Rate

BAB 3

Romance Series 3066

"Iz, mama nak iz faham. Mama tak nak Iz abaikan pelajaran Iz. Ingat, SPM ni penting. Iz ada impian kan? Mama tak nak kamu rapat dengan Rania," marah Datin Salina sambil menjeling anak lelaki bongsunya.

"Ma, apa masalahnya ma? Iz malas lah nak bertekak dengan mama pasal Rania. We're just friend. That's it." bentak Izkandar. Dia bingkas bangun dari sofa. Dia ingin terus naik ke atas. Malas dia nak melayan kerenah mamanya. Dia baru berjalan beberapa tapak tapi langkahnya terhenti apabila mamanya mula menghalang langkahnya.

"Daniel Izkandar. I'm not done yet. Mana adab kamu sebagai seorang anak? Jangand biadap dengan mama. Kamu ni mama tengok makin degil. Apa nak jadi ni?" tengking Datin Salina. Dia menarik nafas panjang. Dia cuba untuk bertenang.

Pertengkaran di antara Izkandar dan Datin Salina di dengari Dato Shariff. Dia terus bergegas ke ruang tamu. "Eh, kamu dua beranak ni dah kenapa? Kamu tahu tak dah pukul berapa sekarang? Malam-malam duduk bergaduh. Apa masalah kamu berdua ni?"

"Abang tanya anak teruna abang sorang ni. Sekarang ni makin kurang ajar. Kita nasihatkan dia, bukan dia nak dengar. Abang-abang dia yang lain elok je. Tak keras kepala macam dia.

Izkandar hanya menundukkan mukanya. Dia hanya terdiam kaku. Keadaan menjadi senyap seketika. Kemudian, dia terus memandang ke arah Dato Shariff. Dia melihat Dato shariff hanya memandang tajam ke arahnya. "Pa, salah ke Iz berkawan dengan Rania? Mama asyik membentak Iz je dari semalam. Salah ke papa?"

"Nak berkawan tu tak salah Iz. Tapi kamu kena fikirkan pelajaran kamu. Jangan rasa selesa dengan result trial. Jangan leka. Mama kamu takut kalau kamu hanyut. Itu sahaja," ujar Dato Shariff sambil berjalan menuju ke arah Datin Salina. Kemudian dia terus duduk di sebelah Datin Salina.

"Pa, Ma. Iz janji Iz takkan leka. Iz akan buat yang terbaik sama macam apa yang abang-abang dan akak dah buat. Iz takkan kecewakan mama dengan papa. Percayalah," rayu Izkandar.

Datin Salina dan Dato Shariff memandang antara satu sama lain. Suasana kembali sunyi. Tiada siapa di antara mereka yang bersuara. Datin Salinan memalingkan mukanya ke arah Izkandar. Dia hanya merenung muka anak lelaki bongsunya itu. "Okay. Mama warning Iz. Ingat kalau result SPM tak memuaskan hati mama, siap kamu," Datin Salina memberi amaran kepada Izkandar.
"Kamu ikut je la Iz. Papa nak kamu kekalkan result percubaan kamu. Papa sentiasa doakan kamu. Papa nak kamu berjaya Iz. Tujuan mama dengan papa tegur ni bukan nak buat Iz rasa down. Kami nak yang terbaik untuk kamu. Zaman sekarang ni, cabaran dekat luar sana, Masya ALLAH. Kalau tak pandai nak survive boleh mati kamu. Ilmu sangat penting. Dengan ilmu, baru kamu boleh survive dengan dunia luar. Papa harap kamu boleh faham apa yang papa maksudkan," jelas Dato Shariff sambil memandang tepat ke arah Izkandar.

Izkandar hanya menarik nafas panjang."Baik pa. Iz faham pa," jawab Izkandar kedengaran agak kecewa dengan papa dan mamanya. Dia meminta izin untuk naik ke bilik." Ma, pa. Iz nak naik atas dulu. Iz penat. Nanti kita borak lagi. Good night pa. Good night ma."

"Good night Iz," jawab Datin Salina dan Dato Shariff serentak.

Datin Salina memerhatikan anak bongsunya itu menaiki tangga. Dia menggelengkan kepalanya. "Saya tak tahu nak jadi apa dengan si Izkandar tu. Abang-abang dia tak macam tu. Kakak dia yang anak perempuan tunggal tu pun tak buat perangai macam tu. Abang kena selalu pesan si Iz tu. Saya tak nak dia sia-siakakn masa depan dia."

"Awak ni pun satu. Apa salahnnya dia berkawan dengan Rania. Bukan ke mereka berdua tu dah lama berkawan? Kenapa baru sekarang kamu nak halang dia berkawan. Dah terlambat. Satu benda saya nak tegur kamu. Kamu pun janganlah nak cari pasal dengan anak bongsu kamu tu. jangan stresskan dia. Dia nak ambil SPM tak lama lagi. Nanti hilang fokus dia nak belajar," kata Dato shariff menasihati isterinya.

"Ye, saya faham. Saya mintak maaf. Saya takkan ganggu emosi Iz lagi," janji Datin Salina.


********************************************


Izkandar menaiki tangga untuk masuk ke kelas. Dia melihat jam ditangannya.Pukul tujuh empat puluh lima minit malam. Masih berbaki lima belas minit sebelum kelas tusyennya bermula. Dia terus ke surau untuk mengerjakan solat maghrib.

Selesai solat maghrib, Izkandar terus masuk ke dalam kelas. Dia memerhati sekeliling kelas . Dia mencari Rania. Rania tiada di dalam kelas. Dia terus mengambil tempat di bahagian tengah. Dia masih mencari cari Rania. Dia melihat jam. Lagi tiga minit kelas akan bermula. Dia berasa pelik. Rania tidak pernah lambat. Petang tadi dia sudahbertanya pada Rania sama ada Rania hadir ke kelas tambahan harini atau tidak. Rania memberitahu dia akan hadir ke kelas tambahan hari ini.

"Wei zara, Rania mana?" soal Izkandar kepada kawan baik Rania.

"Entah. Aku pun tak tahu. Dia tak mesej apa apa pun. Mungkin dia lambat kot," Jawab Zara sambil mengambil nota di dalam begnya.

Izkandar berasa panik. Bayang Rania masih tidak kelihatan. tidak senang duduk Izkandar dibuatnya. Zara yang dudu di belakang Izkandar hanya memerhatikan tingkah laku Izkandar. Zara hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau dah kenapa Iz? Dah macam cacing kepanasan pula aku tengok. Ada yang tak kena ke?" soal Zara ambil menolak bahu Izkandar.

Izkandar menoleh ke belakang. "Tak. Aku tunggu Rania ni. Batang hidung dia pun tak nampak lagi. Cikgu dah masuk dah ni. Aku mesej dia tadi, dia kata dia nak datang. Rania tak pernah lambat macam ni," ujar Izkandar sambil mengeluarkan notanya dari dalam beg galasnya.

"Kau nak risau kenapa. Mungkin Rania ada hal kot. Sebab tu dia lambat or tak datag. Kau ni jangan negatif sangat. Focus. SPM nak dekat. Pasal Rania kau letak belakang dulu. Sekrsng kau focus dulu dengan kelas. Kalau kau nak rsa kena baling dengan pemadam white board tu, kau layaanlah perasaan kau tu. Cikgu Razif kita ni kalau dia nampak kita tak focus memang kena balinglah nanti," kata Zara sambil tergelak kecil.

Izkandar memandang Zara dengan keluhan kecil. Dia berpaling ke depan sambil memandang ke arah pintu. CIikgu Razif yang melihat Izkandar termenung sambil memandang ke arah pintu berasa pelik.

"Ehem. Ehem. Rasanya saya ni dah berdiri agak lama dekat depan ni. Ada yang tak ready lagi ke nak mulakan kelas?"soal Cikgu Razif.

Cikgu Razif memandang tepat ke arah Izkandar .Dia melihat pelajarnya itu seperti sedang berkhayal. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Dia berjalan ke arah papan putih dan mengambil pemadam papan putih. Semua pelajar mula berasa panik. Masing- masing ketakutan apabila mereka meliht cikgu Razif memegang pemadam papan putih. Cikgu Razif terus membaling pemadam papan putih itu tepat ke arah Izkakndar.

Izkandar yang sedsng asyik termenung berasa tekejut apabila pemadam papan putih itu mengena bahunya. Dia tersentak. Lalu menundukkan wajahnya.

"Kamu tengok pintu tu sampai nak tembus pintu tu saya tengok.Saya cakap dekat depan pun kamu boleh tak perasan ye. Kenapa dengan awak Izkandar? Nak balik ke? Kalau nak balik saya boleh je tolong bukakan pintu untuk awak," marah cikgu Razif sambil menundingkan jarinya ke arah pintu.

Izkandar tertunduk malu. " Emm. emmm. Maafkan saya cikgu." kata Izkandar cuba meminta maaf kepeda cikgu Razif.

"Baiklah. Saya boleh maafkan awak. Saya harap awak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas saya. SPM dah nak dekat. Kamu ni pelajar pinta jangan buang masa kamu dengan perkara yang sia-sia. Faham?" tegas cikgu Razif.

Izkandar hanya mengangguk faham. Kelas tambahan diteruskan. Izkandar terus menumpukan perhatian kepada gurunya. Dia juga tidak mahu ditegur lagi oleh cikgu Razif. Takut pula nanti cikgu Razif melaporkan kejadiaan tadi kepada mamanya. Makin naik hantu mamanya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience