Minta Tolong

Fanfiction - KPOP Completed 1173

1 tahun kemudian...

Skejap je masa berlalu, dah setahun aku ada kat sekolah ni dan dah setahun aku kawan dengan Itzy dan Jisung. Aku pun dah start berkawan dengan member ii skz.

"Sua! Tak sangka kita sekelas lagi tahun ni!" ujar Lia gembira. Aku pun tak sangka yang aku sekelas lagi dengan Itzy. Lega skit aku, tak alone sangat aku dalam kelas.

"Yeah! Aku pun tak sangka!" ujarku penuh gembira. Semua member Itzy termasuk juga aku bergembira di dalam kelas.

But, anda semua mahu tahu tak?

Aku dah TERjatuh cinta dekat Jisung. Cara dia layan aku, cara dia jaga aku sebagai seorang kawan dia. Aku takleh arh dho, sweet je kau tau tak dapat kawan lelaki camni?

Aku pergi ke kantin sebab nak beli air tin. Setiap kali aku pergi beli air tin, mesti ingat ke Jisung and kejadian tahun lepas. Aku tersenyum sorang² bila teringat balik.

"Oi, senyum ape tu cik adik?" tanya seseorang dari belakang. Aku berpaling dan melihat Jisung yang dekat sangat dengan aku.

"Heyyo" sapaku. Jisung hanya senyum melihatku. Aku pun balas lah senyuman dia.

"Thank you!!!" Changbin entah datang dari mana terus rampas air tin aku.

"Yah! Pigginie! Air aku tu woii!" jeritku geram. Kecik je aku tengok dia tu sorang, dah lah sama tinggi dengan aku, memang cari pasal.

"Hahaha, Changbin memang tak berubah². Makan je kerja. Meh aku belanja yang baru" ujar Jisung. Aku hanya mengangguk, orang tawar takkan nak tolak.

Jisung membeli air tin dan memberikan kepadaku. Aku mengambil seperti budak kecik dapat cokelat.

"Jom lepak atas bumbung" ujar Jisung.

"Dah member skz yang lain tu nak tinggal kat mana?" tanyaku sambil menunjukkan ke arah skz yang tengah bermain Saidina.

"Alah, Bang Chan ngan Minho ade kan tu? Jom cau" ujar Jisung lalu menarikku tanganku ke atas bumbung. Aku pun ikut je lah.

Memang atas bumbung tempat paling best kalau nak ambik angin. Aku dan Jisung membiarkan angin menampar lembut muka masing².

"Sua, aku nak mintak tolong ni. Boleh tak?" tanya Jisung. Aku tak berpaling ke mukanya tapi aku mengangguk.

"Tolong aku...Biar...Aku dengan Dahyun..." aku yang hilang sabar ni terus memotong ayatnya.

"Boleh tak cakap tu straight to poin?" ujarku geram. Jisung menggosok belakang tengkoknya.

"Tolong aku dan Dahyun biar bersama" kata² Jisung membuatkan aku berpaling ke arahnya.

Wait, 'bersama'?

"What do you mean BERSAMA?" tanyaku tekan skit perkataan 'bersama' tu. Jisung macam nak mengelak dari mata aku dan dia bertembung.

"Aku suka Dahyun, tolong aku biar dia suka aku balik" ujar Jisung. Sakitnya hati aku bila dia nak suruh aku tolong dia dapat bersama dengan Dahyun sedangkan aku suka dia.

Herh, aku sakit hati pun ape lah hak aku? Salah aku gak sape suruh tak confess awal²? Padan muka kau skarang Sua.

"Sua, boleh tak? Kalau kau tak boleh takpe je" ujar Jisung. Aku menganggukkan kepala laju².

"Eh mana ada. Of course lah aku boleh tolong, kita kan kawan?" biarlah aku sakit sekalipun, tapi nampak crush bahagia akan buatkan kita bahagia jugak betul kan?

Dia bukan stakat crush aku, tapi dia kawan baik aku. Walaupun aku baru kawan dengan dia setahun, tapi aku dah bagaikan kawan dengan dia 10 tahun.

"Betul ni?" tanya Jisung. Aku mengangguk laju dengan fake smile. Jisung melompat gembira, aku juga gembira.

Dan kami pun masuk ke kelas masing².

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience