BAB 2

Romance Completed 10210

~ZARIS~

"Ris, ada awek baru beb!" Malik menyiku bahuku. Mulutnya sedikit dimuncungkan ke arah sekumpulan gadis yang lalu di depan kami.

"Hahaa...Kau ni tak habis-habis la Malik..." Aku hanya tersenyum menggelengkan kepala dengan gelagat Malik.

"Aik? Aku je? Kau kan otai dari aku bab-bab ni?"

"Tu 3 bulan lepas...Sekarang aku dah tak buat kerja tu lagi..."

"Biar betik bro! Sejak bila player macam kau ni taubat?"

Ewah mulut Malik ni. Harap kau kawan aku je. Kalau tak dah lama kau makan nasi pakai lutut. Tapi aku tak boleh salahkan Malik dalam hal ni. Memang ada kebenaran. Playboy macam aku tiba-tiba berubah jadi baik, siapa yang tak heran. Nasib aku tak pakai serban macam pak haji je. Maunya dia bunuh diri.

"Sejak aku jumpa bidadari syurga..."

"Haaa...kantoi! Hari tu aku tanya kau cakap aku yang buang tabiat. Memang wujud la bidadari syurga tu ye?"
"Berminat nampak? Kau jangan harap nak tackle dia..." aku memberi warning.

"Ish kau ni...walaupun aku lagi hensem dari kau, aku takkan sesekali potong line otai aku ni. Hehee..." Malik sengih.

Sengihan Malik tidak kuhiraukan. Aku kembali menghirup Milo ais ku sambil mataku melihat pengunjung kafeteria ini lalu-lalang. Tiba-tiba pandanganku tertancap pada susuk seseorang yang sedang mengambil tempat di meja hadapanku. Gadis itu!

~HELENA~

"Hai! Boleh I join?" Ayie meminta izin dari aku dan Sasha untuk duduk semeja dengan kami.

"Boleh je..." Sasha tiba-tiba bersuara. Ayie mengambil tempat dihadapanku sambil memberikan senyuman manisnya padaku. Ishh...rimas betul aku dengan mamat sorang ni. Selalu je buat muka menggoda macam tu. Sengaja aku buat tak tahu dengan kehadirannya. Hanya Sasha yang melayan senior kami itu.

Aku memandang sekeliling kafeteria. Malas mahu menghadap Ayie. Seketika aku tergamam melihat seseorang sedang memerhatikanku di meja hadapan. Lelaki itu kemudiannya tersenyum padaku. Mak aiii...Hensemnya dia...Aku membalas senyuman tersebut walau aku tak mengenali empunya diri. Bak kata opah aku, senyum kan satu sedekah...Hehee...

"Baru nampak awak senyum kat saya...Tadi masam je. Kan manis kalau selalu senyum macam ni..." kata-kata Ayie mematikan terus senyumku tadi. Alahaiii...perasan lah pulak mamat ni. Aku senyum kat mamat hensem belakang kau lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience