Han Jisung

Fanfiction - KPOP Completed 1173

"Dia..." aku menanti dengan penuh kesabaran. Dahyun berhenti sekejap, dia macam teragak² nak bagitahu aku.

"Dia bf aku, Jackson" bulat mata aku. BOYFRIEND? Aku harap bukan crush, bf terus kau bagi?

"Jangan cakap kat sape² ye" ujarnya. Aku hanya mengangguk. Dia kan budak pandai, habis lah pretasi dia nanti.

"Cepatlah makan, nak masuk kelas dah ni" ujar Dahyun yang membuatkan aku tersedar dari lamunan. Habis lah aku nanti, nak cakap camne dengan Jisung? Dah lama dia tunggu Dahyun ni.

Selepas habis makan, aku dan Dahyun pun masuk ke dalam kelas masing². Dalam kelas, aku asyik fikir je camne nak bagitau Jisung pasal hal ni. Dah lah dah lama tak cakap dengan dia, mesti awkward teruk.
--------------------
Kringgggg~

Maka, berbunyilah loceng waktu rehat yang membuatkan aku berdebar nak mampos. Nasib tak mampos lagi.

"Taknak rehat ke?" tanya Yeji.

"Oh, aku nak stay dalam kelas skejap. Aku sakit perut ni, nanti bila dah elok aku pi arh rehat" ujarku dengan senyuman palsu.

"Kau ok tak ni?" tanya Lia risau. Aku mengangguk perlahan, buat² nampak macam sakit.

"Ok lah kalau camtu, kalau kau rasa sakit sangat just call kiteorang tau" ujar Chaeryong. Aku hanya mengangguk.

Terharu aku bila ada orang caring sampai camni kat aku.

Itzy pun keluar. Aku duduk termenung ke luar tingkap. Memikirkan camne aku nak beritahu Jisung nanti. Camne herh perasaan dia nanti?

Sedih?

Marah?

Kecewa?

Aku menggusutkan rambut aku, stress fikir pasal ni. Aku menarik nafas dalam² dan menelefon Jisung. Dalam masa beberapa saat, dia terus mengangkat telefon.

"Hello"-Jisung

"Hey Jisung, aku nak jumpa kau kat atas bumbung jap"-Aku

"Okey"-Jisung

Aku bangun dan terus ke atap. Sampai di sana, aku melihat dia dah ada. Awal kebenor dia sampai.

"Hey Jisung!" sapaku. Dia berpaling ke arahku dan senyum, aku membalas senyumannya.

"Kenapa nak jumpa?" tanya Jisung. Aku menarik nafas dalam² sebelum aku buka topik.

"Dahyun..." belum sempat aku menghabiskan ayatku, Jisung memotong.

"Dahyun dah ada bf? Ye aku dah tau" ujarnya. Aku membulatkan mata bila dia tahu. Jap, camne dia tahu?

"Camne kau tau?" tanyaku. Pelik bin ajaib budak ni.

"Aku kawan dengan Yugyeom. Yugyeom tu kawan kepada Jackson" balas Jisung. Aku mengangguk perlahan².

Jisung lansung tak lihat muka aku time bercakap dengan aku. Aku sedikit terasa ya disini, tapi aku tahu mesti dia kecewa.

Mesti dia kecewa sebab dia terlambat untuk dapat cinta pertamanya.

"Kau kecewa?" tanyaku. Jisung berpaling padaku dengan muka hairan.

"Kenape nak sedih?" Jisung menyoalku dengan hairan. Aku rasa dia buat² tak sedih je ni.

"Ye lah, kau tak dapat cinta pertama kau. Sape tak sedih kan? Biasa orang cakap, cinta pertama ni lah yang susah dilupakan" ujarku sayu. Jisung hanya memerhatikan aku.

"Kau pernah ada cinta pertama?" soalan Jisung membuatkan aku tersenyum. Terus teringat kawan masa kecik aku dulu.

"Ada. Sebelum aku berpindah ke China, aku ada sorang kawan laki ni. Cute je dia dulu, dialah peneman aku bermain. Pergi ke taman pun dengan dia lah jugak. Bila aku nangis, dia lah yang pujuk aku"

Mata aku dah berkaca apabila teringat kenangan dulu². Sumpah aku rindu dia.

"Kenapa tak cari dia?" tanya Jisung. Aku menarik nafas dalam².

"Aku dah cari kat rumah dia, tapi aku rasa dia dah pindah. Aku pun satu, pelupa. Nama kawan sendiri pun aku boleh lupa" ujarku kecewa. Aku kecewa dengan diri sendiri.

"Kalau kau dapat jumpa dia, kau nak buat apa mula² sekali?"

"Aku nak peluk dia erat², nak pukul dia sebab tak beritahu aku nak pindah. Dan dalam masa yang sama, aku akan confess kat dia. Aku taknak terlepas dia sekali lagi" ujarku sambil tergelak kecil. Indahnya kalau benda tu betul² terjadi.

"Dah buatlah skarang" aku terus memandang Jisung bila dia cakap camtu. Apa maksud dia? Camne aku nak buat?

"Camne aku..." belum sempat aku nak tanya, Jisung terlebih dahulu membuka mulut.

"Sua, boleh tak janji dengan aku yang kau akan kembali?" kata² Jisung membuatkan aku terkejut.

"Kau..." aku tak terkata² bila dia sebut janji yang aku buat dulu dengan childhood aku. Jisung hanya senyum melihat aku yang terkejut.

"Han Jisung" aku menyebut namanya dan lambat² aku teringat kembali masa kecilku.
______________
"Jisung! Cepat lah skit, dah lambat ni nak pergi main!"

"Jisung! Aku dahaga lah, jom pi beli air"

"Jisung~Hu hu, tolong~Aku jatuh basikal, sakit~"

"Jisung, aku kena pindah China"
______________
Betul, nama dia Jisung.

"Kau cakap nak peluk and nak pukul, marilah" ujar Jisung. Aku segera memeluknya lalu memukulnya berkali² sambil menangis. Jisung hanya membiarkan dirinya dipukul.

"I love you too" aku terus melihat Jisung bila dia cakap camtu.

'Aku nak peluk dia erat², nak pukul dia sebab tak beritahu aku nak pindah. Dan dalam masa yang sama, aku akan confess kat dia. Aku taknak terlepas dia sekali lagi'

Aku teringat ape yang aku cakap takdi. Aku lambat² mengukirkan senyuman kepadanya.

Jisung mendekatkan mukanya ke mukaku lalu bibir kami pun bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience