BAB 3

Romance Completed 539

1 Februari 2015

Hari Ahad, bermaksud hari cuti. Aku seperti mana lelaki bujang yang lain menghabiskan waktu yang produktif (ah’ha produktif ke?) ini di rumah, terbaring di sofa menonton tv tengok JJCM sambil telan air liur. Sebenarnya sudah lebih dua minggu sejak aku follow gadis manis itu di Twitter, namun tiada interaksi antara kami. Sebabnya aku mengharap dia follow backaku supaya tak terlihat yang aku ini terlalu beriya-iya. Keterujaan untuk mengenali dia semakin berkurangan. Betul aku baca tweet dia setiap hari namun aku sekadar menjadi silent reader tanpa meretweet atau meng-favouritekan tweet dia dan kadang-kadang aku risau juga kalau-kalau tertekan butang startu (sekarang “love”). Di Instagram aku tidak ada keberanian untuk tekan butang follow, apatah lagi akaunnya diprivasikan. Ok, rasanya aku kena move on, jangan terlalu berharap. Jadi seharian ini, aku habiskan masa menulis di blog aku (aku antara manusia yang tak popular yang masih setia menulis entry terbaru setiap minggu di blog).Menulis memang hobi aku (ke lagi tepat aku cakap menaip?) dan aku memang terlibat dalam penulisan beberapa karya cerpen yang diterbitkan oleh penerbit bebas (sebenarnya baru dua cerpen aku yang berjaya masuk dalam antologi cerpen)selain ada cerpen aku yang tersiar di suratkhabar SelangorKini yang diedarkan secara percuma setiap Jumaat di Selangor sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience