BAB 2

Romance Completed 539

14 Januari 2015

Kalau ikut kalendar kuda yang tergantung depan dinding aku ini, Negeri Sembilan cuti, tapi aku bukan di Negeri Sembilan sebaliknya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur (aku jarang bercuti) yang tidak pernah cuti walaupun hari cuti. Kerja di pejabat tidak terlalu banyak sebab bos departmentkami bercuti seminggu, baharu lepas kahwin ar katakan. Jadi aku gunakan kesempatan masa yang sedikit terluang untuk scroll timelineTwitter (tapi aku guna internet dan peranti sendiri ok bukan macam kau guna ofis punya ahaks). Tiada cerita menarik dari para sekalian tweeps yang aku follow mungkin sebab ini waktu bekerja (11 pagi waktu Malaysia tau dan mungkin ada yang masih membuta @ tidur ) dan tak banyak luahan rasa madah berhelah yang kelihatan. Jadi aku berpindah pula ke Instagram untuk cuci mata sebab di platform ini hanya dikhaskan untuk gambar sendiri atau orang (tapi ramai juga yang upload gambar bukan manusia). Aku bukan jenis yang suka selfie, tapi di Instagram ni aku ada 100 post berbagai genre (tidak terhad pada wajah sendiri sahaja). Gambar yang menarik aku akan like dan yang biasa-biasa aku tengok je. Orang kata kalau rezeki tidak ke mana. Dalam proses menjadi stalker di Instagram aku terlihat suatu wajah. Ya wajah gadis yang aku lihat dalam tren LRT minggu lepas! Gadis tersebut ber-wefie bersama dengan seseorang yang aku followdi Instagram. Lagi menarik aku dapat tahu akaun Instagram dia. Jadi dengan perasaan penuh teruja aku klik pada nama dia dan terpaparlah profile dia. Malangnya profile gadis tersebut ada lambang kunci yang membawa maksud private huhuhuhu Namun ternyata nasib menyebelahi aku. Di bio profile Instagramnya ada disertakan link ke akaun twitter miliknya. Jadi tanpa berlengah (orang tua-tua kata benda baik jangan tunggu-tunggu) aku pun terus klik link tersebut. Dengan lafaz Bismillah, keluarlah profile akaun twitter dia di telefon pintar aku dan sungguh bertuah badan ini kerana akaun twitternya tidak ada lambang kunci! (Aku klik butang follow dan berharap dia akan follow back, tapi kalau dia tak follow back pun aku masih rasa gembira macam si ipin mendapat peha ayam hehehehe).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience