"Zana.. lepas ni.. kalau kau nak keluar.. ajak abang kau tu.. cakap dekat diorang, aku yang suruh.. kau jangan ambil kesempatan pulak.. kalau dekat U, kau cepat-cepat masuk kelas atau cepat-cepat keluar.. nanti jadi macam ni.. kau yang malu.. nasib baik aku yang jemput kau kali ni, kalau PA aku yang jemput..memang sampai sekarang kau tak selamat"
"ya kak"
"kalau diorang buli kau lagi, bagi tau aku"
"ok"
muka Zana muram
"aku tahu kau tak nak kena kawal.. tapi kalau kau tak mudah kena pujuk, kitorang tak kan macam ni.. dulu, dah elok-elok Zam yang kawal kau.. tapi kau buat hal.. then sekarang kau kena kawal semula dengan aku.. aku fikir kalau Zam yang atur kau, kau tak kan fikir nak kena kawal semula dengan aku. tapi tengoklah apa jadi bila kau tak kena kawal sangat dengan Zam.. kau buang peluang macam tu je. dan sekarang kau terpaksa dengar aku membebel macam mak nenek dah.."
Zara tengah memandu sekarang ni..
bodyguards dia ikut dari belakang..
Zana memeluk tangan kiri Zara sambil senyum pandang Zara..
"takpelah akak nak membebel macam mak nenek ke.. Zana tak kisah, sebab akak sayang Zana kan"
tengok lurus Zana..
kebanyakan orang tak suka kena bebel tau..
tapi Zana..
pasrah je..
"mestilah aku sayang kau..kalau tak, jangan harap aku nak selamatkan kau tadi.."
Zara membelai rambut Zana guna tangan kanan..
sekejap je..
nanti kang lama, tak terkawal kereta tu..
Zana kemudiannya menyandar kepala di lengan Zara..
"kak"
"ermm"
"bila akak nak kahwin?"
"amboi soalan.. drastik"
"Zana tak sabar nak ada anak buah daripada akak"
"belum masa nak kahwin lagi.. sabar jelah"
"ok"
.....
"maaf atas kelewatan saya tadi"
"takpe cik.. tidak lama pun kami menunggu.. hanya dalam lima minit.."
"maaf kalau menyusahkan"
"tidak.. cik tidak susahkan kami.. mengenai projek ni.. saya menunggu progress"
"ya.. projek akan dijalankan tak lama"
"baiklah.."
"kalau tiada apa-apa yang nak bincangkan lagi.. kami minta diri"
"ya."
sebab Zana tadi..
Zara terlambat..
tak tahu dah berapa lama..
tapi client kata dalam lima minit..
betul ke?
"Ati.. lama ke korang tunggu tadi?"
"taklah bos.. tiga minit lebih je kitorang tunggu.. saya ada bagi tahu yang mungkin bos ada masalah masa nak datang tadi"
"baguslah.."
"bos boleh balik office..tapi saya takde dekat office..sebab nak kena jumpa PA beberapa syarikat ni.. untuk projek terbesar tu"
"ok.. kau memang tak balik office lagi ke?"
"tak bos.. sampailah habis kerja.. esok saya jumpa bos lagi"
"ok.. aku takde nak jumpa client lagi kan"
"takde bos.."
"oklah.. aku gerak dulu"
"selamat jalan bos"
"ya..kau pun"
.....
'tok.. tok.. tok'
orang tu dah masuk..
"awak"
"sayang.."
boyfriend Zara..
dia peluk Zara..
lama dah tak peluk sayang dia tu
"takde orang perasan ke ni awak masuk bilik office saya?"
"takde.."
"nice"
"saya ada nampak berita tau.. kenapa awak berani sangat buat macam tu?"
"kalau saya bagi tahu saya perawan pun.. diorang tak kan percaya tanpa bukti.. hah, sebab tu kena buktikan dengan jelas."
"tapi, saya gembira awak masih perawan"
"how about you?"
"what?"
"your virgin"
"my ex take it"
"awak yang nak ke?"
"no.. dia yang ajak.."
"tak kanlah"
"hello.. percaya boyfriend awak ni.. selama bertahun-tahun awak dengan saya.. pernah ke saya ajak awak buat perkara tu.. hah."
"takde.. tapi, awak relakan buat benda tu dengan dia?"
"sorry.."
"it's okay..benda lama.. asalkan awak tak curang dengan saya sebab nak buat benda tu.. saya hentam awak nanti kalau awak buat macam tu"
"tak kan.. saya tak kan curang dengan awak semata-mata benda tu.. kalau betul saya nak, dengan awak jelah.. maksud saya lepas kahwin nanti"
"yelah.. ex awak berapa orang?"
"kenapa?"
"alah.. jawab je lah.."
"jap.. kira dulu"
Zara nampak Bie dia mengira guna jari..
dah lebih sepuluh jari mengira..
Zara menepuk lengan Bie dia
"awak ni.. banyak betul ex awak"
"alah sayang.. gurau jelah.. saya ada dua ex je.."
"maknanya saya orang ketiga jadi girlfriend awak?"
"yup"
"ex keberapa ajak awak buat benda tu?"
"saya rasa seramlah awak tanya pasal ni..tukar topik boleh?"
"nope.."
"yelah. ex kedua"
"oh.. putus cause what?"
"curang..saya nampak dia dengan lelaki lain buat benda tu..saya bukan nak burukkan dia.. tapi sebenarnya dia dah tak virgin masa kali pertama saya dengan dia"
"oh.. ex dia dah dapatlah virgin dia tu.. rasanya, dia yang gatal sangat.. tu yang tak virgin tu"
"hrmm.."
"siapa ex awak yang dapat first kiss awak?"
"erm.. yang pertama"
"dia tak ajak buat benda tu ke?"
"tak.. dia paling jauh pun nak kiss je.."
"oh"
"awak pula, berapa ex awak?.. siapa dapat fisrt kiss awak?"
"saya?.. lupalah tu saya bagi tahu dulu"
"apa?"
"awak first love saya..macam mana nak ada ex.. ish awak ni"
"sorry saya lupa"
"awak selalu lupa pasal tu..takpe, dah biasa"
"macam merajuk je?"
"mana ada"
"ada"
"takdelah"
"ada"
"dahlah.. awak ni"
"ok ok.ni saya nak bagi tahu"
"apa?"
"dalam sebulan dua lagi..kerja saya akan siap, so.. saya boleh muncul lepas tu"
"betul ni?"
"betul.. saya tak sabar nak jumpakan awak dengan parents saya."
"saya pun."
"get ready"
"yup..awak pun"
Share this novel