"Han Jisung, Han Jisung, Han Jisung" aku asyik ulang nama dia dari balik sekolah takdi. Aku rasa macam rajin dengar nama dia tapi aku tak tahu dari mana aku dengar.
Tiba² aku terdengar ada notification masuk. Aku terus ambil telefon aku.
'Sua!!! Ni Lia'
Arh, Lia chat aku. Aku pun reply chat dia sampai tengah malam. Alah perempuan, biasalah kalu bab² membawang ni. Aku dan Lia pun membawang sampai tengah malan and then aku pun tidur.
--------------
Keesokan harinya
Aku pergi ke sekolah seperti biasa. Tapi aku duk cari gak mana si Jisung ni. Ada satu soalan yang dia tak jawab, dari mana asal dia.
Malangnya, aku tak jumpa dia. But aku jumpa geng² dia. Ape dah nama geng bola jaring dia? Stray Kids kan? Yang pernah lawan bola jaring dengan BTS tu, alah takkan tak kenal.
Aku menaiki kelas dengan perasaan kecewa. Aku ingatkan bila geng² dia duduk situ, dia ada berhampiran tapi batang hidung dia pun aku tak nampak.
Aku masuk ke kelas dan melihat keadaan kelas yang seperti pasar malam. Aku duduk di tempat dudukku. Itzy takde kat tempat duduk, aku pun termenung.
Aku pun mengambil keputusan untuk naik ke atas bumbung. Ambik angin skit, sesak nafas aku duduk dalam pasar malam tu.
Sampai di atas bumbung, aku melihat seseorang sedang berdiri sambil minum air tin. Aku pun mengambil keputusan untuk patah balik masuk dalam kelas.
"Sua!" aku berpaling bila ada orang memanggilku.
Aku memerhatikannya elok². Cahaya matahari yang menyilaukan mukanya membuatkan aku kurang nampak mukanya.
Dia kedepan sedikit dan senyum ke arahku. Aku kaku.
"Jisung" aku hanya sebut nama dia, tak mampu cakap ape².
Rambut dia terbang ditiup angin dengan muka dia yang senyum ditambahkan lagi cahaya matahari boleh tak korang bayang betapa handsome nya dia masetu?!
"Hey Sua! Buat ape kat situ? Meh lah bual" ajaknya. Aku hanya berjalan ke arahnya dengan senyap.
Yah, malang tidak berbau kan? Aku pun terpijak tali kasut aku dan hampir terjatuh. Aku menutup mata, harh redha je lah dipertawakan oleh Jisung.
Tapi aku tak rasa sakit apa pon. Lama aku menutup mata.
"Sua?"
Aku membuka mata bila aku dengar orang panggil namaku. Bulat mata aku sebab muka aku dekat sangat dengan muka Jisung.
Rupa²nya dia sambut aku, patut aku tak rasa sakit. Aku dan dia kekal dalam posisi camtu beberapa saat.
"Arh,mian" aku terus bangun. Aku menunduk maaf kepadanya beberapa kali. Aku melihat air dia tumpah gara² nak tangkap aku jatuh.
"Arhh mian, nanti saya ganti air awak" ujarku lalu mahu pergi beli air yang baru untuk Jisung.
"Takpe" Jisung menarik tanganku mahu menyuruhku berhenti. Dia hanya senyum kepadaku yang membuatkan aku sedikit tenang.
"Takpe lah. Lagipun memang saya dah taknak air tu" ujar Jisung yang masih lagi senyum. Aku hanya senyum senget.
"Oi Han, dah nak masuk kelas kau buat drama tu?" tanya Bang Chan yang entah datang dari mana bersama geng² Stray Kids.
"Ish², buat maksiat di pagi buta ni tak baik tau" ujar Chang Bin plak.
"Harh! Hyung buat maksiat?!" IN membuat muka terkejut yang menbuatkan mukaku menjadi merah. Malu tu takde sape boleh cakap.
"Korang senyaplah" ujar Jisung yang menahan geram.
"Sua, pergilah masuk kelas dulu. Nanti loceng bunyi" ujar Jisung lembut kepadaku.
"Eh takpe lah, awak pergilah masuk kelas dulu. Saya nak ambik angin" ujarku dengan senyuman paksa. Aku hanya memandang muka Jisung, aku malu nak pandang muka member Stray Kids yang lain.
"Hermmm, ok lah kalau camtu. Jumpa awak lagi nanti" ujar Jisung lalu pergi bersama Stray Kids.
Aku menarik nafas dalam². Dalam waktu pagi ni boleh jadi drama dah, entah lah petang malam nanti jadi ape plak.
Aku hanya termenung mengingat perkara yang berlaku takdi.
Kenapa aku rasa cam kenal dia ye?
Share this novel