BAB 11

Romance Completed 14676

Hari yang dinanti telah tiba, suasana riuh rendah melatari perkarangan rumah, suara sahut menyahut berbaur teruja. Kanak-kanak berkejaran di luar rumah. Ia nyata hari yang indah buat semua.

“Alif Asraf!”

“Saya!!!” serentak Alif,Arif dan Akif bersuara bila tok Kadi mula mengengam tangan Alif untuk di akad nikahkan. Semua mata memandang mereka bertiga. Alif mengebam bibir menahan marah. Arif dan Akif berwajah selamba tanpa riak bersalah.

“Alif Asraf!”

“Saya!!!” serentak lagi. Tok Kadi sudah mula keliru sama ada dia sedang berdepan dengan pengantin lelaki yang betul atau pun salah.

“Tunggu dulu! Jangan mulakan lagi. Saya ada syarat untuk ke tiga orang budak ni,.” Aida Maisarah bersuara dari belakang. Dia sudah mula geram dengan si kembar.

“Budak???” Alif,Arif dan Akif bersuara serentak dan saling berpandangan,akhir sekali wajah Aida Maisarah pula direnung tajam. Tak puas hati!

“Sebelum akad nikah dimulakan,Aida nak kepala Arif dibotakkan dan Akif pula dicukur janggut dan semua misainya. Aida tak mahu dipermainkan mereka bertiga lagi.” Aida Maisarah nekad. Alif sudah tersenyum dan menjungkitkan keningnya berkali-kali ke arah Arif dan Akif.

“Oh tidak!!,. Jom Akif! Blahh!” Arif bangun ingin melarikan diri. Akif sekadar buang misai dan janggut sejemput boleh diterima lagi. Arif nak kena buang rambut. Dia bayangkan wajahnya tanpa rambut.Nooooo!!

“Alah! Aida ugut ja tu!” dengan yakin Akif bersuara. Arif tak menghiraukan kata-kata Akif,dia sudah berlalu keluar dari masjid.

“Akif!!” Akif menoleh. Spontan dia melompat bangun bila melihat Aida yang melaung namanya sudah memegang mesin pencukur.

Terkocoh-kocoh dia berlari keluar. Gelagatnya mendapat perhatian orang ramai dan menjadi bahan tawa. Alif sudah tersenyum kemenangan melihat kedua orang adik kembarnya sudah keluar dari masjid.

Majlis akad nikah berlangsung tanpa gangguan selepas itu. Dalam pada itu minda Aida Maisarah bekerja keras mencari idea untuk mengenakan adik-adik iparnya yang ternyata mempunyai rancangan untuk mengenakan dirinya. Dalam pengantin lelaki sibuk mengengam tangan Tok Kadi Aida Maisarah sempat menghantar mesej kepada seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience