[JISUNG POV]
-Flashback 2 bulan sebelum itu
---------------------
"Pergh, panas lah tambah lagi dengan dahaga fiuhhh" Minho mengipas dirinya menggunakan tangannya. Bang Chan mengambil air lalu memberikan kepada Minho.
Seperti biasa, petang² skz akan berlatih bola jaring, tapi aku selalu rasa tak bertenaga bila nak main.
Tau kenapa?
Biasa Sua akan tonton skz berlatih di hujung padang bawah pokok. Skarang bawah pokok tu kosong.
Lepas aku cakap yang aku nak kat Dahyun, dia macam menjauh dari aku. Aku syak dia suka aku.
Eh perasan, HAHAHA
"Weh, balik awal skit harini" ujar Bang Chan. Semua member skz termasuk aku berpaling ke arahnya dengan terkejut.
"Wae?" tanya Felix. Aku boleh nampak yang IN dan Changbin tahan senyum. Aku pun tahan senyum jugak,wkwkwk.
"Adik aku sakit, skarang dia kat hospital. Jadi aku nak gi lawat dia" jelas Bang Chan sedih.
"Aku nak ikut kau" kata Minho. Bang Chan mengangguk. Minho dan Bang Chan memang rapat, sampai keluarga mereka pun saling mengenali.
"Jisung, jom lah balik" ajak Hyunjin. Aku tengah kemas beg terus berpaling ke arah Hyunjin.
"Kau balik arh dulu, aku nak jumpa kawan aku" ujarku. Hyunjin mengangguk lalu balik bersama Changbin.
Telefon aku berdering lalu aku mengangkat.
"Yah hello"-Aku
"Kat mana kau? Aku dah ada depan pagar sekolah kau"-Yugyeom
"Jap², aku kemas beg. Kau tunggu 5 minit lagi"-Aku
"Wokey"-Yugyeom
Untuk pengetahuan, aku dan Yugyeom berjumpa di sekolah Incheon. Aku dulu dalam team dia iaitu Got7. Tapi Got7 berpindah ke sekolah lain dan aku juga berpindah ke sekolah lain. Jadi aku dan dia sekarang duduk jauh².
"Heyyo!" aku menepuk bahu Yugyeom. Yugyeom senyum kepadaku.
"Heyyo, lama tak jumpa kau. Kau dari dulu sampai skarang still chubby herh" ujar Yugyeom. Aku hanya menjelingkan mata ke atas.
"Jom, kita gi makan kat kedai seafood tu. Sedap" ajak Yugyeom. Aku mengangguk laju lalu kami pun pergi bersama.
Sampai di sana, kami memilih tempat duduk lalu mengambil pesanan. Ketika menunggu makanan sampai, aku nak cerita masalah aku dan Sua dekat Yugyeom.
"Yugyeom"
"herph?"
"Aku ada something nak cerita kat kau nih"
"Ape?"
"Aku ada sorang kawan ni baik sangat dengan aku. Tapi masa aku cakap yang aku ni suka dekat orang lain, dia macam menjauh dari aku. Kenape herh?" Yugyeom hanya melihatku.
"Dia suka kau" jawab Yugyeom. Bulat mata aku dibuatnya.
"Kau biar betul? Leklok arh" kataku serius. Yugyeom memasang muka serius.
"Jisung, kau dengar. Dia kawan baik kau and of course rapat dengan kau kan? Jadi bila kau cakap kau suka kat orang lain, mestilah dia menjauh dari kau. Kenape? Sebab, dia taknak lagi jatuh cinta dengan kau. Senang cerita, nak move on awal² daripada sakit hati bila nampak kau bahagia dengan orang lain"
Aku tergumam. Jadi betullah selama ni Sua suka kat aku? Kenape aku tak perasan selama ni? Arh, aku dah lukakan hati dia.
"Jadi aku kena buat apa?" tanyaku. Yugyeom nampak tengah berfikir.
"Terserah kat kau, but aku sarankan kat kau pilih kawan kau. Percayalah kau akan menyesal kalau dia dah move on dari kau. Kau tak tahu lagi crush kau tu bakal suka kat kau atau tidak"
Aku mengangguk mendengar jawapan Yugyeom, betul jugak ape dia cakap. Belum tentu Dahyun suka kat aku, tapi dah tentu² Sua suka kat aku.
Makanan sampai dan kami pun mengambil bas untuk pulang.
*Semasa menunggu bas
"Weh, kau dengar tak lagi khabar Jackson?" aku berpaling ke arah Yugyeom bila tiba² dia sebut nama Jackson. Ye lah, dah lama aku tak dengar khabar dia.
"Ouh Jackson, dah lama aku tak dengar khabar dari dia. Dia camne? Sihat?" tanyaku. Yugyeom tiba² tersenyum.
"Lebih dari sihat kau tau tak?" aku memandangnya pelik. Lebih dari sihat?
"Jackson tu dah dapat gf kau tau tak? Tapi bukan sekolah kiteorang lah" ujar Yugyeom.
Tak terkejut aku bila dengar berita camni, Jackson tu handsome pandai pulak tu plus kaya memang senang lah nak cari gf.
"Tak silap aku gf dia dari sekolah kau" ujar Yugyeom lagi. Ok, ni buat aku terkejut. Bapak jauh Jackson cari gf.
"Siape?" aku nak tahu gak siape pilihan Jackson. Mesti cantik.
"Kim Dahyun, ha ah Dahyun" jawapan Yugyeom membuatkan aku terkejut sekali lagi.
"Dahyun?" tanyaku sekali lagi untuk kepastian. Yugyeom mengangguk.
"Kenapa? Kau kenal dia?" tanya Yugyeom.
"Ha ah, tapi kenal je lah. Tak kawan pun" balasku. Yugyeom mengangguk faham.
Apabila bas sampai, kami pun pulang kerumah masing²
------------------
Hurfff
Aku menghembaskan badan aku atas katil. Aku asyik fikir tentang Sua je dari takdi. Kesian kat Sua, letih² je dia buat demi aku.
Aku teragak² nak call Sua. Dah lama aku tak call dia, chat pun tidak. Aku hanya merenung siling yang putih. Adakah masa depan aku putih camni gak?
Kata² Yugyeom selalu dalam kepalaku. Betullah yang dia cakap, tak semestinya crush akan suka kita balik.
Tapi aku lansung tak sedih bila aku dengar berita pasal Dahyun ada bf. Sepatutnya aku sedih lah kan? Aku hanya mengeluh.
Aku pun bangun dari katil, daripada aku tidur baik aku pergi buat kerja sekolah. Takdelah sibuk nak tiru Bang Chan esok.
Semasa aku berjalan mahu menuju ke meja belajarku, tiba² aku ternampak kotak di tepi mejaku.
Kotak kenanganku dengan someone spesial bagiku.
Cinta pertamaku.
Aku membuka kotak itu lalu melihat gambar²ku dengan dia. Masa sambut birthday dia, masa main kat taman, masa bercuti bersama dengan keluarga dia. Semua terimbas kembali dalam mindaku.
Bila kau nak balik dari China? Lama kebenor kau pergi China, padahal dah janji dengan aku nak balik Korea.
Tiba² aku teringat kembali yang Sua pernah cakap yang dia pernah tinggal di China selama 11 tahun.
Jap², ke dia dah Sua yang aku cari selama ni?
Kang Sua
Kang Sua
Kang Sua
Nama akhir dia Kang? Aku memeriksa lagi kotak tu, aku ada ingat yang Sua ada bagi surat kat aku sebelum dia berpindah ke China.
Akhirnya aku menjumpai surat tu.
'Huhu, my quokka. Maaf sebab tak boleh membesar sama² dengan kau. Terima kasih tau sebab selalu ada dengan aku susah senang. Aku janji akan balik Korea, cepat atau lambat je ok? Selalu lah rindukan aku^^'
-Kang Sua
Air mataku tiba² mengalir. Betullah, dialah Sua yang aku tunggu selama ni. Dia dah tunaikan janji dia. Patutlah aku rasa pernah tengok tanda '^^' selama ni, hanya Sua je yang guna tanda tu pada akhir ayat.
Patut ke aku telefon dia?
Tak², aku akan tunggu dia sedar perkara ni. Masa dia sedar, baru aku akan confess.
"I'm waiting for you"
-End flashback
[END JISUNG POV]
Share this novel