Rate

BAB 1

Romance Series 3066

Kringgggggggg!

Bunyi loceng kedengarang menandakan tamat waktu persekolahan. Kelihatan pelajar- pelajar sedang berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.

Rania berjalan keluar dari bilik darjah, sesekali dia cuba mencari kelibat izkandar. 'Ish mana iz ni,' dengus rania di dalam hati.

Rania melihat ke arah kelas Izkandar. Kosong. Rania menjengah ke bawah, kelibat izkandar masih tidak kelihatan. Lalu dia terus turun untuk pulang ke rumah. sampai di tingkat bawah, Izkandar cuba menyergah Rania. Rania yang terkejut lalu menjerit.

Izkandar gelak terbahak- bahak. " Itu pun terkejut ke?"

"Terkejut Rania. kalau Rania ada sakit jangung boleh mati dibuatnya. Iz menyorok tepi tangga ni kenapa? Orang suruh tunggu dekat atas, dia tunggu bawah. Lepas tu terkejutkan orang,"bebel Rania.

"Okay. Okay. Iz salah. Hari ni Iz kena masuk lab sebab tu tak dapat tunggu dekat atas. Dah la tak payah nak membebel. Jom balik penatlah." kata iz sambil menarik tangan Rania.



************

Rania Natasha seorang gadis berusia tujuh belas tahun. Dia amat disenangi oleh semua orang. Dia juga merupakan pelajar cemerlang disekolahnya. Rania memang terkenal dengan sikap peramahnya disekolah. Dai juga cukup terkenal dalam kalangan kalangan guru dan pelajar. Siapa yang tidak mengenali Rania. Dia merupakan anak emas pihak sekolah. Dia bukan sahaja pelajar cermerlang tapi dia juga sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Dia sering mewakili sekolah dalam sukan bola tampar, pidato dan debat. Rania memang seorang pelajar yang berkebolehan.
Rania keluar dari pintu pagar sekolah sambil melambai ke arah Izkandar. Kemudian dia terus berjalan menuju ke kereta mamanya. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Rania hnaya tersenyum sambil memandang mamanya. "Mama, nanti lepas habis SPM mama rasa apa jurusan yang sesuai ye dengan Rania?" tanya Rania.

" Aik anak mama ni. Dia yang nak sambung belajar, dia tanya mama pula," balas mama Rania, puan Anisa.

"Ye mama. Rania tak tahu nak amik jurusan apa. Kalau Iz dia nak ambil bidang architechture mama. Kalau Rania ambil architecture ok tak mama?" tanya Rania lagi.

"Rania kita ambil jurusan ni bukan sebab ikut orang Rania. Cuba Rania fikirkan apa yang Rania minat. Buat benda yang kita suka Rania. Make sure benda tu tak bagi beban dekat Rania juga," jelas mama Rania.

"Ok boss," balas Rania ringkas.

"Anak mama lapar tak? Hari ni mama ada meeting tadi. Mama tak sempat nak masak. Kita makan dekat luar ye?" tanya puan Anisa sambil memandang anak perempuannya.

Rania hanya mengangguk. Tanda setuju. Puan Anisa terus memandu menuju ke restoran kegemaran anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience