Seminggu kemudian...
Aku still tak tahu kat mana dia. Aku tak boleh putus asa tapi aku tak tahu nak cari dia kat mana.
Aku malas nak pikir tu skarang. Harini hari first aku masuk sekolah di Korea. Aku bersiap² mahu pergi ke sekolah. Harap² takde benda buruk berlaku lah harini.
Aku bertolak ke sekolah pada pukul 7:30 memandangkan aku kena lapor diri dulu kat bilik guru jadi aku bertolak awal skit.
Aku masuk ke dalam bilik guru dan mencari cikgu Lee KwangSoo. Aku tak tahu yang mana tuan punya badan, jadi aku nak tanya orang yang lalu depan aku. Harh nasib arh sape yang lalu depan aku.
Ada seorang pelajar lelaki yang lalu di depan aku, aku terus bertanya kepadanya.
"Tumpang tanya, mana meja cikgu KwangSoo ye?" tanyaku. Pelajar lelaki tu berpaling ke arahku. Dia tengok aku lain macam, jangan palau aku sudah arh.
Lama dia menatapku dan akhirnya dia senyum.
"Oh, meja dia ada sebelah tingkap sana yang meja bersepah tu" ujarnya sambil menunjukkan meja yang ada di tepi tingkap.
"Ouh, thanks" ucapku dengan senyuman.
"Pelajar baru ke?" tanya nya. Aku hanya mengangguk. Dia mengangguk faham.
"Ok, cau lu" ujarnya lalu pergi dengan senyuman. Aku hanya senyum dari takdi. Tenang tau tengok muka orang senyum je, nak cakap pun tenang.
Aku pergi ke meja cikgu KwangSoo. Aku melihat cikgu sedang membaca sesuatu.
"Cikgu KwangSoo?" tanyaku. Cikgu berpaling ke arahku dengan muka 'eh sape plak budak ni?'
"Ni Kang Sua, pelajar baru" ujarku dengan senyuman. Cikgu akhirnya mengenaliku.
"Ouh pelajar baru. Selamat datang ke High School Seoul. Skejap cikgu nak bagi maklumat and peraturan tentang sekolah ni" ujar cikgu KwangSoo. Aku hanya mengangguk.
Sambil menunggu, aku melihat hanya memerhati sekeliling bilik guru. Bosan gak tunggu. Aku melihat ke luar tingkap pula.
Aku melihat sekumpulan lelaki sedang bermain bola jaring. Aku hanya melihat tanpa perasaan. Ramai pelajar perempuan yang berkumpul di sebelah beri sorakan.
"OPPA OPPA"
Harh,tu je lah aku dengar.
Eh jap²
Dieorang main bola jaring pagi² buta ni? Biar betul? Arh lantak dieorang arh.
"Sua, ini kad pelajar awak dan peraturan sekolah ni. Just ikut je peraturan, jangan berani nak langgar plak" ujar cikgu KwangSoo bergurau tapi still boleh dengar ada nada tegas.
Aku mengangguk sambil sengih. Yah, cikgu buat lawak ni takkan nak bagi muka takde perasaan kan? Aku pun menunduk hormat lalu pergi ke kelasku.
"Eh tunggu" cikgu KwangSoo memanggilku membutkan aku berpaling semula.
"Tunggu, ketua kelas akan bawak awak. Awak tahu ke kat mana kelas awak?" tanya cikgu. Aku hanya tersengih. Iye lah, sesat plak aku nanti dalam sekolah ni.
"Annyeong cikgu" tiber aku dengar satu suara dari arah belakangku. Aku pun berpaling.
"Ok ni nama dia Cha Eunwoo, ketua kelas kamu. Eunwoo, ni Kang Sua pelajar baru" ujar cikgu KwangSoo. Aku menatapnya dan dia menatapku.
PERGH HANDSOME ODOE
"Annyeong" ucapnya lalu tunduk hormat. Aku juga tunduk hormat.
"Annyeong" balasku dengan senyuman. Dia membalas senyumanku.
Jap², aku nak cair.
"Biar saya tunjukkan kelas kita" ujar Eunwoo. Aku hanya mengangguk.
Uish, KELAS KITA
Aku dan Eunwoo pun pergi ke kelas KITA. Aku dan Eunwoo naik ke tingkat 2 dan menuju ke hujung sekali. Jauhnye kelas aku.
"Saya masuk dulu, bila saya panggil awak masuk and perkenalkan diri ye" ujar Eunwoo. Aku mengangguk kemudian Eunwoo pun masuk dalam kelas.
Aku lihat dia bercakap di depan kelas. Handsome nye dia, sape gf dia agak² herh? Tiba² Eunwoo berpaling ke arahku dan mengangguk yang bermaksud suruh aku masuk.
Aku terus masuk lalu memperkenalkan diri.
"Annyeong, nama saya Kang Sua. Saya asal Incehon tapi masa 5 tahun saya pindah China skejap sebab pekerjaan ayah saya. Saya kembali Korea semula pun sebab pekerjaan ayah saya" kataku panjang lebar. Semua murid mengangguk.
"Ok Sua, awak boleh duduk di sebelah Lia" ujar Eunwoo. Aku mencari mana Lia. Aku melihat ada pelajar yang mengangkat tangan dengan senyuman.
Aku pergi duduk di sebelahnya. Lalu dia menegurku.
"Hey Sua! Nama saya Lia. Nice to meet you" sapanya ramah.
"Hey Lia, nice to meet you too!" sapaku kembali. Tiba² aku rasa ada orang menepuk bahuku. Aku berpaling ke belakang dan melihat 2 pelajar perempuan senyum ke arahku.
"Hey, nama gue Yuna" sapa pelajar yang di sebelah kanan(belakang Lia).
"Hey Yuna!" sapaku.
"Nama aku pulak Ryunjin" sapa pelajar di sebelah kiri(belakang aku).
"Hey Ryujin!" sapaku. Ramai yang nak kawan dengan aku, nasib.
"Hey², jangan abaikan orang depan ni" aku berpaling ke arah empunya suara. Aku melihat dua pelajar perempuan di depan mejaku dengan senyuman.
"Nama aku Chaeryong, yang sebelah aku ni plak Yeji" katanya. Aku hanya mengangguk dengan senyuman.
"Hey!" sapaku. Semua cantik² ni, glamour lah aku nanti.
"Kiteorang satu kumpulan tau. Itzy nama kumpulan kiteorang. Meh lah join" pelawa Chaeryeong. Aku mengangguk teruja. Sape tak teruja?
Mereka hanya senyum kemudian cikgu pun masuk dalam kelas.
-----------------
•Kringgg
Loceng akhir dah berbunyi yang menandakan waktu pulang. Aku dan Itzy pulang bersama.
"Rumah kami dekat² je jadi kiteorang pulang sama². Rumah kau kat mana? Kalau dekat boleh lah pulang sama²" tanya Lia.
"Rumah aku jauh skit dari sekolah, lagipun driver aku akan jemput aku. Korang balik lah dulu" ujarku.
"Ok lah kalau camtu, kiteorang balik dulu. Jumpa esok!" Itzy pergi meninggalkan ku seorang diri. Aku menunggu Pak Lee untuk menjemputku pulang sambil bermain telefon.
Tapi, satu jam telah berlalu tapi Pak Lee masih belum menjemputku pulang. Aku dah bosan ni. Aku tengok jam, termenung skejap lepastu tengok jam and kembali termenung.
"Mana plak Pak Lee ni?" gumam ku seorang diri.
Aku tiba² mendengar orang sedang bersorak. Aku mencari dari arah mananya datang sorakan tu.
Aku melihat sekumpulan lelaki bermain bola jaring. Rajin betul herh berlatih. Kalau aku rela balik tidur rumah.
Tak tahu kenapa kakiku bergerak sendiri mahu melihat latihan bola jaring tu. Alang² tunggu macam orang gila, baik aku pi tengok. Terisi gak masa lapang aku.
Aku pun melihat dari jauh. Jauh skit dari pelajar² perempuan yang menjerit macam kena sawang tu. Kan tak pasal² aku kena sawan gak tak tahu.
Aku hanya memerhati mereka bermain. Tiba² aku tertarik dengan salah sorang pemain bola jaring tu.
Jap², rase cam kenal.
Dia takdi yang aku jumpa dalam bilik guru.
Aku hanya memerhatikan dia sorang. Sedar tak sedar, dia juga memerhatikan ku balik. Cepat aku mengalihkan pandangan. Mengapa sih gatal sangat aku ni.
Aku merasakan seseorang berdiri di hadapanku. Perlahan² aku mengangkat muka. Aku melihat dia berdiri di hadapanku.
"Hey! Awak takdilah kan yang saya jumpa dalam bilik guru takdi?" tanya nya dengan senyuman. Aku terpaku, lambat² aku mengangguk dan membalas senyumannya.
"Tak balik lagi?" tanya nya. Dia memberikan air mineral kepadaku. Aku mengambilnya dengan malu².
"Tak lagi" balasku. Dia hanya mengangguk faham.
"Oh ye, nama awak ape? Kita dah jumpa dua kali takkan lah taknak bagitau nama lagi" tanya nya sambil tersengih² macam kerang busuk.
"Nama saya Kang Sua, awak?" tanyaku kembali. Dia seperti memikirkan sesuatu bila aku sebut nama aku.
"Wae?" tanyaku. Pelik tengok dia fikir jauh sangat. Aku ada salah sebut ape² ke?
"Arh, takde ape². Sedap nama tu btw nama saya Han Jisung" ujarnya dengan senyuman. Giliran aku plak yang fikir jauh.
Rase cam rajin dengar nama tu tapi kat mana herh?
"Asal mana?" tanya nya yang membuatkan aku tersedar dari lamunanku.
"Incheon, awak?" soalku kembali. Sebelum dia menjawab, aku melihat Pak Lee sedang menungguku di hadapan pintu pagar sekolah.
"Arh sorry Jisung, saya dah kena pergi. Driver saya dah datang, jumpa esok!" ujarku lalu berlari meninggalkannya seorang.
Aku masuk di dalam kereta, terus melihat dia. Dia still tengok ke arah kereta aku. Aku tak tahu yang di boleh nampak ke tak tapi aku lambai je tangan kat dia.
Dia lambai balik wehhh, sambil senyum pulak tu. Aku pun membalas senyumannya.
Kereta pun pergi meninggalkan kawasan sekolah.
"Dah ada kawan baru?" tanya Pak Lee. Aku mengangguk bersungguh².
"Ada, ramaiiii. Chaeryong,Yeji,Yuna,Ryunjin,Lia dan..." aku berhenti sekejap.
"Dan?" tanya Pak Lee.
"Han Jisung" jawabku lalu memandang botol air mineral yang dia beri.
"Han...Jisung"
Share this novel