BAB 3

Romance Completed 14676

“Woi Aida!,.tunggulah!! Yang kau ni jalan sikit punya laju ke nak ke mana? Letih tau aku kejar kau dari tadi lagi,” Nafisha memarahi rakan sebiliknya setelah dia berjaya mendekatiAida Maisarah.

“Hehe,.sorrylah.Mana aku tahu! Aku nak cepat ni.Aku dah janji nak jumpa Mahani di cafe,” Aida Maisarah tergelak bila melihat wajah Nafisha yang sudah kemerahan itu.

Mereka terus berjalan beriringan selepas itu sambil berbual kosong.Ketika mereka hendak membelok masuk ke cafe, Nafisha tiba-tiba menekan perutnya dan mengerutkan keningnya seakan sedang mengalami kesakitan yang amat sangat.

“Kau ni kenapa?” Aida Maisarah bertanya cemas.

“Perut aku memulaslah.Kau tolong bawakan buku-buku aku ni kejap.Nanti korang tunggu aku di cafe.Kalau aku lambat kau tolong bawa masuk ke kelas ye.Kelas mula lagi setengah jamkan?” sambil meminta tolong tu sempat lagi Nafisha menyoal.

Aida Maisarah hanya tersenyum sambil menyambut huluran dari Nafisha.Buku-buku Nafisha sudah bertukar tangan.Terpaksa juga Aida Maisarah membawa buku-buku milik Nafisha dan milik dirinya sendiri walau beratnya yang amat.Kawan punya pasal.Bawa sajalah.

Aida Maisarah sampai juga di depan cafe.Dengan beban yang dibawa membuatkan Aida Maisarah sedikit sukar untuk mencari tempat duduk dan juga mencari di mana Mahani berada.Dalam keadaannya yang serba kusut itu Aida Maisarah ditegur oleh seseorang.

“Assalamualaikum saudari! Boleh saya bantu?” seorang lelaki bercermin mata tebal.

Memakai baju gaya ala-ala 60an menawarkan khidmat bantuan.Aida Maisarah terus mengukirkan senyuman.Pucuk dicita ulam yang mendatang.Peduli apa kenal ke tidak.

Berat punya pasal ku relakan saja diri ini dibantu.Walau nampak skema tapi mamat ni handsome juga.Ada juga macam wajah Asraff Muslim pelakon yang dia minat sangat tu.

“Boleh sangat!!!” lalu ke semua buku yang berada di dalam tangannya diserahkan pada lelaki yang menegurnya itu dan Aida Maisarah terus meninjau di dalam cafe tersebut mencari Mahani atau meja yang masih kosong.

“Cantikk!!” hanya satu perkataan dan Aida Maisarah terus berlalu menuju ke meja kosong di sudut kanan cafe.Mahani yang berjanji untuk bertemu di cafe itu langsung tak nampak bayangnya lagi.

Akif yang terpaksa menjadi kuli sukarela ni terpaksa juga menurut langkah Aida Maisarah dari belakang sedangkan Alif dan Arif yang terhendap-hendap di luar cafe sudah mengekek ketawakan Akif.

“Fuhh!!,.boleh tahan juga ya saudari ni.Banyak sangat buku saudari ni.Nak buat rujukan ke nak rendam saja dalam air.Buat minum!” bengang punya pasal Akif dah tersasul.Dari watak skema terus bersikap kurang ajar.

Ni Alif dan Arif yang punya pasal.Bila mereka lihat saja Aida Maisarah yang terkial-kial membawa buku yang banyak ni lantasAkif di tolak untuk menjadi pelakon tambahan membantu si heroin dan menawarkan perkhidmatan.

“Ha'ah!,.molek jugak cadangan awak tu! Kenapa saya tak pernah terfikir nak buat macam tu! Apa kata sebelum saya yang buat lebih baik awak yang buat dulu.Kebetulan kita pun dah ada di cafe ni,order je air.Nanti saya boleh tolong rendamkan,” bertemu sudah buku dengan ruas.

Akif sudah tersengeh.Sebaik meletakkan buku-buku di atas meja di depan Aida Maisarah Akif terus menarik kerusi dan duduk bertentangan denganAidaMaisarah.

“Ehh,.ada saya pelawa awak duduk? tak adakan? sebelum boyfriend saya datang,lebih baik awak bangun! Saya bukannya apa,kesiankan awak tulah.Kalau boyfriend saya tu salah faham takut-takut nanti awak juga yang lebam sana lebam sini,” selamba saja Aida Maisarah bersuara.

“Errkk,.” Akif terus menjadi kelu lidah untuk bersuara.Biar betul perempuan ni? Dahlah mulut tak berinsuran.Siap main ugut-ugut lagi.Aku dah tolong dia, terima kasih pun tak ucap lagi.Malas memikirkan akibat seterusnya Akif terus bangun.Sekarang ni tiba giliran Arif pula membawa wataknya.Akif pasti Alif dan Arifsedang memerhati dan menilai mutu lakonannya.

“Sama-sama ya,.sebab saya dah tolong awak bawa buku tu tadi.Taklah berat sangat.Lain kali bolehlah tolong lagi,” sebelum berlalu sempat Akif mengeluarkan ayat-ayat sindiran untuk Aida Maisarah.Aida Maisarah terkesima dan hanya melihat saja Akif berlalu pergi.Cit! sempat lagi mamat skema ni nak perli aku.Ingatkan orang skema ni bendul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience