BAB 1

Romance Completed 539

6 Januari 2015

Hari ini aku ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan bas dan LRT kerana motosikal aku tayarnya pancit. Memang tak bertuah langsung kalau pagi hari tayar motor dah pancit, depan dan belakang pula tu. Tapi aku ni pun bukan kategori manusia yang buta pengangkutan awam, jadi bak kata lagu nyanyian Kaka “Bukan hal aku”...Ke apa ada hal?. LRT pada waktu pagi memang sesak macam buah laici dalam tin. Nasib baik aku dapat pot baik, sudut tepi berhampiran pintu tren dan memang muat badan aku untuk terselit di situ. Bila tren tiba di stesen Pasar Seni, ramai juga umat manusia yang masuk ke dalam tren dan tak kurang yang keluar dari tren. Dalam ramai-ramai manusia itu mata aku tertarik (macam magnet melekat pada peti sejuk) pada seorang gadis bertudung kuning, berkaca mata dan berbaju kurung. Gadis Melayu terakhir yang aku cari! Ya ampun, kulit putih dan sangat manis. Nasib baik dia berdiri dalam lingkungan dua meter dari jarak aku, kalau tidak mesti aku jadi muka hensem tak malu datang menegur dan bertanya “apa khabar” tapi bukan dalam versi rap. Gadis tersebut turun di stesen KLCC sementara aku macam biasa (walaupun luar biasa bila naik LRT ke tempat kerja)turun di stesen Ampang Park. Kami tak sempat pun mengucapkan goodbye, tapi siapa tahu mungkin ada jodoh till jannah antara kita. Ketika berjalan kaki menuju ke bangunan pejabat, hati aku berbunga-bunga dan sempat juga aku siulkan lagu Kabhi Kushi Kabhi Gham sebagai tanda gembira setelah melihat seorang gadis yang aku sifatkan sebagai “makhluk Tuhan paling manis” pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience