BAB 2

Romance Completed 6966

Ramai juga yang masuk ke universiti pada semester kedua ini. Tak sangka pula Dila yang akan seramai ini. Memang tak terjangkau olehnya. Seratus orang. Ramai apa? Dia dan Ema duduk di tengah-tengah dewan itu memandangkan semua pelajar duduk di situ.

Orentasi malam tu dimulakan dengan semua pelajar perempuan tulis nama atas kertas dah kumpulkan dekat tengah-tengah alam dewan besar. Semuanya mencampakkan sahaja kertas itu memandangkan malas nak bergerak.

Ingatkan nak buat apa, rupanya fasilitator suruh pelajar lelaki mengambil satu kertas daripada timbunan kertas yang tertulis nama para gadis univerisiti itu. Berebut-rebut budak-budak ni cari kertas yang mereka nak. Bukan kenal pun. Ambil jelah...

" Ema, kau tengok mamat tu. Terjatuh spek dia. Awat dia dok kalut sangat?! Haha." Dila menyiku Ema yang tah termenung sampai kemana agaknya. Ema turut tergelak melihat pelajar itu terkocoh-kocoh mencari speknya.

Disebabkan jumlah lelaki dan perempuan sama jadi semua pelajar lelaki dapat satu seorang kertas. Tak lebih, tak kurang. Semua dapat. Fair enough.

Permainan itu tak cukup gamat lagi. Tak cukup dengan itu, mereka diarahkan agar berkumpul mengikut bulan kelahiran mereka. Dila dan Ema memang untung. Tahlah sama bilik. Kini sama bulan lahir pula. Kalau jodoh tak kemana kan? Haha.

Sekarang pula mereka kena buat satu bulatan dengan mengikut urutan bulan dan tarikh. Lelaki belah kanan dan perempuan belah kiri. Dila. Dila lahir 1 Januari. Memang dia akan duduk sebelah budak lelaki lahkan.

Dila akur. Mujur dia seorang yang peramah. Boleh masuk mana-mana sahaja. Kalau dilihat, memang semua pelajar orentasi malam itu, semuanya boleh dikatakan sporting belaka. Semuanya saling menegur. Semua pelajar kini sudah mempunyai ikatan yang kukuh.

" Okay, awak lahir berapa hari bulan?" Fasilitator yang senang dipanggil abang Afiff itu menyoal Dila dahulu. Bukannya nak menanya si kumbang di sebelahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience