BAB 1

Romance Completed 10210

Eh dia ni, geramnya aku tengok. Dahlah comel, cantik, lemah lembut, anggun, sofistikated, bijak, eh semua adalah. Pendek kata dia full package dan memang taste aku. Ya Allah izinkanlah aku memiliki perempuan ni.

"Macam bidadari syurga..." itulah ayat yang tersembul keluar dari mulutku tanpa sedar tatkala mengenangkan seorang gadis manis yang sejak sekian lama mencuri perhatianku.

"Hah?! Bidadari syurga, agak-agaklah bro?!" sergahan Malik mematikan terus bayangan gadis itu dari pandangan mataku. Tiba-tiba dia hilang. Mengelamun rupanya aku ni...

"Bidadari syurga apa plak kau ni? Dah buang tabiat ke?" aku menyergahnya balik. Saja nak cover rasa maluku kerana sempat berkhayalkan gadis idamanku tadi. Aku harap Malik tak sedar keter‘over’an aku itu.

"Eleh Ris, tadi kau yang cakap bidadari syurga. Aku nak la jugak tengok macam mana rupa bidadari syurga tu..." kata Malik mencebik.

Oww no...no...no....aku takkan sesekali tunjukkan bidadari syurga aku tu kat mamat spesies buaya ni walaupun aku juga sespesies dengannya. Tak mungkin aku akan buat kerja bodoh tu untuk seseorang yang bernama Malik ni. No way! Huhuu...

"Takde pape lah. Jom blah. Peyuz mesti dah bising kita lambat ni..."

~HELENA~

"Sha, bosannya aku...Pasang la lagu kat laptop kau tu..." kataku sambil meniarap di lantai. Dah macam dugong dah rupanya. Ni semua disebabkan cuaca yang agak panas telah membuatkan aku menjadi lemah tak bermaya dan bermalas-malasan beginilah cara yang paling mujarab.

"Bleh...bleh...bleh..." dengan gaya Upin dan Ipin Sasha mula mencari-cari lagu apa yang hendak diputarkannya di laptop.

"I got youuu...under my sky!" Tu dia! Sasha tiba-tiba menyanyikan lirik lagu kegemarannya.

"Oh God! Dia mula dah..." aku menepuk dahi. Sasha dah mula menyanyi lagu feveretnya tu. Siap dengan gelek-gelek lagi. Itu yang tak tahan tu. Minah ni memang pantang dengar lagu Mirotic. Sah-sah macam kena sawan.

"Oit kau ni! Takde lagu lain ke? Dah naik berkulat telinga aku ni dengar lagu tu tau!" jeritku pada Sasha yang masih bergelek ala-ala tarian Arab tu.

"Alaa...suka hati aku la. Tadi kau jugak yang suruh aku jadi DJ kan...haaa dengar jela lagu apa aku putar ni..." Sasha masih lagi bergelek sakan.

"Hmm...yela tapi kot ye pun jangan la asyik lagu tu je...dah bosan sangat dah telinga aku ni dengar..." jari telunjuk ku tunjuk pada telinga kananku.

"Takpe...selagi telinga kau tak pekak sebab dengar lagu ni, selagi tu aku mainkan...Hahaa!" balas Sasha. Amboi! Siap gelak jahat lagi tu kawan aku sorang ni.

"Lantak kau lah janji kau bahagia...huhuuu..." balasku. Mengalah akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience