BAB 9

Romance Completed 539

14 Jun 2015

Ahad terakhir sebelum bulan Ramadan tahun ini hadir. Sally menghantar mesej Whatsapp kepada aku, katanya dia mahu berjumpa aku. Terkejut? Sebenarnya tiga hari selepas kami berjumpa kali pertama masa majlis pelancaran buku aku tempoh hari, Sally ada menghubungi aku. Itulah kali pertama kami berbual di telefon (budak sekarang panggil OTP), dan perbualan itu hampir 15 minit juga lamanya. Dia beritahu yang dia telah selesai membaca buku aku dan dia sangat suka akan jalan ceritanya. (Wah! Cepatnya dia habis membaca).Perbualan di telefon itu memberikan satu lagi harapan kepada aku untuk menjalin satu hubungan yang bukan sekadar “sesama followers”. Aku bersetuju berjumpa dengan Sally. Kami berjumpa di Nu Sentral. Jika ini dikira first date memang sangat tidak sesuai ar cara aku berpakaian. Aku hanya bertshirt hitam V-Neck dan berseluar Jeans dengan menyarung kasut “Chuck Taylor” berwarna merah. Memang itu gaya aku (mahu kelihatan hipster tapi good looking katakan)dan tidak perlulah aku cuba menjadi orang lain. Sally pula kelihatan sangat menawan sehingga aku sendiri tak mampu nak jelaskan berkaitan pakaian dia (biasa aku tengok model Hijabister di Zalora pakai begitu, anggun). Dalam pertemuan lebih setengah jam itu, Sally memaklumkan yang dia akan berpindah ke Sabah pada Ahad depan. Katanya mereka sekeluarga ingin berpuasa dan beraya di kampung halaman. (Alamak! Sabah tu, jauh sangat kena naik kapal terbang!). Keluarga dia memang berasal dari Sabah namun kerana bapanya bertugas di Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lepas, mereka menetap di sini. Ok. Aku sudah sedikit mempunyai info berkaitan keluarganya. Perbualan kami menjurus kepada soal keluarga masing-masing, kerja dan pastinya dia bertanya tentang buku tulisan aku. Sebelum Sally mohon beredar aku memberitahu dia yang sebelum aku kenal dia di twitter, aku pernah melihat dia dalam tren LRT. Sally tersenyum dan memberitahu yang itu mungkin petanda ada jodoh. Yes! Aku memang ada peluang. Korang tahu bila seorang gadis kata begitu pada seorang lelaki, itu bermakna dia sebenarnya sedang memberitahu sesuatu kepada kau. (In love with you).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience