BAB 5

Romance Completed 10210

~HELENA~

Kedengaran lagu Mawar Khayalan di handphoneku menandakan ada mesej masuk. Tanpa disedari senyuman terukir di bibirku bila melihat nama si penghantar sms itu.

"Waaahhh....sengih sampai ke dahi dapat mesej ek...pakwe ke?"

"Ish kau ni...mana aku ada pakwe. Kawan la..."

"Eleyyy Lena...dengan aku pun nak berahsia ke?"

"Betul la mana ada haa...Nak berahsia apanya..."

"Tapi kan...sejak dua menjak ni aku tengok bukan main lagi Ayie tu duk usha kau. Kau tak sangkut ke?"

Ayie? Memang lelaki itu pernah menyuarakan rasa cintanya padaku. Tapi tak mungkin aku dapat terima dia sebab aku dah ada orang yang aku suka.

"Cik Lena...Nak jadi princess saya tak?" lamaran Zaris semalam ketika kami ber‘sms’ begitu mengujakanku.

"Hmm...Best jugak tu...Okay!"

"Okay, deal! From now on...Cik Lena is my princess! And...Please call me Ais..."

Aku tersenyum sorang-sorang bila mengingatkan yang aku kini dah ada seorang pakwe yang hensem. Bila difikirkan balik, macam kelakar pun ada kerana aku begitu mudah menerima lelaki ini sedangkan aku masih tak tahu banyak tentangnya. Yang pasti, aku selesa berkawan dengannya. Sememangnya cinta kami ini cinta gila. Zaris betul-betul buat aku angau. Saat ini aku rasa dunia ni aku yang punya bukan Ahmad Albab yang punya! Hahahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience