BAB 10

Romance Completed 14676

5 Tahun Kemudian,..

“Alif! macam mana? Dah bersedia nak pegang tangan tok kadi?” EncikHisham bertanya anak sulungnya Alif. Arif dan Akif sudah tersenyum memandang gelagat abang kembar mereka yang nampak agak mengelabah sejak tadi. Akhirnya Aida Maisarah memilih Alif sebagai suaminya. Mereka berdua akan mendoakan yang terbaik untuk Alif.

“Takutlah abah! nanti Tok Kadi soal macam-macam. Alif takut tak boleh jawab. Hari tu dahlah teruk kena interview di pejabat agama. Payah jugakkan abah nak jadi suami orang ni?” Alif menyoal encik Hisham semula.

Fikirannya melayang jauh. Dia seakan sudah berada di depan Tok Kadi sekarang ni dan cuba membayangkan dirinya disoal dengan pelbagai soalan yang membuatkan lidahnya kelu untuk menjawab.

“Tu baru nak akad nikah. Lepas dah jadi suami orang nanti lagi berat tanggungjawab yang Alif kena pikul,.” Encik Hisham mengelus perlahan bahu anak sulungnya,cuba menenangkan hati Alif. Dia tahu perasaan Alif sekarang. Dia dulu pun berperasaan yang sama ketika hari akad nikahnya bersama isterinya Puan Masriah.

“Agaknya apa soalan yang akan disoal nanti abah?” mendengar soalan Alif,Arif dan Akif sudah tersenyum nakal. Di minda masing-masing sudah terencana satu strategi untuk mengenakan Arif.

“Kalau kau takut aku boleh tolong gantikan!” selamba Arif mencelah perbualan abah dan abangnya Alif.

“Arif ganti kau terima akad. Malam ni aku pulak gantikan kau first night,.” Akif berkata sambil ketawa. Alif sudah mencerlungkan mata ke arah adik-adiknya. Encik Hisham mengelengkan kepala melihat gelagat ketiga anak kembarnya. Perkara serius macam ni pun boleh pulak dibuat main budak-budak ni.

“Woih,.mana boleh! Kalau aku yang akad,maknamya dah jadi isteri aku. Kau dan Alif pergi gigit jari jauh-jauh. Jangan nak kacau daun pulak,” Arif bersuara lagi. Hati Alif sudah terbakar mendengar gurauan adik-adiknya.

“Korang ingat Aida Maisarah tu anak patung ke hapa,boleh ditolak ke tepi,ke tengah. Aku tengah gelabah giler ni,boleh lagi nak main-mainkan isu akad nikah ni. Lepas ni korang jangan pandai-pandai nak kenakan Aida dan menyamar jadi aku ya!” Alif memberi amaran untuk adik-adiknya. Arif dan Akif semakin seronok pulak mengiat Alif.

“Akif! Kau terfikir tak apa yang aku fikir?” Arif menjungkitkan keningnya kepada Akif sambil menjeling Alif. Ada la tu idea nakalnya.

“Sudah! jangan nak fikir yang bukan-bukan. Jom turun!” Encik Hisham mengambil jalan mudah dengan mengajak mereka turun ke bawah. Kalau nak dibiarkan mereka bertiga terus berbual entah apa pula yang bakal terjadi.

Dia sudah hafal benar dengan sikap ketiga orang anak kembarnya yang tak pernah berubah. Masih nakal walau sudah berumur 26 tahun. Masing-masing sudah memegang jawatan tinggi tapi fikiran mereka adakalanya seakan belum matang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience