Rate

BAB 2

Romance Series 3066

"Mama, mama Iz punya percubaan 9A1. alhamdulillah. Thanks ma, sebab doalan Iz. Tapi ni baru percubaan. Mama tolong doakan Iz ye," kata Izkandar keriangan.

"Alhamdulillah. Mama syukur sangat Iz. mama juga akan selalu doakan Iz. Mama nak Iz capaikan cita-cita Iz, kata mama Iz sambil menggosok kepala anaknya.

"Ok mama. Iz kena bagitahu dengan Rania. Mesti dia happy bila dapat tahu result gempak Iz ni." kata Izkandar.

Mama Izkandar, Datin Salina hanya memandang gelagat Izkandar yang sedang cuba menghubungi Rania. Lalu dia bersuara.

"Kenapa tak bagitahu dia tadi? Ni lagi satu Iz, perlu ke nak bagitahu Rania? Penting sangat ke?" Tanya mama Izkandar dengan lantang.

" Eh mama ni. Tadi tak sempatlah mama. Ingat nka bagitahu dia time tuition nanti. Kenapa mama cakap macam itu? Tak baiklah mama. Rania kawan baik Iz. Apa salah Iz kongsi berita ni dengan dia mama? Salah ke?" soal Izkandar sambil menggelengkan kepalanya.

"Mama kata mama tak suka mama tetap tak suka. Iz jangan cuba nak lawan cakap mama. Kalau ikut hati mama, mama memang tak izinkan Iz berkawan dengan Rania. Tapi sebab Iz, mama terima juga Iz berkawan dengan Rania. Kenapa kamu tal bekawan sahaja dengan anak Dating Safiyah tu? Baik orangnya. Ini tidak Rania, Rania ,Rania. Rimas mama dengar," Bebel Datin Salina.

"Ma, you know right Iz tak boleh kawan dengan anak Datin Safiyah. Iz dah cuba tapi kitorang ni tak serasi. Ok Mama, can we stop here. tak nak gaduh dengan mama lagi. Please mama.tolong faham keadaan Iz mama," rayu Izkandar


********************************

Daniel Izkandar merupakan anak seorang usahawan yang ternama. Papanya, Dato' Shariff memiliki sebuah empayar yang sangat besar. Ayahnya seorang tokoh korporat yang sangat disegani masyarakat. Mama Izkandar Datin Salina juga sangat terkenal. Mamanya agak cerewet dan sentiasa mahukan yang terbaik buat izkandar.

Izkandar merenung ke halaman rumahnya. Dia termenung jauh. Dia juga tidak tahu mengapa mama tidak suka dengan Rania. Mama sering memaksa dia untuk berkawan dengan anak Datin Safiyah si Aleesya.

Izkandar sudah cuba untuk berkawan dengan Aleesya tapi dia tahu mereka tidak serasi. Bagi Izkandar Aleesya terlalu obsess terhadap dirinya. Aleesya juga sering mengganggu Rania. Dia malah, sering mengugut Rania kerana Rania dan izkandar berkawan baik.

Sebuah kereta BMW masuk ke halaman rumah izkandar. Izkandar yang termenung sejak dari tadi terus tersentak bila pemandunya menekan hon beberapa kali. Izkandar berdiri dari tempat dia termenung. Kelihatan ayahnya keluar dari tempat duduk belakang.

"Termenung jauh anak papa. Apa yang difikirkan itu? Tanya Dato' Shariff kepada anaknya.

Izkandar bingkas bangun sambil melontarkan senyuman hambar pada papanya.

" Nothing pa. Cuma fikir SPM. Tinggal lagi berapa bulan sahaja. Rasa gugup pula."

"Aihh. Anak papa tak pernah pun jadi macam ini. Dulu time nak ambil UPSR dengan PMR okay je. sekarang ni takut pula ye? Macam-macamlah anak papa ni," kata Dato' Shariff sambil ketawa kecil.

"Pa, SPM ni penentu hala tuju Iz."

"papa tahu kamu boleh buat. Papa and mama akan sentiasa doakan kamu. Dah jangan fikir bukan-bukan. Naik atas mandi. nanti kita dinner sama-sama ye," kata Dato' Shariff sambil berjalan masuk ke rumah.

Izkandar hanya menganggukkan kepalanya dan berjalan masuk ke rumah. Entah mengapa masih terngiang- ngiang apa yang diperkatakan mama kepadanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa mama tidak suka dia berkawan dengan Rania. Ingin sahaja dia bertanya pada mama tapi bila difikirkan semula dia membatalkan sahaja niatnya itu. Dia takut tercetusnya perselisihan faham antara dia dan mama, Datin Salina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience