"Weh, korang kenal tak Dahyun?" tanyaku kepada Itzy.
"Dahyun? Oh, Dahyun yang cantik tu? Ofc kenal sape je yang tak kenal?" kata² Yuna membuatkan aku menelan air liur. Cantik?
"Dia senior kita" tambah Ryujin. Aku menelan air liur sekali lagi. Habis arh aku, dah lah cantik tambah plak senior. Camne aku nak tegur nanti?
"Kenapa kau tanya pasal Dahyun?" tanya Yeji memandangku pelik.
"Arh nothing, saje tanye. Aku kadang² dengar lah jugak nama dia harh cam gitu aje lah" balasku. Jawapan ape aku bagi ni? Ayat pun berbelit. Yeji pula sekadar mengangguk.
"Harh, tulah dia" Lia tunjuk ke seorang pelajar perempuan yang berambut ungu lalu di depan kelas aku. Aku segera keluar pergi mengejarnya.
Peluang²! Jangan dilepaskan!
--------------------
Aku mengikutnya dari belakang. Aku mengumpul keberanian untuk tegur dia. Camne perangai dia ye? Peramah? Sombong?
"Hey" akhirnya aku tegur dia selepas aku mengumpul semua keberanian aku. Dahyun berpaling dan melihatku pelik. Tak lama kemudian, dia senyum.
"Hey, ada apa² saya boleh bantu?" tanya Dahyun. Aduh, ko ingat kita kat supermarket ke ni?
"Saya just nak kenal kenalan, boleh kan?" tanyaku takut. Jangan lah kena marah plak walaupun aku tahu takde alasan dia nak marah aku.
"Ouh, boleh je. Nama saya Kim Dahyun, awak?" tanya Dahyun ramah.
"Saya Kang Sua, selamat berkenalan!" aku menghulur tangan mahu bersalam, dia menyambut dengan ramah.
"Selamat berkenalan juga, nanti kita jumpa plak. Saya kena masuk kelas ni" ujar Dahyun. Aku hanya mengangguk dengan senyuman.
Dia menunduk sedikit sebelum pergi, aku juga menunduk hormat.
Fiuhhh, nasib senang je.
***********
5 bulan berlalu...
Hubungan aku dan Dahyun semakin rapat, boleh arh ni perkenalkan Jisung dekat Dahyun.
Cakap pasal Jisung, dah lama aku tak lepak dengan dia. Bukan setakat tak lepak dengan dia, cakap pun tidak. Kalau terjumpa pun, senyum je lah. Aku macam takde mood nak tegur dia, HAHAHA.
Aku pergi ke kantin bersama Dahyun. Jangan tanya mana Itzy, dieorang sibuk belajar. Al maklum lah, dah nak pereksa pertengahan tahun so dieorang sibuk belajar. Aku je yang sibuk merayau macam takde arah tujuan.
Tiba² aku ternampak skz dan semestinya aku akan perhatikan Jisung. Aku perhatikan dia supaya dia sedar yang aku ada kat sini, hampa dia lansung tak pandang aku balik. Ok², dia tak sedar yang aku ada kat situ ok?
Aku melihat skz beratur untuk membeli makanan, jadi aku perlahankan langkahku supaya aku dan Dahyun tak beratur belakang skz.
Aku malu nak berhadapan Jisung je sebenarnya.
"Sua, jom cepat skit. Nanti makin ramai orang" ujar Dahyun. Aku menarik nafas dalam² dan pergi dengan ketentuannya.
Aku beratur di belakang skz sekarang, harap² takde yang nak berpaling. Tapi tulah, mesti ade je menggatal nak berpaling, bila aku suruh berpaling takde pulak yang berpaling.
HUWAAAAA
Changbin berpaling dan melihat aku, ape lagi? Dia pun terus arh sapa aku. Semua skz berpaling ke arahku termasuklah Jisung.
"Heyyo Sua, lama tak jumpa! Weh, ko pergi mana harh selama ni? Miss you!" ujar Changbin lalu mengesat air mata palsunya. Dah start dah drama dia tu.
"Haha, busy². Nak pereksa ni" ujarku kekok. Nampak sangat tak rajin belajar, huehuehue.
"Alah, takkan kau straight belajar 5 bulan ni?" tanya Hyunjin. Aku mengangguk perlahan dengan penuh tak confident dan memberi senyuman palsu.
Semua mata memandang Dahyun bila suasana dah jadi sunyi semacam.
"Arh, lupa aku nak perkenalkan kawan aku. Nama dia Kim Dahyun but you guys just call her Dahyun" aku memperkanalkan panjang lebar.
Selepas aku perkenalkan Dahyun, aku melihat ke arah Jisung. Jisung hanya memerhatikan aku kemudian memerhatikan Dahyun.
"Nice to meet you guys!" Dahyun menunduk hormat. Skz juga menunduk hormat.
"Hermmm, abang² sekalian boleh lah gerak ke depan" skz segera bergerak kedepan lalu membeli makanan.
Aku hanya menunggu dengan Dahyun. Sehinggalah skz sudah membeli, aku dan Dahyun pun membeli dan pergi duduk di padang sekolah.
Ni lah kesempatan aku nak perkenalkan Jisung dekat Dahyun. Selepas duduk, aku terus masuk topik.
"Dahyun, kau kenal tak Jisung?" tanyaku. Dahyun memandangku lama. Muka dia nampak tengah berfikir.
"Han Jisung? Yang geng skz tu kan? Yang duduk belakang time kita jumpa dieorang takdi kan? Yang chubby² skit kan?" penuh soalan yang ditanya. Aku tanya, dia tanya aku balik.
"Ha ah, dia lah"
"Kenapa dengan dia?" Dahyun menyoalku pelik. Tiber masuk topik dia takkan tak pelik kan?
"Hermmmm" aku teragak² nak straight to the point, tapi aku taknak lah dia pening nanti. Ayat aku ni dah lah tak berape betul dah.
Dahyun melihatku hairan, sambil² tu dia membuka rotinya. Aku pun mengambil keputusan untuk straight to the point je. Dah 5 bulan Jisung tunggu Dahyun.
"Jisung sebenarnya..." belum sempat aku menghabiskan ayatku, tiba² telefon Dahyun berbunyi. Dia mengambil telefonnya dan melihat siapa yang menelefonnya, dia terus senyum dan meminta ruang skejap.
Lame gak arh dia bual, Aku hanya memerhatikan cara dia bercakap. Senyum², malu². Aip, ko jangan cakap yang ko dah ada crush. Aku smack down nanti baru tau.
Dekat sejam dia berbual, dia datang balik. Ingatkan dah lupa aku ada kat sini. Dia datang dengan senyuman yang tak lengkang dari bibirnya.
"Siape telefon?" tiber soalan ni kluar dari kulut aku. Nampak sangat busybody kan? Harh, lantak arh. Asalkan aku tahu sape yang telefon tu.
"Dia..."
Share this novel