"awak.. ceritalah pasal boyfriend Cik Zara tu.. kitorang ni nak tahu sangat tau pasal boyfriend Cik Zara tu"
"sorry.. tak boleh.. kalau saya bagi tahu, mesti bos tahu saya yang bagi tahu kamu semua ni"
"alah.. kitorang akan tutup mulut.. janji"
"kalau kamu semua tepati janji, saya pun kena tepati janji.. saya dah janji dengan bos dan boyfriend bos supaya tak bongkar identiti boyfriend bos.."
"alah.. sikit je..tak banyak.."
"err.. ok macam ni boyfriend bos tu manager restoran.. dah, tu je"
"restoran besar ke?.. restoran apa?"
"takde takde.. saya dah bagi tahu sikit pasal boyfriend bos.. tak nak bagi tahu lagi..nanti bos marah.. dahlah, bye.. saya nak jumpa bos"
"awak.. awak nak report pasal kitorang ke?"
"mana ada.. saya kena bawa bos jumpa boyfriend dia"
"bukan dah ke kelmarin.."
"apa salahnya date setiap hari.. lagi pun,saya nak date juga dengan family saya.. hehe.. bye"
berpeluh-peluh Bad kalau cakap bab boyfriend bos dia..
takut sangat kalau bocor rahsia..
nanti mampus dia kena ceramah dengan Zara..
~~~~~
"kak.."
"apa?"
"boyfriend akak.. dah lamar akak?"
"belum"
"haihh.. lama lagilah nak kahwin kalau macam ni"
"tsk.. kau ni,tak habis-habis pasal perkahwinan aku..kau tak nak kahwin?"
"hehe.. tak naklah kak..muda lagi ni"
"dah tu aku tua sangat ke sampai kena suruh kahwin?"
"taklah kak.. akak kan sentiasa cantik.. lepas tu masih muda..lagi penting, akak awet muda walau pun muka selalunya dingin"
"eh kau ni.. cakap pasal dingin aku pulak ye..kau tu, bila nak berubah?"
"tak tahu.. Zana cuma tahu belajar dan belajar"
"kalau macam tu.. kau kenalah juga belajar berubah.. jangan nak jadi lurus bendul je.."
"nantilah.. tunggu akak dah tunang"
"kenapa pulak?"
"sebab, sekarang ada akak nak jaga.. haha"
"eh kau ni.. kalau aku takde dekat sini, macam mana?"
"Abang Iz dengan Abang Zam kan ada"
"ada jelah jawapan kau"
"mestilah kak.. ada soalan, ada juga jawapan.. kan kan"
"yelah yelah.."
"by the way-kan kak"
"hah.. apa lagi?"
"betul ke boyfriend akak manager restoran?"
"ha'ah, macam mana kau tahu?"
"pembantu rumah banyak gosip pasal tu.."
"diorang tahu daripada siapa?"
"Bad"
"ada benda lain lagi ke yang Bad bagi tau?"
"takde.. tu je.. Bad kan takut kena marah dengan akak. tu yang tak banyak dia bagi tahu"
"baguslah kalau dia takut kena marah aku"
"tapikan kak.. kenapa Bad boleh tahu pasal boyfriend akak?.tapi kitorang tak?"
"macam ni cerita dia.. Bad ni atau Si Badrul tu, kawan seuniversiti aku..tapi kitorang taklah rapat, kenal macam biasa je.. masa dekat U, aku jumpa boyfriend aku.. aku selalu je jumpa boyfriend aku dekat U walau pun dia belajar bidang lain.. dekat situ, Bad ni mestilah nampak siapa boyfriend aku dan kenal..lagi pun, diorang kawan rapat dari sekolah menengah"
"oh.. patutlah.. ok faham dah"
"good.. ada soalan lagi?"
"boyfriend akak handsome ke tak?"
"mestilah.."
"akak pasti dia takde motif lain?"
"pasti sangat.. sebab dah lama hubungan kitorang..dah masuk enam tahun.. dan selama ni pun, dia tak pernah buat benda bukan-bukan.. sebagai bukti, aku still perawan sampai sekarang"
"ok.. tapi dia tak buat bukan-bukan dengan perempuan lain ke?.. kang masa akak dah kahwin nanti,tiba-tiba ada perempuan bawa anak cakap tu anak boyfriend akak.. uhh.. menakutkan"
"tak payah fikir negetif sampai macam tu.. dia tak kan buat punya.. sebab selama kitorang couple ni, dia sibuk pasal kerja dan aku.. dia selalu cari cara kembangkan pekerjaan dia"
"oh.. confident ni.. bagus kak.. bagus.. tak sabar nak kenal bakal abang ipar tu.. hehe"
"takpe.. tak lama lagi kau tahu lah tu"
"bila?"
"tak tahu.. tapi tak lama lagi"
"hrmm. yelah"
Zara ni jemput Zana balik U..
sambil driving..
sembang juga..
"oh ya kak.. macam mana akak tahu Bad ada girlfriend?"
"kau pun tau kan yang Bad memang dah jadi bodyguard aku sejak aku mula buka bussiness"
"ya"
"sebelum syarikat aku maju, aku dengan Bad lebih kepada kawan.. bukan majikan-pekerja.. setahun sebelum syarikat maju, Bad ni ada bagi tahu yang dia mula keluar dengan sorang perempuan ni.. sampai akhirnya, dia couple perempuan tu.. dah masuk dua tahun diorang couple.."
"sekarang ni, akak masih kawan dengan Bad macam dulu?"
"tak.. sebab sekarang aku busy dan takde masa untuk spend time dengan orang.. dengan korang pun aku tak spend time sangat,ni kan pulak Bad"
"ok.."
"dah lah.. dah sampai rumah ni"
"yup"
.....
Zara kembali bekerja..
banyak hal nak kena urus.
kena fokus
phone yang berdering dia angkat..
"hello sayang.."
"ermm.. hello Bie"
"awak busy tak lusa ni?"
"lusa.. jap saya fikir dulu"
ambil masa juga Zara mengingat..
sebab memang banyak kerja dia sekarang..
"tak busy sangat.. kenapa?"
"kalau boleh, saya nak jumpa..dekat restoran saya.. yang ada tempat private tu..kita dinner sama-sama"
"ok.. nanti saya datang.. jam berapa?"
"jam tujuh?"
"ok.. saya akan sampai.. tapi masa tu,mesti staff awak banyak kan.."
"saya tak kan dedahkan awak.. nanti awak sembunyikan wajah awak, boleh"
"awak ni.. kang kantoi baru tahu"
"takpe.. saya akan pastikan rancangan saya berjalan lancar"
"hrmm. yelah, lusa malam saya datang.. jangan tak jadi pulak tau"
"ya"
"ni awak dekat mana?"
"dekat luar.. teman adik shopping.."
"dah berapa lama?"
"dah nak sejam dah.. saya yang dah penat ikut dia, saya berehat dekat restoran"
"oh.. hah, pasal pergi restoran awak tu.. kenapa?..awak ada masalah ke?"
"ada lah sebabnya.. tak boleh bagi tahu.. suprise"
"main suprise-suprise pulak"
"yelah.. dah lama tak suprise-kan awak.. awak je selalu suprise-kan saya"
"eh.. bila masa saya suprise-kan awak pula ni?"
"dengan muncul depan kaca tv, hilang dalam hutan tu.. lepas tu sakit, bila dah sihat biarkan staff awak peluk awak lepas tu gaduh dengan aunty awak sebab aunty awak nak kenal saya"
"awak ni kan.. tu bukan suprise ye.. itu tindakan silap langkah dan perkara jadi tanpa dirancang..kecuali pasal muncul depan kaca tv.. hehe"
"eleh dia"
"oklah awak.. nak sambung kerja dulu.. tak lama lagi nak balik"
"ok..bye sayang"
"bye too Bie sayang"
Ati masuk ke bilik kerja Zara..
"bos.."
"apa Ati?"
"saya nak cakap pasal Bad"
"kenapa dengan dia?"
"pasal dia kena bagi ubat peransang tu kan.. sebenarnya, perempuan tu target bos.. supaya dia dapat gunakan bos"
"gunakan aku kenapa?"
"dia nak bos berhubungan intim dengan sorang perempuan..dan rakam.. dengan macam tu, dia boleh ugut bos untuk buat apa yang dia nak"
"dah tu.. kenapa Bad yang kena?"
"dia fikir.. mungkin bos akan selamatkan Bad dengan berhubungan intim dengan Bad"
"tsk.. kecilnya otak sampai buat macam tu"
"orang dah cari perempuan tu.. cuma belum ada perkembangan..dan mungkin perempuan tu dah lari"
"takpelah.. nanti jumpa juga tu"
Share this novel