Rate

BAB 6

Romance Series 3066

"Kau ni kan macam dah takde jantan lain kau nak kawan kan?" Marah Raysha sambil menjeling ke arah Rania.

"Apa akak ni? Iz tu kawan dengan Rania sejak dari sekolah. Sejak dari sekolah rendah. Apa masalah kak Raysha nak tentukan kawan Rania? Rania pun tak pernah masuk campur dalam urusan kak Raysha. Sekarang ni nak campur urusan Rania pulak?" jawab Rania sambil memcampakkan beg ke tempat duduk belakang.

"Excuse me, none of my business? You adik okay. You kena ikut cakap i. Kalau Kak Raysha cakap tak boleh. Jangan bantah! faham!" Marah Rania lagi.

"Akak ingat Iz tu macam Danish Irwan? Kak, yes mereka berdua tu memang adik beradik tapi perangai tak sama tau. Akak jangan samakan Iz dengan abang Danish. Yess, abang Danish tu memang lelaki tak guna. Elok bercinta dengan kak Raysha, dia boleh tinggalkkan kak Raysha. Tapi Iz bukan macam abang dia," jelas Rania cuba untuk mempertahankan Izkandar.

"Hello. Sekarang ni Rania bolehlah cakap macam ni. Kau tunggu bila kau dah habis belajar, dah kerja. Habis madu sepah dibuang. Masa tu kau baru tahu siapa sebenarnya adik beradik kaya bongkak tu," marah Raysha sambil mengurut dadanya.

"Kak Raysha dah kenapa?" soal Rania sambil merenung ke arah kakaknya.

Raysah hanya terdiam. Dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan perkara sebenar kepada adiknya. Pertanyaan Rania membuatkan hatinya bertambah sakit. Pertanyaan Rania juga mengingatkan kembali sejarah lama yang dia sendiri tidak mahu mengingatinya sehingga dia mati.

TUJUH TAHUN SEBELUMNYA.....

Raysha menangis di sudut tepi biliknya. Dia hanya mampu menangis ketakutan. Dia takut papanya pasti akan mencarinya. Raysha menangis sambil menutup mulutnya. Tiada daya lagi untuk dia berbuat apa-apa. Semuanya kerana Danish Irwan. Lelaki yang dia paling percaya telah menodainya.

Raysha terdengar jeritan ayahnya. Dia mula memeluk tubuhnya. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Kedengaran jeritan ayahnya semakin jelas kedengaran.

Encik Azman bergegas menaiki tangga. Dia berasa sangat marah dengan anak perempuannya. dia berasa sangat malu. Dia menjerit- jerit memanggil nama Raysha. Puan Anissa cuba menghalang suaminya akan tetapi tidak berjaya. Dia hanya mengkikut suaminya dari belakang. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada anak sulungnya itu.

"Raysha. Kau keluar sekarang. Aku hantar kau belajar jauh-jauh supaya kau belajar, tapi ini kau buat dekat aku. Anak jenis apa kau ni?" tengking encik Azman sambil mengetuk pintu bilik Raysha.

"Abang, sudahlah abang. Bagi peluang dekat anak kita. Bagi peluang dia ceritakan semuanya. Abang jangan denganr sebelah pihak. Abang kena dengar juga penjelasan anak kita, bang," kata puan Anissa sambil menangis.,

"Awak cakap senanglah. Eh,mana nak letak muka say bila dekat offcie orang bercerita pasal anak perempuan saya. Malu saya. Saya hampir tak dapat projek resort tu sebab dia. Dia ni betul-betul menyusahkan orang. Kau keluar dari bilik ni. Kau tak keluar. Aku pecahkan pintu bilik kau," tengkin Encik Azman.

Raysha terkejut. pada mulanya dia tidak mahu membuka pintu biliknya. apabila dia mendengar ugutan ayahnya terus dia berjalan ke arah pintu. Menggigil tangannya semasa dia ingin membuka pintu biliknya. Setelah dia membuka pintu, ayahnya terus menarik tangannya turun ke bawah. Tangisannya dan rayuannya tidak diendahkan oleh papanya

"Kau ikut aku. Yang kau duduk menangis dalam bilik buat apa," tengking Encik Azman sambil menark anaknya turun ke bawah. sampai di bawah dia menolak anaknya. " kau dengar sini. Kalau kau tak mintak maaf dengan family Dato Shariff, kau jangan balik rumah. Kau keluar dari rumah ni. Aku cari duit nak bagi kau pelajaran yang sempurna. Tapi ini kau balas dekat aku. Apa kau buat dekat sana? berfoya foya dengan anak Dato Shariff? Sedar diri kau. Kita tak sepadan dengan family dia. Kalau kau tak salah, kau tetap di salahkan. Kau pergi, jangan balik selagi kau tak settlekan masalah kau dengan si Danish," jerit encik Azman sambil menekup muka. Dia menangis. Dia akhirnya kalah dengan perasaan sendiri.

"Kak Raysha! Kak Raysha! Kak Raysha!" jerit Rania.

Raysha tersentak. Dia memandang adik perempuannya dengan perasaan yang bercampur baur. Dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk buat Rania faham dengan semunya.Dia cuma nak melindungi adiknya. Dia tak nak Rania mendapat nasib yang sama sepertinya.

"Kak Raysha ni kenapa? Rania tanya ni. Tak nak cerita sudahlah,''protes Rania.

Raysha menarik nafas panjang. "Rania, macam mana ye Rania nak akak fahamkan Rania? Rania family Iz tu tak sepadan dengan kita. Kita ni tak setaraf dengan family dia. Wake up Rania!!! Wake up!"

"Kak Raysha, bukan benda dah settle?" tanya Rania kehairan.

"Siapa kata dah setttle? Oh sebab akak dah mintak maaf semua settle? Betul? Takkan pernah settle selagi abang Danish tak mintak maaf dengan kak Raysha. Suatu hari nanti Rania akan faham. Akak malas nak cakap banyak .Rania kan percayakan Iz dari akak. Jadi Rania tengok je lah nanti," ujar Raysha dengan nada yang tegas.

Rania masih tidak berpuas hati dengan kakaknya. Tujuh tahun lepas apa yang dia tahu, mama dan papanya marah sangat kepada kak Raysha sebab kak Raysha gagal meghabiskan pengajiannya di luar negara. Semuanya angkara Kak Raysha sibuk bermain cinta dengan abang Izkandar iaitu Danish. Selebihnya, dia tidak tahu apa-apa. Mama dan papa langsung tidak mahu perkara itu dipanjangkan. Akhirnya kisah kak Raysha senyap begitu sahaja. Tiada siapa yang berani membuka cerita lagi.

*******************************************

Rania hanya menguis-nguis makanannya. Dia tidak lalu untuk menjamah makanan yang ada dihadapannya. Rania masih perlukan jawapan mengenai apa yang telah berlaku kepada kak Raysha sampai kak Raysha begitu marah akan keluarga Izkandar. Raysha yang duduk berhadapan dengan adiknya cume memerhatika Rania.

"Rania, kalau kuis-kuis sampai esok tak habis," tegur Raysha.

Encik Azman yang terdengar teguran Raysha terus berhenti makan. Dia terus memandang ke arah Rania. Encik Azman memandang pula ke arah Raysha. Dia hanya menggelengkan kepala melihat kedua-dua anak perempuannya.

"Raysha, kamu ni memang nak cari pasal ke apa? Adik kamu tak buat apa pun. Tapi aku suka hati nak jerkah dia. Mungkin dia sedih sebab.. errr.. rindu dekat sekolah dia ke nanti. SPM dah habis kan. Macamla kamu tak pernah alami semua tu," ujar Encik Azmamn sambil menjeling ke arah Raysha.

"Pa, salah ke Raysha tegur Rania? terkuis kuis. tak elok kuis-kuis rezeki macam tu. Lepas tu mula lh cakap takde selera. Lepas tu buang je nasi tu. Naik atas menangis. Cengeng!" Bebel raysha.

"Rasya! can you please stop. Biadapnya kamu. Papa tak pernah kamu cakap macam tu dekat adik-adik kam. Kamu ni ikut perangai siapa pun papa tak tahu. Entah- entah tertukar dekat hospital. Mungkin nurse tersilap bagi anak kot dekat mama dengan papa. Keras kepala macam batu," tengkin Encik Azman.

Puan Anissa hanya memerhatikan dua beranak sambil menikmati makan malam. Dia mengggelengkan kepala melihat kerenah mereka berdua. Raysha dan papanya memeang sepeti anjing dan kucing. Sering bergaduh dan selalu berselisih pendapat. Raysha seorang anak yang sangat berani, tegas dan tetap pendirian. Sama seperti suaminya.

"Dah lah abang. Depan rezeki ni. Jangan nak bertekak. Tak elok," tegur Puan Anissa.

"Menangkan sangat anak awak ni. Kalau dia tak buat perangai tujuh tahun lalu, saya tak macam ni," marah Encik Azman.

Reyhan yang dari tahu diam terus bersuara." Pa, ma, kak Raysha. Boleh tak jangan gaduh. Sudahlah. Pa, dah tujuh tahun. Takkan papa still tak boleh move on. Kak Raysha dah buat apa yang papa suruh. Dia dah menyesal. Dia dah mintak maaf dekat papa kan . Tak payah nak panjangkan lagi perkara ni boleh tak?" pinta Reyhan sambil menghirup air di tangannya.

"Kamu jangan nak mengajar papa. Ye. Semua ni berpunca dari papa kan.Semua salah papa. Walaupun mulanya kakak kamu yang cetuskan permasalahan. Raysha papa tak boleh lupa apa yang kamu dah buat. Sampai mati pun belum tentu papa boleh terima maaf kamu. ingat Raysha! " tengkin Encik Azman.

Suasana ruang makan seakan tegang. Semua hanya terdiam kaku. Tiada siapa pun yang berani berkata apa-apa. Raysha berasa tidak selesa. Dia mengambil pinggan dan cawannya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.

Encik Azman yang melihat Raysha bangun dari tempat duduknya terus hilang sabar. "Kamu nak pergi mana? Angkat pinggan. Angkat cawan. Nak merajuk? Tadi sibuk menyindir adik kamu. Sekarang ni kamu yang buat perangai."

"Raysha nak pergi dapur makan dengan Mak Ani. Lagi tenang. Lagi berselera Raysha makan. Enjoy your dinner," tegas Raysha.

Rania hanya memandang kaku ke arah kakaknya. Dia kemudian menundukkan mukanya. Semuanya salah dia. Kalau tak kerana dia, kak Raysha takkan kena marah dengan papa. Rania hanya mampu menarik nafas panjang tanpa berkata apa-apa. Dia berasa sangat kecewa dengan papanya.

"Reyhan pun nak makan dekakt dapur dengan Mak Ani," celah Reyhan sambil membawa pinggan dan cawannya menuju ke dapur.

Puan Anissa dan Encik Azman hanya memerhatikan anak bujang mereka berlalu pergi ke dapur." Tengok tu abang. Anak-anak dah merajuk dengan awak. .Tak boleh ke awak berlembut sikit?" soal Puan Anissa sambil memicit kepalanya.

"Biarkan jela mereka berdua tu. Degil. Rania, cepat habiskan makanan tu." arah Encik Azman

Rania terus menghabiskan makanannya. Perlahan-lahan dia menyuap makanan ke dalam mulutnya. Terasa kosong tanpa Kak Raysha dan abang Reyhan. Dia terus memandang ke arah mamanya. Raut wajah mamanya tenang. Dia tahu walau raut wajah mamanya itu nampak tenang, dalam hati mamanya sedang bergelora. Dia memandang ke arah papanya. Jelas kelihatan riak wajah papanya yang tegas. Dia berharap satu hari nanti papanya dapat memaafkan kak Raysha dan mereka dapat berbaik semula seperti dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience