Rate

BAB 5

Romance Series 3066

Selesai perhimpunan, semua pelajar tingkatan lima di mintak untuk tinggal sebentar di astaka. Kelihatan semua guru-guru turun ke astaka untuk majlis restu bagi pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM mingggu depan. Setelah semua guru-guru turun ke bawah, majlis restu pun bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diikuti ucapan daripada pengetua sekolah. Selesai sahaja ucapan pengetua semua guru-guru beratur di sekeliling astaka. Semua pelajar berjala mengikut baris bersalaman dan meminta maaf. Mereka juga meminta agar guru mereka mendoakan kejayaan mereka dalam SPM nanti.

Selepas semua pelajar bersalaman dengan guru-guru, semua pelajar di arah untuk bersalaman dan meminta maaf dengan rakan-rakan mereka. Kesemua pelajar meminta maaf antara satu sama lain.
"Nina, aku nak mintak maaf kalau aku ada buat kau terasa hati ke atau pun aku ni ada buat kau marah ke. Aku harap kau tak simpan dalam hati." kata Rania sambil memeluk kawan baiknya.

"Kau takde pun buat salah dengan aku. Kau kan bff aku. Aku sayang kau. Doakan aku untuk SPM ni taw. Kalau boleh aku nak masuk universiti yang sama dengan kau," ujar Zara dengan penuh semangat.
"Boleh je. Kita kan memang apply universiti yang sama. Semoga Allah jodohkan kita di universiti yang sama ye." kata Rania sambil tersenyum gembira.

Dari jauh Izkandar hanya memerhatikan Rania yang sedang bermaafan dengan rakan-rakan yang lain. Dia hanya mampu memerhatikan Rania dari jauh. Dia ingin bersemuka dengan Rania dan ingin meminta maaf pada Rania.Entah mengapa dia rasa belum cukup kuat untuk bersemuka dengan Rania.
Sejak kes Datin Salina menyerang Rania, hubungan Izkandar dan Rania tidak lagi baik seperti dulu.
Rania telah mula menjauhkan dirinya daripada Izkandar. Setiap kali Rania terserempak dengan dia, Rania mesti berjalan dengan laju tanpa menghiraukan Izkandar. Izkandar tahu Rania terasa hanya dengan mamanya. Izkandar duduk di bangku sampai memerhatikan Rania.

"Wei, tengok je ke? Pergi je mintak maaf dengan si Rania. Aku rasa tak salah kau mintak maaf dengn dia masa sekarang. Dia pun tak boleh lari dari kau," ujar kawan baiknya sambil menepuk bahu Izkandar.
Izkandar hanya menarik nafas panjang. "Aku takut wei. Aku takut kalau dia tak boleh nak terima penjelasan aku. Aku nak mintak maaf dengan dia. Tapi...." Izkandar terdiam.

"Sudahlah. Kau ni,masa ni lah masa yang paling sesuai untuk kau mintak maaf dengan dia. Masa ni juga kau boleh jernihkan kekerohan yang berlaku antara kay dan dia. Pergilah." pujuk Hanif lagi.

Zara melihat Izkandar duduk di bangku sambil memerhatikan Rania. Zara terus memanggil Rania dan menunding jari ke arah Izkandar. Rania tergamam apabila melihat Izkandar asyik memerhatikan dia dari jauh.

"Rania aku rasa masa nilah korang boleh berbaik semula. Aku rasa Izkandar nak mintak maaf dekat kau. Tapi dia macam tak berapa confident nak berdepan dengan kau. Apakah aku teman kau pergi dekat dia," ujar Zara sambil menarik tangan Rania.

Rania hanya berdiri kaku. Tangannya yang ditarik zara dikeraskannya."Kalau kau nak pergi mintak maaf dekat dia kau pergilah. Aku taknak. Buang masa aku je," bentak Rania.

"Kau ni. Kau jugak yang cakap, tak elok berdendam. Tapi kau berdendam boleh pulak. Lupa kan jelah apa yang mama dia sound kau haritu. Benda dah lepas. Jangan disimpan dalalm hati. Jangan disebabkan dendam dan rasa marah kau ni boleh buat kau punya result SPM terganggu," gertak Zara.

"Kau saja je kan. Main gertak aku pulak," marah Rania. Rania menarik nafas panjang. Sejujurnya dia belum bersedia untuk berdepan dengan Izkandar. "Okay, aku akan ikut cakap kau. Jom lah. Aku pergi ni sebab kau tau."

Rania akhirnya bersetuju untuk meminta maaf kepada Izkandar. Baru sahaja mereka ingin berjumpa Izkandar, Izkandar telah pun berada di depan mereka. Tergamam Rania apabila melihat Izkandar berdiri di depannya. Lidah terkelu. Mulut terkunci rapi. Jantungnya berdeguup kencang. 'Ah, mungkin mainan perasaan aku.' dengus Rania di dalam hati.

Izkandar hanya memandang Rania. Redup mata Rania membuat hatinya tenang. Seperti baru pertama kali mereka berjumpa. 'Eh, kenapa aku rasa macam lain macam je,' jerit Izkandar dalalm hati.

"Emmm. Rania. .. Errrk.. Macam ni. Saya cuma nak.. ermm. Nak terangkan dekat awak pasal. ermmm. Pasal mama saya. Eh bukan. Saya nak mintak maaf," kata Izkandar tergagap-gagap.

"It's okay.Saya pun sama. Nak minta maaf dengan awak,"kata Rania degan nada yang perlahan.

"Lagi satu, tolong maafkan mama saya. Dia cuma salah faham. Tapi saya kesian dekat awak. Sebab awak yang kena berdepan dengan mama saya. Saya tahu awak rasa malu sangat masa kena marah dengan mama saya. Tapi, saya pun tak boleh buat apa. Saya cuba nak jelaskan dekat awak lepas kejadian tu. Tapi... Awak tak bagi peluang pun dekat saya untuk saya jelaskan semuanya." Izkandar hanya tertunduk. Memang dia malu dengan perbuatan mamanya itu.

Rania hanya melihat raut wajah Izkandar bertukar menjadi sedih. "EH, awak. Dah lah. Saya tak ambil hati pun. Ye saya faham. Saya tahu mama awak nak yang terbaik untuk awak. Dia nak awak fokus dengan stud awak dulu. Mungkin sebab awk terlalu rapat dengan saya, mama awak ingat awak ni tengah angau dengan saya. Betul tak?"

"Boleh awak buat lawak lagi ye." gelak Izkandar. "So are we okay now?" tanya Izkandar lagi.

Senyuman terukir di bibir Rania. "Yes we are."

"Satu saya nak pesan. Tolong jangan lari dari saya," rayu Izkandar.

"Okay. Saya takkan lari lagi,"balas Rania.

"Janji?" tanya izkandar untuk mendapaykan kepastian.

"Ye. Saya janji," jawab Rania ringkas.

Selepas semua pelajar bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain, mereka semua beratur semula dan terus masuk ke kelas masing-masing. Izkandar hanya memandang Rania sambil melambaikan tangannya ke arah Rania. Rania hanya membalasnya dengan senyuman.

"Amboi kawan aku sorang ni. Mabuk cinta ke apa? Senyuman tu ada banyak makna tau," usik Zara.
"Kau ni. Suka usik aku.Aku senyum salah. Muka masam pun salah. Kau nak aku buat muka macam mana? Nak aku buat muka garang macam muka cikgu disiplin kita tu ke? Macam muka cikgu Latif tu. Kau nak aku buat muka macam tu ke?" gurau Rania sambil berjalan menaiki tangga.

"Ala usik sikit pun tak boleh," rajuk Zara

"Jangan merajuk. Aku gurau je." ujar Rania sambil memeluk rakan baiknya itu.


************************

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan. Kedengaran suara sorakan bagi meraikan hari terakhir bagi kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Riuh rendah jadinya satu sekolah. Bagi mereka, inilah saat yang palnig terbaik dalam hiduo mereka kerana mereka tidak perlu pergi ke sekolah lagi. Tidak perlu mengikut peraturan yang ketat dan tidak perlu lagi perlu beratur setiap pagi.
Izkandar
menunggu Rania di luar dewan peperiksaan. Mereka telah berjanji untuk berjumpa selepas habis peperiksaan. Dia melihat Rania sedang sibuk berbual bual dengan rakan sekelasnya. 'Comel.' Bisik hati kecilnya.

Rania terus berjalan ke arah Izkandar bersama Zara. Dari jauh Rania sudah nampak Izkandar sedang setia menunggunya di luar dewan peperiksaan. Rania tersenyum apabila melihat Izkandar melambai ke arahnya.

"Senyum lebar ye awak. Tahu exam dah habis tapi jangan lupa result SPM belum keluar lagi," usik Izkandar. Terus menghulurkan satu bungkusan kepada Rania.

Rania tergamam. Dia berasa sangat terkejut dengan tindakan Izkandar. "Eh. Apa ni Iz? Kenapa awak bagi saya bugkusan ni? Dalam ni ada apa? eh awak nak prank saya ye," Kata Rania sambil menggoncang bungkusan yang berikan Izkandar.

"Eh awak. Janganlah goncang. berterabur nanti. Baik rumah awak buka. Jangan bukak dekat sini or dalam kereta.. Awak kena buka dekat rumah," kata Izkandar sambil tersenyum.

"Alaa. Takkan tak boleh buka sekarang. Aku nak tahu jugak," celah Zara.

"Eh kau, sibuk je. Aku bagi dekat dekat Rania bukan dekat kau. Kau tak payah tahu pun takpe. Kalau kau nak kau mintak dengan abang Hanif," sindir Izkandar.

"Eleh. Kekwat sangat ni," ejek Zara.

Mereka bertiga terus berjalan meninggalkan dewan peperiksaan. Izkandar mengajak Rania dan Zara berbual di pondok yang berdekatan dengan pintu pagar sekolah. Sampai di pondok, Hanif muncul sambil membawa empt bungkusan air milo.

"Saya daaaatannnggg menyelamatkan tekak anda. Jangan risau Hanif sentiasa di sini untuk anda," jerit Hanif sambil mengenyit mata kepada Zara.

"Ada di sini untuk Zara. Bukan untuk aku dengan Rania kan?"sindir Izkandar. Dia mengambil dua bungkus air milo daripada Hanif.

"Bro, opppss. Sorang satu jelah bro. Banyak-banyak kau nak siram pokok ke apa?" sindir Hanif.

"Satu untuk aku. Satu untuk Rania. Jangan mengelabah,"kata Izkandar sambil menghulurkan kepada Rania.

"shooo shweetttt. Zara, ini untuk awak, terima lah air milo ini sebagai tanda cinta saya pada awak,"usik Hanif.

"Awak, tak kelakar," balas Zara ringkas.

Rania hanya tergelak melihat gelagat Hanif dan Zara. "wey, Korang kalau kahwin jangan lupa jemput. Jangan lupa kawan."

"Eh, tak lupa. Rania kau kena jadi pengapit Zara. Izkandar jadi pengapit aku. Korang wajib kena datang. Kehadian adalah wajib," ujar Hanif sambil meepuk tangan.

"Baru habis SPM dah cerita nak kahwin. Ni apa perancangan kau bila dah habis SPM? Nak kahwin tu ada duit ke?"celah Izkandar.

"Bukan sekarang lepas dapat kerja. Tapi aku pun kena sambung belajar. Aku nak jadi doktor. Nak capaikan cita cita aku dulu. Baru boleh kahwin," jelas Hanif.

"Good." Balas Izkandar ringkas.

"Eh, Iz kau macam mana? Mama kau nak kau sambung belajar dekat luar negara juga ke?" tanya Hanif.

"Aku kan apply MARA haritu. Memang mak aku nak aku belajar dekat luar negara. Dia kata aku boleh belajar banyak benda. Boleh belajar budaya orang luar juga nanti" terang Izkandar sambil menghirup air milonya.

Rania mengangguk-nganggukkan kepalanya . Alangkah bahagianya dia kalau dia juga boleh menyambung pelajarannya di luar negara. Apakan daya, ibu bapanya tidak mahu dia jauh dari keluarga. Puan Anissa dan Encik Azman tidak mahu Rania menyambung pelajaran ke luar negara. Mereka takut Rania akan menerima kejutan budaya seperti mana kakak rania, raysha Natalia menerima kejutan budaya semasa belajar di luar negara.

"Haa, Rania. awak pula macam mana?" tanya Izkandar.

"Saya tunggu matrik or sambung diploma. Saya takde lah sampai nak sambung belajar dekatl uar negara. Mama dengan pap tak bagi. Sebab kak raysha kan buat hal masa belajar dekat UK dulu. Jadi mama and papa saya tak nak saya belajar jauh-jauh. Dia naka saya belajar dalam Malaysia. Senang nak pantau," jawab Rania. Dia hanya menundukkan muka nya. Dia tersenyum hambar. Dia juga punya impian untuk belajar di negara orang. Kalau tidak kerana kakak dia, dia pasti dapat melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

"Takpelah Rania. Belajar dekat mana-mana pun sama. Yang penting ilmu yang kita dapat. Kalalu belajar jauh-jauh kita pun tak dapat apa, rugi juga. Buang duit, buang masa," pesan Izkandar. Da cuba memujuk Rania. Dia tahu Rania sangat kecewa tapi dalam masa yang sama Izkandar tahu Rania tetap anak yang patuh akan arahan mama dan papanya.

Rania hanya mengangguk faham. " So, Zara kau macam mana?" tanya Rania sambil menarik tangan Zara.

"Aku.. I will follow you. Aku ikut kau," jawab Zara ringkas.

"Eh. Senang ek awak ni. follow follow orang pula. Kalau Rania terjun loji kumbahan pun awak terjun la kan? " usik Hanif.

"Maksud saya, mana Rania pergi saya akan ada dengan dia. Doakan kitorg dapat universiti yang sama,"

"Aamiin. Semoga dipermudahkan,"doa Hanif. "Eh, awak tak nank ikut saya ke?" tanya Hanif kepada Zara.

"Ke mana?" tanya Zara kebingungan.

"Ke syurga, " jawab Hanif sambil ketawa.

"Kau ni kalau sehari tak loya buruk memang tak sah kan?" tanya Izkandar sambil menepuk bahu rakan karibnya itu.

"Aku tak main-main. Aku akan membimbing zara sehingga ke syurga hashtag til jannah,"kata Hanif serius.

"Dah. sudah. ni lah sebab aku suka kawan dengan kau. Selalu menceriakan hari aku walau mendung berlabuh dihatiku," gurau Izkandar sambil ketawa.

Hanif dan Zara meminta diri untuk pulang. Izkandar dan Rania pula masih duduk berbual bual di pondok. Kebetulan pada hari itu Datin Salina sibuk menguruskan butik, jadi dia menjemput Izkandar lewat. Rania pula akan dijemput oleh kakaknya. Raysha memang selalu menjemput Rania lewat kerana dia hanya akan keluar mengambil Rania pada waktu rehat.

"Rania, kenapa parents awak tak bagi awak sambung belajar dekat luar negara?" tanya Izkandar kehairanan. Dia tahu kakak dan abang Rania kedua-duanya berkelulusan luar negara. Dia berasa hairan apabila Rania mengatakan mama dan papanya tidak membernarkan dia unutk menyambung pelajaran di luar negara.

Rania tersenyum. Dia sudah mengagak, soalan ini yang akan muncul dari mulut Izkandar. Walaupun dia dan Izkandar sangat rapat, dia tidak pernah menceritakan hal keluarganya kepada Izkandar.Bagi dia, masalah keluarga seharusny tidak perlu diceritkan kepada orang lain.

"Hello. Rania... Oooh Rania. Saya tanya awak. Awak diam pula." bentak Izkandar.

Rania tergelak kecil. "Okay. Sebenarnya benda ni saya tak pernah ceritakan dengan awak. Bagi saya, benda ni macam privacy sikit. Tapi sebab awak dah tanya saya jawab jelah. Sebenarnya.. Kak Rasya pernah buat hal masa dekat luar negara. Jadi, papa tak bagi dah anak perempuan dia belajar jauh-jauh. Abang Reyhan dia special kes sebab dia duduk dengan pakcik saya masa dia belajar dekat Aussie. Jadi, mama and papa takde la risau sangat."jelas Rania.

"Tapi awak boleh je sambung belajar dekat Aussie. Pakcik awak kan ada dekat sana," cadang Izkandar.

"Awak, pakcik saya dah balik Malaysia. So, sambung dalam negara je la. Lagipun saya tak kisah. Saya okay je," kata Rania sambil tersenyum sinis.

"Tak pe Rania. saya doakan awak berjaya dalam SPM and berjaya capaikam cita cita awak. Ingat, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak,"ujar Izkandar sambil menatap wajah Rania tidak berkelip.

Renungan Izkandar dibalas Rania. Tiada ayat yang terkeluar dari mulut mereka. Rania terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Izkandar hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sendirian.

PIN! PIN! Bunyi hon kereta mengejutkan Rania dan Izkandar yang sedang leka melayan perasaan. Rania terus terbangun dari tempat duduknya. Izkandar pula terkejut dengan reaksi Rania.

"Awak ni buat terkejut sayalah," ujar Izkandar samibl mengurut-ngurut dadanya.

Rania tidak mempedulikan Izkandar. Rana hanya diam terkaku melihat kakaknya telah pun sampai di depan pintu pagar sekolah. Kakaknya membuka tingkap kereta sambil menggelengkan kepalanya. Rania menelan air liurnya. Terkebil- kebil matanya melihat kakaknya.

"Iz, erm. Err. Saya balik dulu. Nanti kakak saya bising pula,'' kata Rania sambil mengangkat beg galasnya. Dia pergi meninggalkan Izkandar seorang diri. Dia juga tidak menoleh ke belakang lagi. Dia berasa sangat takut apabila melihat renungan tajam kakaknya itu. Dia membuka pintu dan meloloskan diri ke dalam kereta kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience