BAB 9

Romance Completed 14676

“Arif tolong jadi wakil untuk abang Alif ja. Dia yang beria-ia sangat nak ngorat anak Pak Ucu ni. Kan Akif?” Alif dah tersipu-sipu bercampur geram. Akif dan Arif buat high five sambil tergelak. Aida Maisarah memandang Alif,cuba berfikir sejenak watak mana yang Arif bawa hari tu.

“Ada pakatan rupanya? Macam nilah,Pak Ucu nak test dulu. Kalau boleh jadi iman solat maghrib nanti dan bacaan tajwidnya sempurna,tak payah nak ngorat dah. Pak Ucu bagi green light ja. Macam mana? Setuju Alif?” sekali lagi Akif dan Alif buat high five. Alif dah tertunduk dan terus terkelu. Parah!

“Setuju ja la ustaz Alif!” Alif menoleh ke arah Akif yang bersuara dan membuat isyarat kepada Akif. Kau jaga Akif! Kau jaga Arif! Hati Alif membentak di dalam. Tak guna betul adik-adik kembarnya. Nama dia seorang saja yang naik, sedangkan bukan dia seorang yang kenakan Aida Maisarah.

“Pak Ucu! Biar Aida yang jadi pengadil. Hari tu siapa yang kenakan dia dengan teruk. Okey Aida! Kau yang buat keputusan. Orang pertama yang tolong kau angkat buku tu Akif. Yang kenakan kau di depan kawan-kawan kau tu Arif dan aku orang last yang tegur kau hari tu. Kau nak pilih siapa untuk iman maghrib nanti. Kau saja yang buat keputusan!” Alif cuba mencari helah dengan meminta bantuan Aida Maisarah.

“Oooo,..ini kerja korang ya? Mama ingatkan pergi kolej tu untuk belajar, rupanya dok kacau anak dara orang?” Telinga Akif dan Arif ditarik. Alif cepat bangun dan melarikan diri.

Nasib baik tangan Puan Masriah hanya ada dua ja. Alif dan tergelak melihat kedua orang adik kembarnya sudah menyeringai menahan sakit sambil kaki terjengket. Sudah pasti amat sakit. Aida Maisarah sudah menutup mulut menahan ketawa. Masnieta dan Hamzah turut ketawa melihat situasi itu.

“Mama!! Mana aci! Abang Alif pun sama,mama piatlah telinga dia sama. Kami cuma tolong dia ja. Dia yang nak sangat dengan Aida ni. Mama tak percaya,mama tengok dalam handphone dia, dia curi snap gambar Aida dalam tu,” akhirnya Arif buka rahsia Alif. Alif mendongkol geram di dalam hati. Merah wajahnya menahan malu kepada Aida Maisarah,Pak Ucu dan Mak Ucu.

“Kau jangan Arif! Macam aku tak tau,kau pun sama!” Alif memprotes kata-kata Arif. Puan Masriah melepaskan telingaArif dan Akif,keduanya mengosok telinga mereka yang sudah merah. Alif gelak melambak,bila melihat Puan Masriah menuju pula ke arahnya. Alif terus berlari menyelamatkan diri.

“Kejar mama,kejar!” Arif dan Akif bersorak melihat Alif dan Puan Masriah mengelilingi sofa. Hamzah dan Masnieta ketawa sambil menekan perut. Aida Maisarah sudah merah wajah, melihat gelagat mereka dan turut ketawa sama.

“Dahlah,.mama dah letih. Minta maaflah Ieta,Hamzah!,.anak-anak aku ni,sejak kecik sampai dah besar panjang,perangai tak mau nak berubah jugak. Aida! Kalau mereka kenakan Aida lagi,jangan lupa bagitau Mak Ngah ya. Biar Mak Ngah kerjakan mereka cukup-cukup. Bilalah anak-anak ibu ni nak membesar dan jadi matang?” Puan Maisarah mengaku kalah dan meminta maaf dengan gelagat mereka anak beranak. Hilang sabar dia dengan kelakuan anak-anaknya. Rupanya kenakalan mereka bersambung di kolej pula.

“Tak apalah Mas,terhibur aku tengok anak-anak kau ni. Agaknya kalau nak ambil buat menantu pun kena fikir seribu kali. Maunya tersilap orang nanti nahaslah. Kena pula kenakalan mereka ni berterusan sampai dah beranak cucu,teruk jugak nih!” Masnieta bersuara sambil ketawa. Apa yang ada dalam fikirannya andai mereka menyamar dan menjadi menantunya. Dia terbayang kalau Alif yang jadi menantunya dan Arif menyamar jadi Alif. Mungkin dia juga bakal terkena. Mereka betul-betul seiras dan tak dapat nak dibezakan.

“Kau boleh ke bezakan mereka ni Mas? Macam mana nak cam mereka?” Masnieta menyambung kata-katanya.

“Budak bertiga ni Ieta,bukan boleh diharap sangat. Kadang-kadang dengan aku pun mereka kenakan. Confused jugak aku,kalau mereka dah bersatu untuk kenakan aku. Tapi,nak cam mereka ni,kena cari barang-barang kesukaan mereka. Macam Alif suka kamera,ugut ja nak bakar kamera dia tu,menyahutlah nanti. Akif ni suka menulis dairy,kena tahulah dekat mana dia sorok dairy dia tu. Arif,.hmm..ugut saja nak buka rahsia dia zaman kecik,atau ugut nak heboh dalam fac gerenti dia mengaku,” Puan Maisarah bercerita sambil mengerling anak-anaknya. Serentak ketiga-tiga anaknya menutup muka dengan kedua tapak tangan.

“Apa mama ni! Adehh,..” Arif bersuara sambil menyandar lemah di sofa.

“Macam menarik jer!” Aida Maisarah bersuara nakal. Selepas ni bolehlah berpakat dengan Mak Ngah Mas untuk kenakan mereka bertiga ni pulak. Aida Maisarah berbisik di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience