BAB 11

Romance Completed 10210

~HELENA~

"Lena, thanks sebab bagi Ais satu lagi peluang..." Ais memulakan bicara ketika kami berjalan menuju ke library.

"Thanks jugak sebab Ais masih sudi dengan Lena..." Sememangnya keputusanku untuk menyambung kembali hubungan kami ini sangat menggembirakannya.

"Tak sabarnya nak abis study..."

"Apsal? Nak cepat-cepat tinggalkan Lena pastu boleh cari awek lain?" Sengaja aku menduga walaupun aku tahu bukan itu yang ada di fikirannya.

"Lorr...bukan la...Ais tak sabar sebab Ais nak kerja cepat-cepat. Nak kumpul duit banyak-banyak...Nak pinang Lena..." panjang lebar lelaki ini memberikan alasannya. Matanya sengaja dikenyitkan. Konon nak pikat aku lah tu.

"Ishh...sape nak kawen dengan awak?" Aku buat-buat jual mahal.

"Tak nak kawen dengan saya?" Zaris buat muka sedih. Alalaaa...sweetlah pulak pakwe aku ni...

"Tak nak pun..." Aku makin jual mahal. Sengaja nak melihat reaksi Zaris.

"Betul ni? Tak menyesal ke?"

"Tak punnn..."

"Okay! Biarlah Ais undur diri...Ais takkan ganggu Lena lagi..." Ah sudah! Dia buat lagi adegan lama tu.

"Ais!" hujung lengan bajunya kutarik.

"Hmm?" spontan Zaris berpaling.

"Ais...err Ais...tolong jangan...jangan tinggalkan Lena lagi..."

Zaris berpaling membelakangiku semula sambil berpeluk tubuh. Sempat dia senyum disebaliknya. Aku tahu kerana aku nampak dengan jelas di cermin berhadapan kami. Aku dapat rasa ada aura nak mengenakan aku je. Cit!

"Okay...Ais takkan sesekali tinggalkan Lena. Tapi dengan satu syarat!" Ishh...siap ada syarat lagi pulak dah mamat ni...

"Apa dia?!" begitu teruja sekali aku menyoalnya kembali.

"Kiss skit?" senyuman nakal terukir di bibir Zaris. Mempamerkan kegatalan tahap cipan.

"Waaahhh!!! Mengada-ngada!! Kiss dengan lutut nak?!"

"Hahaa...Orang gurau je lah...Macam ni barulah Helena yang Ais sayang...Garang, panas baran, kalau muncung panjang dua depa..." Zaris mengusikku siap dengan gayanya sekali.
Aku bercekak pinggang. Bengang dengan kata-katanya tadi.

"Orang serius ni!"

"Okay...okay...Ais takkan buat lagi.."

"Buat apa?"

"Takkan tinggalkan Lena lah..."

"Betul?"

"Betul..."

"Janji?"

"Janji..."

"Takde talian hayat?"

"Takde sayang..."

"Jangan cari awek lain ye?"

"Yes dear...I’m yours..." Ais buat gaya Jason Mraz. Ceh! Pengaruh Akim AF rupanya mamat ni...huhuuu...

~ZARIS~

"Wohoooo!!! Zaris the romeo!!!" Suara tu! Aku berpaling dan kulihat Malik, Peyuz dan Jijie tersengih-sengih. Mungkin mereka dah lihat adegan jiwang karat aku dengan Helena tadi. Peh! Malu siot!

"Err korang...Ni aku kenalkan Helena..."

"Tau...Bidadari syurga kan?" Peyuz menyakat. Malik dan Jijie ketawa riang. Helena pulak aku lihat terpinga-pinga tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘bidadari syurga’ tu.

"Err Lena, meet my friends...Peyuz, Jijie and Malik...Lena kenal kan?"

"Yep, mestilah Lena kenal... Siapa tak kenal band Ais kat kolej ni..."

"Ais??!!!" Serentak Peyuz, Malik dan Jijie menjerit. Helena sekali lagi terpinga-pinga. Alahaiii...kantoi la pulak dengan mamat-mamat hampeh ni nama manja aku tu.

"Ais kacang?!! Hangat beb!!! Wakakaa!!!" Diorang boleh bantai gelak kat aku kuat-kuat. Siap nyanyi lagu ‘ais kacang’ yang budak sekolah darjah empat wajib nyanyi waktu subjek muzik tu. Aku memandang Helena dengan rasa segan yang amat. Dia hanya tersenyum melihatkan wajahku yang dah memerah menahan malu.

"Takpe... Takpe... Ais kacang pun okey... Yang penting saya suka..." Tiba-tiba dia bersuara. Aku kembali senyum. Kemenangan berada di pihakku.

"See? Sekurang-kurangnya ais kacang aku pun laku jugak kan...Korang plak? Jual minyak pun tak laku kan? Hahahaa!!!" Aku ketawa memulangkan paku buah keras.

Merah padam muka makhluk bertiga dihadapanku ini. Agaknya diorang baru sedar yang diorang masih takde awek. Padan muka korang! Wahahaa!!! Peyuz pandang Malik. Malik pulak pandang Jijie. Kemudiannya semua pakat pandang Helena.

"Alalaaa...Cik Helena...Tolonglah kenalkan kami dengan kawan-kawan Cik Helena...Kami pun nak ada awek jugak..."

Berdekah ketawa aku dan buah hatiku mendengar kata-kata mereka.. Akhirnya gelaran ‘player’ kulucutkan 100% dariku. Secara rasminya aku sudah bersara dari arena lelaki buaya darat kerana aku telah jumpa gadis yang benar-benar membuat aku jadi gila bayang (well in a good way) dan mendorong aku ke arah kebaikan dan hidup lebih bermanfaat dan bermakna. Kehadiran gadis pujaan ku ini ku kira adalah doa-doa yang didengari Allah, menghantarkan aku seorang yang persi matahari, sukar didekati namun memberi kehidupan dan menerangi dunia yang malap. Ya, dia adalah matahariku, kekasihku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience