BAB 12

Romance Completed 14676

“Hahahahaha,.” Alif tergelak besar bila pulang saja ke rumah dan bertemu dengan Arif dan Akif. Aida Maisarah yang berada di sebelahnya hanya menyembunyikan senyum. Itu semua kerja dia.

Aida Maisarah menghantar mesej kepada sepupunya untuk menangkap Arif dan Akif dan melaksanakan kehendaknya seperti apa yang diminta sebelum akad nikah dimulakan.

Sepupunya Khairun angkat geng dan memulakan arahan. Selepas kepala Arif dan Akif didogolkan mereka dilepaskan. Arif dan Akif terus pulang ke rumah sebaik dilepaskan.

“Ni bini kau punya pasallah!” Arif merenung tajam ke arah Aida Maisarah yang sudah bersembunyi di belakang Alif sambil ketawa.

“Korang tu dah tua tahu tak? Tapi perangai tak nak berubah jugak. Aku terpaksa buat macam tu,kalau tak,kau dan Akif yang akan kenakan aku. Sebelum aku dikenakan korang,lebih baik aku kenakan korang dulu.” dengan tawa yang masih bersisa Aida Maisarah membela diri. Alif sudah mengengam kejap tangan Aida Maisarah.

Rasa terharu dengan apa yang Aida Maisarah dah buat,walau yang dikenakan itu adik-adik kembarnya yang selama ini sangat rapat dengan dirinya.

“Sudah! Sudah!,.Jangan nak salahkan menantu mama pulak! ini semua cadangan mama. Macam mama tak tahu,Arif dan Akif memang ada rancangan nak kenakan Aidakan?” puan Maisarah yang terdengar riuh rendah suara anak-anaknya datang dan mencelah. Suasana memang riuh rendah dengan gelak tawa tetamu lain juga, Kelakar melihat wajah kembar seiras yang dah tak seiras lagi.

“Mama!,.mama tak kesian ke tengok anak mama yang handsome ni jadi dogol macam ni?” Akif membantah keras. Dia pun tak menyangka,dia juga bakal didogolkan.

“Tak ada maknanya nak kesian. Selagi Arif dan Akif tak matang dan asyik nak kenakan Aida atau orang lain,mama nekad kepala korang takkan ada rambut lagi selepas ni,kecuali kalau korang berjanji dengan mama nak berubah,.” puan Masriah tegas dengan keputusannya. Encik Hisham sudah tersenyum melihat gelagat anak-anak dan isterinya.

Dia pun kadang-kadang turut keliru mana satu Alif, mana satu Arif dan Akif. Mereka pula akan menyahut semua nama yang dipanggil bila mereka berpakat untuk mengenakan orang lain.

Cuma Alif saja yang sudah berubah sedikit sejak bertunang dengan Aida Maisarah. Agaknya Arif dan Akif juga perlu dikahwinkan segera kalau nak merekka segera berubah.

“Cepat cari jodoh Arif! Akif!,.mungkin bila Arif dan Akif dah kahwin nanti perangai mereka outomatik akan jadi matang!” encik Hisham menyuarakan rasa hati. Wajah Arif dan Akif yang monyok berubah ceria.

“Wow Kahwin abah?? Yabedabedu!!” Arif dan Akif serentak menyoal encik Hisham dan bersorak gembira. Seperti biasa aksi lucu mereka tak pernah gagal mencuri perhatian ramai yang sudah pastinya turut tergelak sakan. Dasar kembar gila populariti betul hahaha.

Gelagat mereka sekali lagi mendapat perhatian para tetamu dan masing-masing menghamburkan tawa. Alahai si kembar!

Sambil aku melihat telatah lucu dua beradik ini aku menitipkan doa semoga pintu jodoh mereka diketuk segera. Kalau tak peninglah aku nak melayan kerenah nakal mereka berdua ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience