BAB 6

Romance Completed 10210

~ZARIS~

Bermula dengan perkenalan yang tidak disengajakan, kami menjadi semakin rapat. Gadis itu betul-betul istimewa. Akulah lelaki paling bertuah dapat mengenalinya. Lebih-lebih lagi aku dah lama menjadi pemuja rahsianya selama ini.

Helena berbeza dari gadis-gadis lain atau yang lebih tepat lagi ex-girlfriends aku dulu sebab dengannya aku boleh berbual apa saja dari bolasepak, futsal, F1, Moto GP, movies, music. Dengannya aku tak perlu mendengar cerita tentang alat-alat make-up baru, handbag berjenama, pakaian vogue even makan kat tempat high-class. Orangnya terlalu sederhana. Macam Fara. Itu yang membuatkanku bertambah suka padanya.

Helena menjadikan seleraku kepada gadis-gadis lain yang lebih bergaya dan lebih cun darinya hilang begitu sahaja. Aktiviti utamaku mengurat awek sudah lama kutinggalkan juga disebabkan Helena. Dengan Helena juga baru ku tahu bagaimana rasanya jatuh cinta. Apa-apa saja yang aku buat kini semuanya sebab Helena hingga makanku makin berselera, tidurku juga makin nyenyak dibuai mimpi-mimpi indah bersamanya hingga kadangkala aku tersenyum sendiri apabila terpandangkan wajah gadis itu di sebalik muka Malik, Peyuz atau Jijie. Betapa angaunya aku!

Cuma satu perkara yang aku masih konfius, Helena tak nak hubungan kami diketahui ramai sebelum dia benar-benar bersedia! Sebab apa? Haaa...Itu yang kita tak tahu! Tapi takpe, aku sebagai lelaki paling cool ni takkan sesekali memaksa. Don’t rush... Just follow the flow... Hehee...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience