"mama"
"Rissa.. kenapa?"
"mama terima Kak Zara ke?"
"ya.. kenapa?.. kamu tak suka Kak Zara ke?"
"bukan macam tu.. Rissa suka Kak Zara.. tapi tadikan.. Rissa dengar dia menangis dalam bilik air.. tapi dia kata dekat abang, ada haiwan kecil masuk mata.. sedangkan dia terdengar apa Aunty Wina cakap"
"dia dengar ke?"
"dengar ma.. Rissa nampak depan mata.."
"haisy.. aunty kamu ni.. kalau tak bergosip, memang tak sahlah hidup dia.."
"Rissa percaya Kak Zara tu tak lesbian.. dan semua keburukan yang orang luar cakap tu.. mungkin dengan orang sepatutnya je Kak Zara tu garang.."
"ya.. biasalah mulut orang.. tak dapat nak dihentikan bercakap buruk.."
"kesian Kak Zara.. Kak Ika apa komen?"
"Kak Ika ok je dengan Zara tu..tengok muka, baik.. ada masa tertentu je tu Zara nampak dingin.. tak pun masa dia badmood ke..hah, tak pun sebab dia tengah haid ke.. siapa tahu kan"
"ha'ah"
"so ma..bila nak kahwinkan Bad dengan Zara tu?"
"kena bincang dulu dengan parents Zara.. mama kalau boleh tak nak lambatkan.."
~~~~~
"Zam"
"hah"
"daddy dah tahu punca video viral tu"
"apa puncanya daddy?"
"seorang lelaki.. dia sebarkan video tu.. lelaki tu yang kena saman dengan Zara.. pasal keperawanan Zara tu"
"daddy tahu pasal tu?"
"mestilah tahu.. orang kanan kan ada.."
"maknanya.. lelaki tu nak balas dendam"
"begitulah yang daddy fikir"
"nak buat macam mana sekarang?"
"bagi dekat Zara je.. nanti tahulah dia nak buat apa"
"ok daddy"
.....
"sayang"
"awak.. tak busy ke datang sini?"
"tak.. lagi pun saya nak hantar pasal siasat orang viralkan video awak tu"
"siapa?"
"lelaki yang hebohkan yang awak tak perawan"
"lelaki tu lagi.."
"ya awak"
"takpelah.. biarkan je.. lagi pun diorang dah tahu awak boyfriend saya kan.. jadi, orang tak kan fikir lagikan"
"ya"
"kalau lelaki ni buat hal lagi.. pandai-pandailah saya nak fikir buat apa"
"ok.. awak ni dah lunch ke belum?"
"belum"
"kenapa tak lunch lagi?"
"tak lapar.. lepas tu, saya nak siapkan kerja dengan cepat"
"janganlah tak makan.. nanti awak sakit tau.."
"takdelah.. tak kan sakit punya.."
"nope..sekarang awak kena ikut saya.. jom lunch"
"alah awak.. tak naklah"
"sayang..jomlah.. kesian perut awak tu.. nanti masuk angin.. jom.. nanti buat kerja tu"
"awak"
"jom jom.."
dengan rela Zara ikut Bad..
dia memang tak lapar..
"lepas ni.. jangan tak makan masa lunch.. breakfast jangan lupa.. dinner pun"
"yelah awak.. saya ingat"
"janji?"
"janji"
~~~~~
"sayang"
"ya Bie"
"lepas kita kahwin, awak masih nak kerja ke?"
"erm.. mestilah.. kenapa?"
"saya risau kita takde masa untuk sama-sama"
"jangan risaulah.. lepas kahwin, saya kerja dari rumah.. nanti adik saya akan jadi COO dekat company saya.. apa-apa jadi, dia akan bagi tahu saya.. hal penting je saya pergi office.. lepas tu, saya akan fokus dekat awak"
"kalau macam tu.. saya akan kurang pergi restoran..saya pun boleh fokus dekat awak..tapi, adik mana satu jadi COO tu?"
"Izam.."
"ooh..nak makan"
"aiskrim ke?"
"yelah.. tak kan makan awak pula.ish"
"awak nikan"
diorang dating ye..
siap makan aiskrim dekat taman
"lepas ni.. awak balik rumah terus ke? atau singgah mana-mana?"
"saya nak ambil Zana.. dia belajar dengan kawan dia"
"semua perempuan ke?"
"ada lelaki..tapi saya dah warning awal.. kalau diorang buat hal, memang nahas diorang tu"
"ok.. nanti jumpa awak lagi"
"ok Bie.. love you"
"love you too"
Bad dengan Zara dah masuk kereta.
pergi ke destinasi seterusnya..
~~~~~
"sayang.. tak sangkakan.. tak lama lagi kita kahwin"
"ya.. memang tak sangka.. macam cepat je masa berlalu"
"ha'ah.. dulu kita masih belajar dekat universiti .sekarang kita dah kerja..tapi hubungan kita kekal macam dulu"
"tu maknanya.. kita memang ada tujuan yang sama.. untuk kekalkan hubungan kita.."
"ya.. awak akan jadi cinta terakhir saya"
"awak juga jadi cinta terakhir saya"
"oklah awak.. jom off-call dan tidur.. beberapa jam lagi majlis kita ni"
"ok.. lena tidur tau"
"awak juga"
.....
lafaz perkahwinan sudah diterima dan dipersetujui oleh dua pihak pengantin..
cincin disarung kemas oleh pengantin lelaki.
begitu juga dengan pengantin perempuan
kain yang menutupi wajah pengantin perempuan dibuka oleh pengantin lelaki..
seri pengantin yang terpapar pada kedua pangantin itu menyerikan majlis perkahwinan
dahi Izara dikucup lembut..
tak nak kiss-kiss.malu
dan agak lama..
agar photograper dapat menggambar moment penting tu..
gembira hati mereka berdua ni..
hajat yang sudah lama ditunggu..
kini terkabul..
orang yang lain turut gembira bersatunya dua insan yang saling menyintai ini
semua orang pasti gembira dapat bersama dengan insan yang dicintai..
hari itu..
semua meraikan perkahwinan mereka dengan lancar..
.....
"huuh.. akhinya"
"akhinya apa Bie?"
"akhirnya saya dah jadi suami awak.. gembira sangat-sangat"
"saya pun gembira sangat-sangat..lepas ni, bolehlah saya tatap wajah cinta hati saya ni"
"manisnya ayat awak.."
"mestilah.. tak kan bagi ayat pahit pula"
"melawak ke tu?"
"taklah.. mana ada"
"ok"
"awak.. jomlah rehat.. saya penatlah"
"ya.. saya pun penat juga ni.. goodnight sayang"
"goodnight too Bie.. love you"
"love you more.."
tak lama kemudian
dengkuran kecil kedengaran pada pasangan pengantin baru tu..
semestinya penat bila banyak melakukan acara perkahwinan dan banyak melayani tetamu yang hadir
~TAMAT~
Share this novel