BAB 6

Romance Completed 14676

Alif menapak perlahan ke arah Aida Maisarah.Tiba gilirannya pula untuk cuba memikat hati Aida Maisarah.Dari jauh Alif melihat Aida Maisarah berjalan laju menuju ke keretanya.

Sambil berjalan minda Alif ligat merangka strategi dan dialog untuk menegur Aida Maisarah.Bila melihat Aida Maisarah sudah sampai ke keretanya dan mula mengeluarkan kunci kereta ,Alif mempercepatkan langkahnya.

“Aida!,.Aida Maisarahkan?” Alif pura-pura bertanya sebaik dia menghampiri Aida Maisarah.Aida Maisarah menoleh.Lama dia terpaku pada wajah di hadapannya.Dipandangnya Alif dari atas ke bawah berulangkali.

“Awak lagi!,.awak nak apa sebenarnya ni?” Aida Maisarah cuba berlembut.Kali pertama dia disindir oleh pemuda ini.

Kali kedua dia diketawakan dan kali ketiga mereka terserempak tak tahu lagi apa yang bakal terjadi.Cop!!,.mungkin bukan terserempak! Aida Maisarah mula sangsi.Dipandang lagi wajah di hadapannya.

“Hai!,.saya Alif,.AlifAsraf,saya nak berkenalan dengan awak.Boleh?” Alif mengukirkan senyumannya.Mana tahu berjaya memikat hati gadis ayu di hadapannya ini.

Tadi bila Akif dan Arif mencuba nasib ,gadis ini bertindak sedikit argresif. Mungkin cara dan dialog yang mereka gunakan tidak berjaya menarik hati gadis ini.

“Ulang sekali lagi!!,.apa nama awak tadi?” Aida Maisarah semakin keliru.Kali pertama watak skema.Hari yang sama juga mereka berjumpaselepas itu di tempat yang sama dengan watak yang berbeza.Kali ini entah watak apa pula.Tak ada gaya skema atau gaya rocker.Nampak santai dengan jeans dan t shirt.

“Alif,” sepatah Alif menjawab.

“Bukan Arif?” Aida Maisarah bertanya balas.

“Aku Arif!” Arif dan Akif muncul tiba-tiba.Aida Maisarah terpegun.Otaknya mula bekerja keras untuk mencerna apa yang dilihat di depan mata.

“Aku Akif,.Akif Adham!” Akif mula tersengeh nakal sambil meletakkan tangannya di atas bahu Alif dan Arif.Ketiga mereka tersenyum.Aida Maisarah binggung.Terasa diri dipermainkan.

“Korang bertiga ni nak apa sebenarnya ni?” Aida Maisarah mula rasa tak sedap hati berhadapan dengan tiga orang lelaki yang bagaikan klon ini.

“Kami nak awak!!” Arif bersuara sambil tersengeh nakal.Sekadar menguji dan mahu melihat reaksi Aida Maisarah yang sudah berubah wajah.Alif memandang Arif dengan wajah tak puas hati.Direct sangat kot!

“Gila!” Aida Maisarah terus menekan alarm kereta dan meloloskan dirinya masuk ke perut kereta.Semakin dilayan mamat tiga ekor ni semakin biol otaknya.Sebaik pintu kereta ditutup Aida Maisarah meneruskan pemanduannya tanpa menoleh lagi.

Hatinya sedang hangat membara.Ibarat air yang sedang mendidih dipermainkan oleh tiga orang klon handsome.Handsomelah sangat! Kalau dah handsome tapi perangai tak semenggah nak buat hapa! Aida Maisarah mendengus geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience