"Bad.. baik kamu bagi tahu siapa boyfriend Zara tu.. kalau tak, maknanya kamu bersubahat untuk tutup kebenaran"
Zara dari luar boleh dengar suara aunty dia tu..
dia pasti ni Aunty Kathy..
oh gosh..
dah kenapa Bad berlutut ni?
"aunty.. what's going on?.. apa aunty buat dengan Bad ni?"
Zara mendekat dengan diorang..
mentang-mentanglah mummy daddy takde dekat rumah.diorang bercuti ya..
macam ratu pulak aunty ni dekat rumah..
"hah.. balik pun..aunty nak tahu siapa boyfriend kamu"
"aunty.. aunty nak Zara jadi lebih biadap ke dekat aunty.. nak ke?..yang aunty yak habis-habis nak busybody kenapa?.. kenapa tak carikan pasangan untuk anak dara aunty yang dah 30 tahun lebih tu?..kenapa mesti aunty busy pasal Zara?"
"anak aunty dah tunang.. tak lama lagi nak kahwin.. kamu ni, dah 26 tahun..tapi tak nampak batang hidung boyfriend pun.. ni kan pula tunang"
"Bad.. pergi sana.. tak payah berlutut macam ni"
Bad pandang Zara.
dia takut juga kalau aunty Zara tu marah..
"pergi Bad.."
kali ni Bad dengar.
"Zara,, aunty tak selesai lagi dengan dia tu"
"whatever-lah aunty.. tu bukan urusan aunty.. disebabkan anak aunty tu dah nak kahwin, baik aunty aturkan je perkahwinan anak aunty.. pasal anak buah aunty, tak payah risau.. ada jalan hidup sendiri.. Zara baru 26 tahun.. belum 36 tahun.. tak payah nak takut sangat kalau Zara tak kahwin..bukannya bagi kesan buruk dekat aunty pun..dahlah aunty.. Zara penat, Zara ni baru je balik kerja.. aunty pula bising-bising macam ni.. Zara tak rasa Zara boleh bersabar dengan perangai aunty lagi.."
"Zara.. jaga ucapan kamu.. kamu sepatutnya dengar cakap orang yang lebih tua"
"oh.. dengar cakap orang lebih tua.. aunty layak ke?.. aunty tu cuma mak cik pada Zara.. bukan mak kandung Zara.. tak payah nak kecohlah aunty.. enough in here.."
"kamu memang dah tambah biadap sekarang"
"sebab aunty..sebab aunty, Zara jadi biadap macam ni..kalau aunty hormat keputusan Zara, benda tak kan jadi teruk macam ni.. aunty je yang sibuk sangat nak jaga tepi kain Zara.. melebih daripada parents Zara.. dahlah.. kalau aunty nak stay dalam rumah ni, ok.. Zara tak kisah.. tapi kalau aunty mula bising pasal hal tadi.. baik aunty balik je.."
Zara dah bengang..
jadi baik dia tak payah bising-bising lagi..
nanti tak pasal-pasal dia pecahkan barang dalam rumah ni..
"marah betul cik muda.."
"gilerr tak marah.. kalau aku jadi cik muda pun, aku stress tau.. asyik kena ganggu dengan orang.. kalau keluarga sendiri yang sibuk takpe.. ni tak.."
"puan tu kan keluarga juga"
"alah.. kelurga yang cuma parents dengan adik-beradik je"
"oh.. aku setuju cakap kau.. busybody"
"dahlah.. jom sambung kerja.. nampak macam puan tu tengok kita.. dengar apa yang kita cakap kot"
"ok jom"
'tok tok'
"kak.. aku masuk tau"
"ya"
Zam masuk bilik Zara..
entah apa dia nak
"kau kenapa?"
"saja check condition kau.. Zana kata kau bergaduh mulut dengan Aunty Kathy.. mesti kau strres kan"
"huhh.. stress gilerr.. dahlah aku penat kerja, lepas tu jumpa pula orang yang busybody pasal aku.."
"haih...ni yang aku takut kalau kau stress ni.. kang kau murung, macam mana?"
"taklah.. aku taklah stress sampai nak murung.."
"kalau ada masalah, bagi tahu je kitorang.mana tahu kitorang boleh bantu"
"ok"
"what's up boyfriend kau?.. aku ada siasat tau pasal boyfriend kau, jangan marah.. tapi, takde pun aku jumpa clue, ke kau memang tipu kitorang?"
"mana ada.. boyfriend aku tu tak famous sangat..macam mana nak ada maklumat pasal dia.. dia tu tak comunicate sangat dengan orang.. dan dia tak tunjukkan sangat rupa dia dekat luar"
"kau tak tipu kan?"
"tak"
"aku percaya lagi kali ni.."
"percayalah.. eh.. lusa malam, aku nak jumpa boyfriend aku.. kau rasa, aku kena pakai apa?"
"boyfriend kau ok kau pakai apa je?"
"ok je.. asalkan tak seksi sangat.."
"pakai long dress je.. warna merah.."
"ok ke?"
"ok.. lengan pendek..jangan dedahkan bahu kau.. mesti cantik.. tambahkan sikit mekap.."
"betul ni ok, nanti aku nampak pelik pula"
"betul kak.. muka kau yang cantik ni memang akan tambah cantik bila guna mekap.. tapi mekap nipis jelah"
"oklah ok"
~~~~~
"cik.. cik ni cik yang bos kami jemput ke?"
"ya.."
"ok.. biar saya bawa cik pergi tempat yang bos kami nak jumpa cik"
"baik.."
.....
"cik.. masuklah, bos dah ada dekat dalam"
"terima kasih"
"sama-sama cik.. saya pergi dulu"
"ya"
Zara masuk tempat tu..
besar tempat ni..
"sayang.. dah sampai.."
"dah sampai Bie.."
"cantiknya awak malam."
"awak handsome sangat.."
Zara belai pipi boyfriend dia..
tak lama lepas tu diorang berpeluk sekejap
"awak duduklah sayang.. buka topeng awak tu..tak nampaklah muka awak.."
"ok.."
Zara duduk di hadapan boyfriend dia..
"Bie nak cakap apa hrmm?.. saya tak sabar nak tahu"
"lepas kita makan..ok.. jangan tergesa-gesa"
"awak ni sengaja tau nak lambat-lambatkan.."
"alah.. tunggulah.. please"
"ok.. jangan lambatkan lagi ae"
"ya.."
.....
"sedap masakan ni.. chef awak kan yang masak"
"ya.."
"awak jumpa chef dari mana?"
"kawan tolong.. lepas tu, saya ada juga offered kawan jadi chef saya"
"wah.. hah.. awak,makanan dah habis.. so, bagi tahu saya pasal apa yang awak nak bagi tahu.."
"betul ke?..dah ready?"
"dah.. alah, cepatlah"
"ha yelah.."
dia dah berdiri..
menghadap Zara..
dia teruja ni
"Bie.. kenapa?"
"sudi tak awak jadi isteri saya yang tercinta.. temani saya jalani hidup saya lepas ni..dan sentiasa jadi cinta terakhir saya.. sudi?"
dia melamar Zara..
ya..
itu yang dia nak bagi tahu..
dah lama dia nak lamar Zara..
cuma tak ada masa yang sesuai..
"sayang.. sudi ke?"
"mestilah saya sudi.."
"terima kasih.. tangan please"
Zara menghulurkan tangan kiri dia..
cincin tersarung kemas..
cantik..
"awak suka cincin ni?"
"suka.. cantik"
'cupp'
tangan Zara di cium
"awak berdirilah.."
dia pun berdiri..
Zara memeluk erat..
"awak betul ke ni dah ready nak munculkan diri?"
"ermm.. dah.. lagi pun, saya tak nak lama-lama lagi.. saya takut hilang awak.. tapi kan, parents awak boleh terima saya ke?"
"of course boleh.. diorang tak kisah dengan siapa saya nak kahwin, asalkan boleh bahagiakan saya dan mampu untuk jaga saya.. awak mesti boleh bahagiakan dan jaga saya.. kan"
"mestilah.. saya kan sayang awak.."
Zara menatap boyfriend dia
"sayang.. kenapa tatap muka saya ni?.. nak saya jatuh cinta lagi ke?"
"awak jatuh cinta lagi ke dekat saya?"
"mestilah.."
"kalau macam tu.. saya tatap awak selalu, supaya awak sentiasa jatuh cinta dekat saya.. dan tak lupakan saya"
"mana boleh saya lupakan awak.. awak kan kesayangan saya"
"so sweet.."
"jom keluar.. saya nak bawa pergi somewhere"
"mana?"
"ada lah.. pakai mask awak"
"ok"
diorang berpegangan tangan hingga ke kereta..
staff yang lain terkejut
tak pernah-pernah bos diorang mesra dengan perempuan..
kecuali mama dengan adik bos..
.....
"sekarang ni takde orang datang.. lepas tu terang bulan pulak ni.. awak suka?"
"suka sangat.. boleh spend time dengan tenang..dengan ada awak lagi"
"saya gembira awak suka.."
"bila kita berdua je ni.. saya rindu kita yang dulu"
"kenapa?.. saya berubah sangat ke dengan awak?"
"taklah.. rindu masa kita masih tak kerja.. kita selalu ada masa nak spend time.. sekarang ni dah tak dapat spend time sangat.."
"takpe.. biarkan itu berlalu.. lepas ni lepas dah kahwin.. mesti kita dapat spend time juga,walau pun tak lama.. mungkin, kita baring atas katil.. then cerita pasal hari-hari kita.."
"awak.. kalau contohnya saya mengandung awal.. awak sedia ke?"
"ya.. sedia je.. awak?"
"dah.. saya dah sedia"
"saya akan pastikan anak kita handsome macam saya.. dan cantik macam awak"
"awak ni.."
Share this novel