalu Dila ada je dekat rumah. Hehe." Dila memnadang ayahnya sebelum mengeluarkan barangnya daripada bonet kereta.

" Ayah tahu Dila dah besar. Tapi, Dila tetap intan payung Ayah." Encik Iskandar mencubit perlahan pipi gebu anaknya.

Selesai semuanya. Barang-barang Dila semua sudah dibawa masuk ke dalam biliknya. Nampaknya, dia kena berkongsi bilik dengan seorang lagi temannya. Mungkin belum sampai lagi.

" Ma, jaga diri elok-elok. Nanti Dila tak ada dah nak tolong nyucik pinggan. Haha." Sempat lagi dia bergurau dengan mamanya, Puan Zahrina. Yelah, nanti bila dah mula kuliah tak ada masa nak bergurau dengan mama.

Kereta yang dipandu Encik Iskandar keluar dari perkarangan hostel itu dengan perlahan. Lambaian dnegan penuh kasih sayang diberikan kepada anaknya.

Kasutnya disusun di atas rak kasut. Salam diucap sebelum masuk ke dlaam biliknya. " Huh, nak buat apa ni? Malasnya nak kemas barang. Ahhh! Nak mama..." Rintih Dila. Kalaulah mama ada nak tolong dia kemas barang.

Goncangan bahunya membuatkan Dila tersedar daripada mimpinya. Dia terlena selepas penat mengemas almarinya yang dah berhabuk. Nak susun barang lagi. Nak gantung baju lagi. Penat jugak menegmas ni.

" Bangun, kitakan ada orentasi. Hmm, anyway. Aku Ema. Kau?" Ema mula melabuhkan punggunnya di atas katilnya. Dia menepuk-nepuk selimut empuk itu. Dia memandang kembali ke arah Dila.

" Oh, Ema. Aku Syaza Nadila. Just call me Dila." Mereka bersalaman. Lama juga mereka berbual sampaikan Dila terlupa niatnya untuk mandi. Mujur, Ema mengingatkannya. Kalau tak, habis mereka terlewat pergi orentasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience