2

Romance Completed 1216

"hai.."

Zara pandang sekilas dengan senyum nipis
dia pandang telefon dia semula..
main game ni..

"saya dengar awak ni bussinesswoman.. kerja awak macam mana?.. maju?"

hanya membalas dengan anggukan beberapa kali..

"aunty saya dah bagi tahu pasal relationship saya ke?"

"relationship apa?"

"relationship saya dengan boyfriend saya.. saya bukan tak hormat awak, cuma saya memang dah ada boyfriend..kalau takde masalah buruk jadi, berkemungkinan tahun ni atau tahun depan saya akan kahwin.. tapi biasalah kan, orang tak pandai percaya.. saya dengan boyfriend saya memang couple sembunyi-sembunyi.. tapi tak bermakna saya ni perempuan simpanan..percaya atau tak, up to you"

"saya ada juga dengar orang cakap awak ni suka semasa jenis..betul ke?"

"tak.. boyfriend aku tu lelaki tulen.. bukan perempuan yang berlakuan macam lelaki.."

phone dirampas orang..
ni buat orang bengang..

"aunty.. kenapa ambil phone Zara ni?..bagi balik"

"kamu ni memang biadabkan.. tak kan mummy daddy kamu tak ajar hormat orang.."

Zara cuba ambil telefon pada genggaman aunty dia..

'PAPP'

terhenti tangan Zara..
dia mengepal tangan dan menunduk..

"aunty memang dah melampau.. aunty takde hak nak tampar Zara.. aunty bukan parents Zara.. nak sibuk hal Zara kenapa?.. MUMMY!! DADDY!!"

bergema suara Zara berteriak memanggil parents dia..
dia dah tak kisah apa tetamu tu nak fikir..
yang penting sekarang, dia nak parents dia tengok perangai aunty ni..

"Zara.. kenapa teriak ni?"

mummy meluru ke arah adik dan anaknya..

"mummy.. tengok adik kesayangan mummy ni dah buat dekat Zara.."

Zara tunjuk bekas tamparan yang memerah di pipi putih mulus dia tu..

"Kathy..kamu buat apa dengan Zara ni?"

"dia ni biadap sangat.. macam tak pernah kena ajar.. tetamu tengah borak dengan dia, dia main game.. biadapkan"

"tapi kamu tak patut tampar dia.. akak sendiri tak pernah naik tangan, kamu kenapa senang-senang je nak naik tangan ni.."

Zara ambil phone dia..

"Zara buat macam tu supaya dia ni putus asa dekat Zara.. Zara tak nak pun lah kena jodoh dengan orang.. kalau Zara nak ada partner,Zara dah ada.. kalau Zara putus sekali pun, Zara cari sendiri.. tak perlu orang lain yang tentukan.. sekarang ni, aunty yang melampau.. dah berjuta kali Zara kata yang Zara ni ada boyfriend dah.. ada pilihan Zara sendiri.. aunty yang sibuk-sibuk urus pasal partner Zara, sedangkan mummy daddy relax je.. diorang sebagai parents kandung Zara, boleh terima apa yang Zara cakap.. kenapa aunty nak busybody.. dan tadi, aunty tampar Zara..tu lagi melampau,tapi..tahniah, sebab dah jadi orang pertama tampar Zara.. dan ini menunjukkan yang aunty kebudak-budakkan"

"kak.. akak tengok.. apa yang dia cakap dekat aunty dia.. biadab ni, tak hormat orang tua.."

"Kathy.. betul apa yang Zara cakap tu.. akak pun rimaslah bila kena jodoh-jodohkan dengan orang.. akak dengan abang tak pernah pun paksa Zara ni cari atau tunjukkan boyfriend dia, sebab itu life dia.. kami cuma perlu pantau kalau-kalau dia buat masa dekat luar tu.. lagi pun dia dah besar,dah 26 tahun dah pun.. bukan budak 6 tahun.."

"akak.. kenapa nak sokong apa dia ni cakap.. naik lemak dia ni nanti..akak tak pernah pun tahu siapa boyfriend dia, akak tak takut kalau sebenarnya dia tak couple dengan seorang lelaki.. tapi seorang perempuan"

"dah memang kamu melampau.. nak akak cakap macam mana lagi.. kamu tak pernah rasa macam mana kena paksa dijodohkan..tapi akak pernah,nasib meyebelahi akak, akhirnya akak kahwin juga dengan pilihan akak.. kamu tak pernah rasa macam mana sakit bila terpaksa luang masa dengan orang yang kita tak nak.. akak faham perasaan Zara, lepas ni.. jangan datang sini untuk kenalkan Zara dengan someone.. kalau niat kamu datang sini untuk tu, pintu rumah yang luas ni tertutup untuk kamu"

"akak"

"dah Kathy.. Zara, kamu masuk bilik kamu.. nanti kamu bertengkar pula dengan aunty kamu ni"

"ok my.. Zara naik dulu"

tetamu dapat wayang free daripada diorang..

lepas ni Zara harap tak kena tampar lagi..
sakit..
dahlah macam nak patah rahang dia kena tampar..
bekas tangan aunty tu pun ada..
masih rasa kebas..

~~~~~

"hello Miss Izara"

"hrmm"

"don't be arrogant miss.."

"awak nak apa ni?.. saya nak jumpa client ni, tak kan awak nak ikut saya"

"saya datang nak bagi tawaran pada cik"

"tawaran apa ni?"

"tawaran jadi girlfriend saya.. saya pasti cik tak kan menyesal dapat boyfriend macam saya ni.."

"saya dah ada boyfriend."

"saya tahu itu hanyalah alasan cik untuk menghindar orang.. dan, cik ni memang suka sesama jeniskan.. cik jangan risau, saya boleh bagi cik kenikmatan bila bersama dengan berlainan jantina.. pasti lebih nikmat daripada sesama jenis.. kan"

Zara mendekat dengan lelaki tu..
dia tak pernah kenal pun lelaki ni..
tiba-tiba cakap macam ni..
dahlah dekat tempat umum..

"kau memang tak ada adab ke?.. jumpa aku untuk tawaran jijik kau tu.. aku tak pernah kenal kau pun, dan kau jangan nak fitnah aku.. aku perempuan yang suka dekat lelaki.. tapi aku benci lelaki yang tak tahu malu macam kau ni.. apa salahnya aku suka perempuan, cause maybe aku suka sesuatu yang menarik dekat perempuan tu.. bukannya aku cintakan perempuan tu pun.. like my mom, salah ke aku suka mak aku yang jaga aku dari kecil sampai besar macam sekarang ni.. aku boleh suka semua orang yang aku nak.. tapi untuk aku cinta, just one.."

"oh, really.. so tunjukkan siapa orang tu..kenapa nak sembunyikan sangat,sebab awak jadi perempuan simpanan.. perempuan simpanan siapa?.. bagi tahu sekarang"

"tak penting untuk kau tahu siapa lelaki tu.. kalau kau nak sangat ada girlfriend,cari orang lain.. aku tak berminat.. jangan halang jalan aku sebab aku nak jumpa client.. blah"

"tak kan selagi awak tak bagi tahu siapa boyfriend awak tu"

bengang dah Zara dengan perangai lelaki sorang ni..

"Bad.. kau atur lelaki mangkuk hayung ni.. nanti lambat pulak aku"

"baik bos"

Bad ialah bodyguard yang dia percayai.
dah lama Bad ni kerja dengan dia..
sejak awal dia buka perusahaan sendiri.
Bad juga yang mengatur bodyguards lain..
atau kata lain ialah dia ni ketua bodyguard Zara..

Bad menghalang lelaki tu daripada lebih dekat dengan Zara.

"kau siapa hah nak halang aku?"

"kami bodyguards Cik Izara.. dan Cik Izara dah bagi arahan untuk halang encik.. tolong pergi"

bengang muka lelaki tadi..
Zara pun bengang dengan lelaki yang tak tahu malu macam tu..
.....

"hello awak..saya nampak tadi ada lelaki kacau awak"

"iya awak.. nak sangat gantikan awak.. lepas tu kata nak bagi kenikmatan.. saya dah geli dah dengar apa dia cakap tadi.. kalau nak diikutkan hati.. masa tu juga saya nak mencarut"

"tersebar sangat pasal awak ni kena jodohkan.. lepas tu gosip pasal awak LGBT tu.. mesti awak dah tak tahan"

"saya ok je.. awak macam mana kerja?.. takde nak usyar ke?"

"takde pun.. harap tak ada nak ganggu saya.."

"ya.. saya tak nak ada orang rebut awak.."

"ya.. saya akan jaga diri saya.."

"awak.. saya nak jumpa client ni.."

"ok ok.. nanti saya call lagi tau"

"ok"

panggilan dah dimatikan

"Zairi.. kau boleh rehat dulu.. PA aku akan call bila dah siap meeting"

"ok bos..jap bos"

"apa?"

"tadi adik bos call saya bagi tahu yang dia nak ajak lunch depan office"

"err.. ok..ada lagi?"

"takde dah bos"

"aku pergi dulu"

"ya"
.....

"saya sangat suka dengan presentation cik.. pasti projek ni berjalan lancar"

alamak..
buat hal..
lelaki ni geselkan tangan dia dengan tangan Zara..

"ya.. dan encik.."

Zara tarik tangan dia..

"tolong jaga perilaku encik.. saya tak suka.. kalau tak ada apa yang nak dibincangkan lagi.. saya nak balik office."

tergamam lelaki tu..
dah tua bangka pun masih nak menggatal..
Zara dikira macam anak dia..
dia fikir Zara suka lelaki tua sangat ke?
no..

"bos. bos tak apa-apa?"

"aku ok.. lunch ni ada meeting?"

"takde.."

"bagus.. cause aku nak lunch dengan adik aku"

"ok bos"
.....

"hey sis.."

"hai"

"muram muka.. tak suka lunch dengan aku ke?"

"bukanlah.. akak kaubni pening fikir cara nak lari daripada orang yang busybody pasal aku"

"lah pasal tu..kerja senang.. kau suruh je boyfriend kau muncul"

"nope.. tak boleh"

"lerr..kenapa?"

"dia busy buat kerja dia.."

"video call.."

"tak boleh.. ada sebab tau kenapa aku tak bagi gambar dia atau jumpakan dia dengan korang"

"cer cerita..bagi tau aku sebabnya"

"aku dengan dia nak kerja dia tu stabil dulu.. sebab aku tak nak orang fikir yang dia couple dengan aku hanya untuk dapatkan duit aku.. dulu kerja dia dah stabil, tapi bila kerja dia tu semakin besar.. keadaan tak teratur..dan baru-baru ni dia baru buat cawangan baru"

"lah.. muncul jelah walau pun tak stabil kerja dia tu.. lagi pun, dah ada kerja kan.. bukannya menganggur"

"kalau dia muncul masa sekarang ni.. aku takut dia kena suruh kahwin dengan aku cepat.. hah, tak tambah busy dia tu"

"hrmm.. kenapa pulak nak kahwin cepat?"

"yelah.. kan aku dah 26 tahun.. mestilah diorang tak nak kalau aku kena gelar anak dara tua"

"alah.. lama lagi.. empat tahun lagi mah"

"itu kaum..bukan fikiran diorang yang busybody tu.. menyemak je dalam hidup aku"

"yelah.. ni boyfriend kau ada spend time ke dengan kau?"

"of course ada.. kalau dia tak dapat jumpa, mesti dia call"

"aku tak pernah jumpa kau bersama dengan lelaki yang aku tak kenal.. that's mean, korang ni LDR ke?"

"tak juga.. aku ada je jumpa dia.. tapi sembunyi-sembunyi.. kau jangan fikir aku ni perempuan simpanan pulak.."

"meragukan betullah hubungan korang ni"

"aku pun pening memikir hal kitorang"

"dahlah,sambung makan"

"ok"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience