10

Romance Completed 1216

"wow.. cantik gilerr kereta kau.. nak kitorang panggil kau tuan ke sekarang ni?"

"tak payahlah.. buat macam biasa je.."

"ok.. tak sangkakan kau sebenarnya berjaya macam sekarang.. siap dapat ambil hati Cik Zara tu"

"dorongan orang sekeliling..sebab tu saya boleh sampai macam ni.. lepas ni saya tak boleh nak jaga Cik Zara macam sebelum ni.. nanti kalau ada lelaki nak usyar dia.. bagi tahu saya"

"no problem.. on time aku tengokkan.. Tuan Badrul"

"jangan panggil macam tu.. tak selesa.. dan terima kasih untuk inform pasal Cik Zara"

"ok ok"

"Bad"

Bad mendekat dengan Zara.
kemudian melangkah pergi masuk kereta..

"cerita apa?"

"takde apa.."

"ye ke?"

"betul Sweetie saya yang cantik manis.. takde apa pun"

"awak ni..oklah.."

Zara duduk di sebelah kerusi pemandu..
pintu dibuka oleh Bad..

sekarang..
hati Zara lebih tenang..
tak perlu nak bersembunyi lagi..
boleh mesra dengan Bad tanpa takut orang perasan..

"lunch ni, awak datang office ke?"

"ermm.. kan dah cakap semalam."

"ok.. saya tunggu tau"

"saya akan pastikan saya datang"

"awak dah tanya papa awak?"

"oh.. dah.. dia kata hujung minggu ni dia free.. awak?"

"ok.. free.. nanti nak saya datang sendiri dekat rumah awak.. atau kita jumpa somewhere"

"takpe.. nanti saya jemput awak.."

"dekat mana?"

"rumah awaklah.."

"ok.. huh.. tak sabar pula saya"

"saya pun.. saya tak sabar nak tunjuk sayang saya ni.. yang selalu setia dengan saya"

"ih awak ni.. nak cairkan saya je"

"dah lama tak macam ni kan.. tapikan awak"

"ermm.. kenapa?"

"kenapa awak makin berubah dengan keluarga awak?"

"berubah macam mana?"

"awak makin dingin dengan diorang.. dengan saya sama je"

"sebab tu.."

Zara menunduk dengan senyuman hambar

"a-awak marah ke saya tanya?"

"t-tak.. mana ada.. punca tu jadi sebab.. diorang dulu tak ambil kisah sangat pasal saya.. sebab, saya perempuan kasar dan tak pandai dalam belajar.."

"perempuan kasar?.. awak taklah kasar sangat,masa marah je.. dan.. kalau betul awak tak pandai dalam belajar.. macam mana boleh awak berjaya sampai macam sekarang?"

"dorongan kawan, dengan nenek datuk saya.. dengan awak juga.."

"cerita lebih detail."

"masa saya kecil.. saya sebenarnya membesar dekat kampung.. adik beradik lain dekat bandar.. nenek dengan datuk lah yang jaga saya.. sebab saya bisu"

"hah?.. tapi"

"bila saya semakin membesar, nenek dengan datuk dah tak larat nak jaga saya yang nakal.. masa tu, saya dah boleh bercakap sebab datuk.. dia sanggup bayar bayaran mahal untuk buatkan saya boleh bersuara.."

Bad menggengam tangan Zara..
dia tahu Zara sedih..

"sebab tu.. mummy daddy bawa saya pergi bandar.. semua adik beradik tak terima saya sebab saya budak kampung.. selalu buli saya..sebab kena buli tu, saya jadi kasar dan malas nak belajar.. beberapa tahun saya tinggal dengan family ni.. saya memang berubah teruk.. mummy daddy tak tahan dengan perangai saya.. dia bawa saya balik kampung semula.."

Bad memberhentikan kereta..
lantas memeluk Zara..

"dahlah..tak payah cerita.. saya tak nak awak sedih macam ni"

Zara menggeleng dalam dakapan Bad

"awak kena tahu.. saya tak nak ada orang cakap buruk pasal hal ni dekat awak.. dan salah faham dekat saya"

"baiklah.. saya dengar"

"lepas saya dah balik kampung.. saya dah bertambah baik.. sebab nenek dengan datuk layan saya baik.. kawan-kawan dekat sana pun baik.. takde nak ejek saya..daddy mummy ada bagi duit dekat nenek datuk untuk jaga saya.. dari situ saya berubah..tak nak jadi kasar.. dan.. nak rajin belajar.. saya tak nak kecewakan nenek dengan datuk.. bila umur saya dah 18 tahun.. saya pindah dekat sini semula.. untuk belajar dekat Universiti..Zana orang pertama yang nak dekat saya.. lagi pun mula-mula saya balik sini, Zana satu hingga tiga tahun.. jadi dia tak kenal saya.. Zana juga yang cuba eratkan hubungan saya dengan yang lain.. ambil masa juga saya nak selesa.. dan semakin lama, saya kurang komunikasi dengan diorang.. tu yang saya dingin tu.. tapi tak sedingin masa saya umur 18 tahun.. lebih teruk.. hehe"

Zara cuba ketawa kecil..

"kenapa awak tak cerita hal ni dari dulu?"

"saya tak nak ingat lagi.. jadi saya tak bagi tahu"

"maaf.. saya dah buat awak ingat semula"

"tak.. awak tak salah untuk bertanya"

"awak tak marahkan saya tanya"

"tak..buat apa nak marah.. awak ni"

Bad lapkan airmata Zara tu..
merah hidung Zara ni..

"dahlah awak.. pandulah kereta.. saya kena pergi kerja ni"

"ok..saya mula pandu"
~~~~~

"hello.. maaf ganggu"

"ye.. ada yang saya boleh bantu?"

"saya nak jumpa manager restoran ni?.. dia dekat mana ya?"

"maaf.. layanan kami tak baik untuk cik ke?"

"tak.. bukan macam tu.. ada hal lain"

"oh.. bos yang mana satu ya?"

"dekat sini ada dua manager ke?"

"manager ada pembantu dia.. saya cuma nak pastikan mana satu cik nak jumpa"

"saya nak jumpa Encik Badrul.. dia ada dekat sini?"

"oh bos..dia ada dekat tepi tu.. ada perempuan depan dia"

"ok.. terima kasih.."

Zara dah lama tunggu Bad..
kata nak jumpa papa... tapi tak sampai-sampai dekat rumah..
dahlah tak angkat phone..
jumpa perempuan lain rupanya..

"hello"

"eh.. awak.. duduklah"

Zara duduk di sebelah Bad..
perempuan depan Bad dah kepelikan.. muka pula macam marah..
yang pasti ni bukan adik atau kakak Bad..
sebab Bad pernah tunjuk rupanya adik kakak dia..

" Abang Bad.. siapa ni?.. kenapa benarkan dia duduk sama?"

menyampah Zara..
buat gaya gedik depan Bad
ber'Abang Bad' konon

"rahsia.. awak, ni adik sepupu saya.. dia baru balik outstation.."

terjongket kening Zara.. adik sepupu..
gedik sangat..
takpelah..
Zara still baik sekarang
Zara hulur tangan..

"saya Izara.. awak?"

perempuan tu buat muka annoying..
kalau nak ikutkan hati..
memang Zara nak belasah..

"Kayla"

huluran tangan tak disambut..
kotor sangat ke tangan Zara sampai buat macam ni..

Bad dah tahu Zara bengang..

"awak.. kenapa ada dekat sini?.. nak makan ke?"

"saya jumpa awaklah.. saya dah lama tunggu awak tau.. awak pula tak sampai-sampai.. phone tak angkat.. rupanya jumpa adik sepupu"

"phone saya dekat bilik kerja.. kenapa awak nak jumpa saya?"

Zara geram pulak dengan Bad..
boleh pulak dia lupa..

"takde apa.. nanti awak ingatlah tu.. hehe.. takpe.. saya balik dulu.. enjoy your time"

Bad dah fikir dalam-dalam..
sememangnya ada apa hal ae?

Izara dah keluar restoran..
nak je dia teriak..
pasal dia Bad lupa..pasal adik sepupu,Bad ingat pulak..
arrghh..

bengang betul dengan Bad ni..
tengoklah nanti kalau Bad ingat esok lusa..
memang dia nak balas benda ni..

"abang Bad.. siapa perempuan tu?.. kenapa dia manja dengan abang Bad?"

"ada sebabnya.. bukan urusan Ayla.."

"abang ni.. jahat tau cakap macam tu dekat Ayla..nanti Ayla bagi tahu papa Abang Bad, meraung abang minta maaf dekat Ayla"

"papa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience