BAB 10

Romance Completed 10210

~ZARIS~

Kenapalah susah sangat dia nak terima aku? Apa masalah dia sebenarnya? Ya Allah! Pedihnya hati aku ni...Berat betul dugaanMu ini...

Aku melangkah longlai ke bilik. Merebahkan diri ke katil dan menangis sepuas-puasnya. Inilah kali pertama aku menangis kerana perempuan. Tapi aku tak rasa aku bodoh kerana aku yakin ini adalah balasan yang aku terima atas apa yang aku dah buat pada ex-girlfriends ku yang lain dan juga Fara.

Fara! Bekas awekku yang paling baik tapi malangnya dia pun menjadi mangsa sikap kasanova aku ni yang mudah bosan dengan seorang awek saja. Namun aku tetap bersyukur saat ini Fara masih lagi sudi menjadikan aku ‘sahabatnya’ dan melupakan apa yang telah aku buat padanya dulu. Alangkah baiknya hati gadis itu. Dan kebaikannya itu terbalas apabila Fara sudah menemui lelaki yang jauh lebih baik dariku dan kini sedang berbahagia melayari hari-harinya. Bertuah Syamir memilikinya. Berdepan dengan masalah yang dibawa oleh Helena menjadikan hidup aku tunggang langgang. Saat ini aku rasa aku betul-betul perlukan Fara.

~HELENA~

Aku terkejut dengan kehadiran Fara menceritakan segala-galanya. Katanya Zaris tak pernah menyayangi seorang perempuan dengan setulus hatinya seperti dia menyayangiku. Katanya juga Zaris sudah jauh berubah sejak mengenaliku. Selama ini Fara menjadi pendengar setia cerita suka dan duka Zaris walaupun mereka tidak lagi berpacaran.

"Lena..."

Serentak aku berpaling.

"Hmmm?"

"Awak fikirlah lagi. Take your time...Jangan terus tolak dia. Sebab saya tau dia betul-betul sayangkan awak..." Fara masih tidak berputus asa nampaknya. Masih memujuk supaya aku menerima Zaris kembali. Aku tahu dari riak wajahnya jelas dia begitu berharap aku mempertimbangkan semula keputusanku.

"Okay...I’ll think of it..." akhirnya hanya itu yang mampu aku luahkan. Sekurang-kurangnya memberi sedikit penghargaan di atas kesungguhannya itu.

Fara tersenyum mengangguk mendengar jawapanku. Terpancar kelegaan di wajah itu.

"Fara...Thanks for your concern..."

"Zaris is my beloved friend...Of course I’m concern about him..."

Aku tau itu. Zaris adalah cinta pertamanya. Aku mengangguk lalu meminta diri untuk berlalu begitu juga dengan Fara. Lewat pertemuan petang itu, aku kembali berfikir tentang Zaris. Sungguh aku tak menyangka dia benar-benar serius denganku. Aku juga ingin serius dengannya. Aku juga ingin bersama dengannya kerana aku betul-betul sayangkan Zaris. Tapi aku takut akan kecewa.
Hujung minggu itu aku mengambil keputusan pulang ke rumah sebagai jalan untukku menenangkan fikiran yang kacu bilau dek masalah tentang hubunganku dengan Zaris. Sedih hati bila mengingatkan kembali kata-kata negatif ramai orang mengenai Zaris.

"Lena...Can I come in?" ketukan di pintu bilik tidurku sedikit mengganggu. Satu wajah terjengul di situ. Aku tak kunci pintu rupanya...

"Hmm? Oh Kak In...Masuklah..." Pantas tanganku menyeka airmata yang berlinangan di pipi.

"Kenapa sedih-sedih ni?" Kak Narin melabuhkan punggung disisiku.

"Mana ade Lena sedih..."

"Abis...air mata ngan air hidung meleleh ni apa?" Usiknya sambil jarinya mencuit hidungku.

"Kak Innnn..." Tiba-tiba tubuh Kak Narin kupeluk kejap. Di bahunya aku menangis semahu-mahunya. Kepada kakak kesayanganku itu kuceritakan segalanya dari A sampai Z.

"Hmm...Lena...Lena...Kenapa Lena asyik fikir negatif je? Lena tau tak, melepaskan orang yang kita sayang tu sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan apatah lagi orang tu pun sayangkan kita? Ditambah pulak dengan alasan yang tersangatlah remeh macam ni memang tak tercapai akal Kak In tau...

...Bercinta ni memerlukan kesabaran...Sebab bercinta ni lah proses kita nak mengenali pasangan kita tu. Tapi untuk menyempurnakan proses tu, kita kena ada kepercayaan. Untuk mendapatkan kepercayaan tu, kita kenalah bersikap positif. Positif ni maksudnya menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita tu. Kalau dia dikenali sebagai player, kenapa dari awal Lena tak reject dia? Semua tu sebab Lena nampak side personality dia yang sebenarnya kan? Lena tau dia tak sama dengan luarannya..."

"Tapi Kak In...Lena takut dia mainkan perasaan Lena. Macam-macam gelaran orang bagi kat dia... Playboy lah, kasanova lah, romeo lah, buaya darat lah, buaya tembaga lah, bapak ayam pun ada! Lena tak nak kecewa Kak Innnn..."

"That’s why we called love is a big risk game. Kalau kita tak cuba kita takkan tahu. Kita kena berani berhadapan dengan apa jua dugaan dalam bercinta. Bila dah diduga, anggap tu semua sebagai ujian untuk mematangkan kita. Selagi kita tak rasa kekecewaan tu, kita takkan pernah matang dik. And now...siapa yang kecewakan siapa sebenarnya ni?" Aku terdiam bila Kak Narin mengujiku dengan soalan itu. Memang betul, sekarang ni aku yang sedang kecewakan Zaris sedangkan aku tau aku sendiri pun tak mampu hidup tanpanya...

"You have to get him back Lena. Bagi dia dan diri Lena sendiri peluang. Bagi dia masa untuk berubah... Just enjoy your beautiful and sweet moments selagi boleh. Jangan jadi macam Kak In dah tua-tua macam ni baru nak merasa bercinta dengan orang yang Kak In sayang sangat-sangat tu..."

Kak Narin tersenyum sesudah sesi motivasi ala-ala Dr. Fadilah Kamsah tu. Aku turut tersenyum. Aku makin mengerti kenapa Kak Narin begitu ingin aku merasai nikmat bercinta pada ketika usia mudaku ini gara-gara kisah cintanya yang sangat sadis dengan Abang Haneef tu. Huhuu...

Kali ni aku nekad. Walau berjuta cerita kurang enak tentang zaman kegemilangan Zaris dengan gelaran ‘player’ nya dulu, aku akan cuba menerima semua itu sebagai satu cabaran. Chaiyok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience