BAB 8

Romance Completed 539

6 Jun 2015

Pelancaran buku pertama tulisan aku. Ianya diadakan di salah sebuah kedai buku yang sangat popular di KLCC. Perasaan aku bercampur baur. Pagi tadi Sally tweet pada aku, memaklumkan yang dia akan hadir ke majlis pelancaran buku aku itu. Tepat jam 3 petang, majlis pelancaran pun bermula. Selepas selesai sesi memperkenalkan aku dan buku tulisan aku, sesi autograph pun bermula. Memang tak ramai yang beratur untuk dapatkan tandatangan aku, maklumlah aku penulis baru dan karya ini pun masih hijau di pasaran (mahu tak hijau, baru dilancarkan kot). Aku mencari-cari kelibat Sally. Walaupun tidak pernah berjumpa namun aku kenal akan paras rupanya kerana dia selalu tweet gambarnya dan rakan-rakan dia di twitter. Malah aku siap save satu gambar dia dalam telefon lagi tau. Majlis sudah hampir selesai, dan aku pun sudah mahu meninggalkan kedai buku itu. Sedang aku berbual-bual dengan seorang penulis senior (aku cakap dia senior sebab buku tulisan dia best seller Ok) datang seorang gadis memberi salam kepada aku. Dia hulurkan buku karya aku, bersama sebatang pen. Katanya mahu minta tandatangan dan dia juga minta aku tuliskan kata-kata semangat. Penulis senior tadi beredar meninggalkan aku berdua dengan gadis itu (nampak, abang penulis tu bagi aku ruang privasi). Aku tanyakan nama dia, dan dia beritahu namanya Sally. Ya ampun! Kenapa aku boleh tak perasan? Dia senyum pada aku dan bertanyakan samaada aku ingat pada dia yang selalu berinteraksi dengan ku di Twitter hampir setiap hari (sejak sebulan lebih ini memang kami selalu berbual rancak di twitter). Ok, bila berdepan begini ternyata dia lebih manis dan menawan sehingga aku sendiri tidak perasan. Oh, apa yang menyebabkan aku tidak cam akan wajah dia kerana hari ini dia tidak memakai cermin mata seperti mana selfie-selfienya di Twitter (serta ketika kali pertama aku lihat dia dalam tren LRT). Aku hulurkan buku yang telah aku tandatangani itu pada Sally, dan dia terima dengan penuh rasa kegembiraan. Bagaimana aku tahu dia gembira? Senyuman dia, senyuman yang membuat aku mencair bagai ais batu yang dicurahkan air panas suam suam kuku. Sally beredar meninggalkan aku. Alamak! Kenapalah aku tak ajak dia minum kopi dulu di kafe-kafe berdekatan? Tapi aku dah tinggalkan sesuatu dalam buku itu tadi. Bukan setakat tandatangan yang aku berikan, tetapi juga nombor telefon dengan ayat-ayat manis “Selamat berkenalan di dunia realiti”. (Kalau ada jodoh antara kita, pasti kita berjumpa untuk kali kedua!)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience