BAB 11

Romance Completed 542

31 Julai 2015

Ini adalah hari penentuan bagi aku. Aku akan meluahkan perasaan aku kepada Sally. Sejak raya pertama aku berfikir untuk melakukan hal ini. Benar, aku tidak mahu berlengah. Aku tahu Sally tidak menjalin hubungan dengan sesiapa. Malah sejak dari awal puasa sehingga sudah raya yang ke berapa ini kami selalu berbual mesra di telefon. Bertanya perihal masing-masing, maklumlah mahu berjumpa jauh pula (Tiket kapal terbang tak semurah minyak motor Lagenda aku).Mak cakap, kalau aku serius mahu mengenali dia dengan lebih rapat, aku mesti mula menyimpan duit untuk beli tiket kapal terbang serta persediaan lain(nampak, mak aku lebih berpandangan jauh berbanding aku). Jadi hari ini, aku sudah membuat persediaan rapi. Untuk suatu kejutan yang sangat luar biasa. Pada aku ini merupakan lamaran yang sangat hipster dan rare. Masa yang sesuai untuk aku meminta Sally baca sesuatu di blog aku. Ya, semua yang aku tulis dari awal tadi hingga sekarang akan dia baca. (mungkin ada orang lain juga baca, korang juga akan baca tapi ada aku kisah? Hahahaha) Tapi perenggan yang terakhir nanti memang hanya ditujukan untuk seorang gadis bernama Sally.

“Kepada Sally, saya tidak pernah menduga hari di mana tayar motorsikal saya pancit depan belakang adalah hari saya akan melihat seorang gadis yang dengan IzinNYA nanti mahu saya jadikan seseorang yang sangat Istimewa dalam hidup saya. Percayalah, jarak hanyalah angka sahaja, bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ketika awak sedang membaca entry yang saya postkan di Blog saya ini, saya sedang berada dalam kapal terbang, menuju ke Kota Kinabalu untuk bertemu awak. Betul! Lihat Instagram, saya telah post selfie saya sebelum naik kapal terbang ni. Semoga awak sedang tersenyum bila membaca entry ini dan jangan lupa nanti whatsapp saya alamat rumah awak di Kota Kinabalu, kalau tak alamatnya saya menangis tak berlagu! Jumpa nanti dua jam dari sekarang or mungkin lebih sikit kot. (I Love You Sally ! cubaan berani seorang lelaki meluahkan perasaannya dahulu di blog sebelum bertemu empat mata)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience