Rate

BAB 4

Romance Series 3066

Sampai sahaja di sekolah Rania terus berjalan mencari Izkandar. Dia mencari Izkandar di tempat mereka sering berkumpul beramai-ramai sebelum masuk ke kelas. Hampa. Dia tidak jumpa Izkandar. Mungkin juga Izkandar lambat sampai. Dia hanya duduk di bangku sementara menunggu Izkandar. Baru sahaja dia duduk, kelihatan Izkandar berjalan menuju ke arah dia. Rania melambaikan tangannya kepada Izkakndar. Kelihatan Izkandar tersenyum melihat Rania yang sedang menunggunya.

"There you are. mana pergi? Kenapa semalam tak datang kelas tambahan?"soal Izkandar sambil menyuruh Rania beralih ke tepi.

"Semalam last minute kena amik Kak Raysha dekat airport."jawab Rania sambil membetulkan ikatan rambutnya.

"Awak, nak tahu tak?" tanya Izkandar sambil tersengih sendirian.

Rania yang melihat Izkandar tersengih-sengih cuma mampu menggelengkan kepalanya. "Dah kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni?"

"Ala awak. Saya bukan apa. Saya happy. Saya nak share sesuatu dengan awak ni," ujar Izkandar sambil memandang Rania.

"Okay. Apa dia?" tanya Rania pendek. Dia juga ingin tahu apa yang Izkandar ingin kongsikan dengan dia. Dari raut wajah Izkandar, Rania pasti Izkandar berasa sangat gembira. Namun dia tidak pasti apa yang membuat Izkandar begitu gembira sekali.

"Saya nak masuk meminang awak. Eh, Saya gurau,"seloroh Izkandar.

"Awak ni main-main pula. Eee. Cepatlah cakap. jangan buat saya tertunggu-tunggu. tengok muka awak pun saya tahu awak tengah happy. Cepat," paksa Rania.

Izkandar menarik nafas panjang. "Okay. Awak macam ni. Saya nak bagitahu awak yang saya dapat 9A1 untuk percubaan ni," jerit Izkandar.
"Amboi sampai melompat tinggi. Tahniah Iz. Saya dah agak dah. Awakkan best student dekat sekolah ni. Mana ada orang dapat lawan awak," ujar Rania sambil menepuk tangan.

"Awak punya result macam mana?" tanya Izkandar sambil menongkat dagu memandang wjah comel Rania.

Rania terdiam. Dia cuba untuk tidak memandang Izkandar. Namun Izkandar dapat mengagak seperti ada yang tak kena dengan Rania.

"Rania, saya tanya awak ni. Result macam mana. Kenapa diam?" Soal Izkandar lagi.

Rania memandang Izkandar. Dia hanya tersenyum hambar. "Saya dapat 3A1 2A2 2A3 2B4. Itu je yang saya mampu buat."

"Awak okay dah tu. Takpe. percubaan baru ni. Saya akan selalu doakan awak supaya awak dapat result yang paling gempak," pujuk Izkandar.

"Ye awak. Saya okay. Eh awak, jom kita pergi ke astaka. Sat alg loceng nak bunyi dah. Kita get ready je la." ajak Rania.

Rania dan Izkandar terus bangun dari bangku dan terus berjalan ke astaka. Banyak mata yang memandang mereka. Siapa tidak kenal Daniel Izkandar anak Dato Shariff, seorang usahawan terkemuka. Ramai wanita yang menggilai Izkandar. Rania Natasha pula buka sahaja menjadi kegilaan pelajar lelaki malah menjadi idola kepada pelajar wanita dek kerana rupanya yang cantik dan sikapnya yang ramah. Dia juga tidak pernah lokek dengan senyuman.


************************

"Rania. Iz nak cerita ni. sudi tak dengar?"tanya Iz dengan nada yang agak perlahan.

"Apa? Tak dengarlah Iz. Cuba cakap betul-betul. Ni tak macam cakap dalam kelambu,"usik Rania sambil tergelak kecil. Rania hanya memerhati Izkandar yang sedang duduk di hadapannya. Lain betul kelakuan Izkandar pada hari itu. Rania memandang Izkandar dengan renungan yang tajam. Dia mula berasa seperti ada sesuatu yang Izkandar cuba sorokkan dari dia.

"Iz, cepatlah. Apa dia. Saya tunggu awak ni. Diam pulak dia," bentak Rania.

"Ye. Sorry. Macam ni...." Izkandar terdiam seketika. Dia fikir perlu ke untuk dia memberitahu Rania tentang perselisihan faham antara dia dengan mama. Dia ada minta pendapat abang dan kakakya, mereka semua meminta Izkandar patuhi nasihat mama mereka.

"Ni nak cakap ke tak Iz? Saya tahu awak ada benda nak cakap. Tapi tak keluar je dekat mulut awak. Sekarang ni awak nak cakap atau tak? Kalau tak nak cakap, Tak payay cakap. Buang masa saya je," marah Rania.

Izkandar tiada pilihan lain. Dia terpaksa juga cerita kepada Rania. "Sebenarnya Iz ada masalah sikit dengan mama. Mama tengah panas dengan Iz. Macam mana nak sejukkan hati mama Iz ye?"tanya Izkandar sambil menongkat dagunya.

"Sebab apa mama jadi macam tu?" soal Rani sambil mengerutkan dahinya. Setahu Rania Izkandar tak pernah bergaduh dengan Datin Salina. Izkandar memang rapat dngan Datin Salina. Boleh dikatakan Izkandar ni anak kesayangan Datin Salina.

"Mama taknak Iz main-main. Lepas tu mama ingat Iz dengan Rania ni macam ada apa-apa. mama ingat kita ni bercinta," terang Izkandar sambil mengeluh panjang.

"Sebab tu je?"soal Rania dengan nada terkejut. Dia sendiri tidak menyangka Datin Salina boleh berfikir sampai begitu sekali.

"Mama tak nak Iz rapat dengan Rania. Mama kata dia tak suka. Iz pun tak tahu kenapa. Sedangkan kita dah berkawan sejak dari sekolah rendah. Iz tak tahu kenapa boleh terfikr sampai macam tu sekali," terang Izkandar sambil menggelengkan kepalanya. Dia dapat lihat perubahan di riak muka Rania yang agak sedikit terkejut.

"Apa kata Iz, Iz cakap dengan mama Iz yang Iz dengan Rania cuma kawan. Tak bercinta pun. SPM pun nak dekat dah. Iz pujuklah mama Iz supaya dia percaya dengan Iz. Buat surprise untuk mama" cadang Rania.

"Mama tu susah nak pujuk. Tapi nak tak nak kena lah pujuk mama. Nanti Iz cuba buat surprise dekat mam. Kalau dia naik angin. Memang macam Hulk. Hijau muka," gurau Iz sambil melakukna aksi hulk.

Rania tergelak melihat gelagat Izkandar. Dia juga faham, memang Datin Salina tidak pernah suka dia berkawan dengan Izkandar. Namun, Rania tidak mahu mengambil tahu sebab mengapa Datin Salina tidak suka dia berkawan dengan Izkandar. Bagi Rania, Dia cuma berkawan dengan Izkandar. Tidak lebih dari dari seorang kawan. Dia sedar antara dia dan Izkandar bezanya bagai langit dan bumi.
Bunyi hon kereta yang ditekan berkali kali mengejutkan Rania dan Izkandar. Kelihatan Datin Salina memberhentikan keretanya di hadapan Rania dan Izkandar. Rania terkejut. Dia cuba berlagak tenang.
Izkandar mengangkat beg galasnya.Datin salina membuka tingkap sambil memanggil Izkandar.

"Iz, cepat sikit. Mama ada banyak kerja ni," jerit Datin Salina sambil menjeling ke arah Rania. Izkandar trus masuk ke dalam kereta.

Rania yang sedar akan jelingan Datin Salina hanya membalas dengan senyuman. Dia juga dapat melihat Izkandar bagaikan sedang menadah telinga mendengar leteran Datin Salina. Dia berasa serba salah dengan Izkandar. Dia sendiri tidak sampai hati meihat hubungan Izkandar dan Datin Salina menjadi begitu dingin.

Datin Salina keluar dari keretanya dan terus berjalan ke arah Rania. " Aunty nak bagi warning dekat kamu ni. Tolong jangan ganggu Izkandar. Kamu ni tak sedar ke SPM nak dekat. Kalau nak bercinta biar lepas habis SPM. Tak faham bahasa ke apa budak zaman sekarang?" tengking Datin Salina sambil memandang tajam ke arah Rania.
Rania tergamam. Kelu lidah dia. Dia hanya mampu berdiam diri.Dia merasakan bagaikan ditampar dengan kata-kata Datin Salina. Rania memandang kiri dan kanan. Kelihatan beberapa pelajar mula berbisik antara satu sama lain. Dia hanya menundukkan mukanya. Dia cuba melihat ke arah Izkandar. Dia melihat Izkandar hanya melihatnya dan menggelengkan kepalanya.

"Ingat, this is my first and last warning," tengking Datin Salina memberi amaran kepada Rania. Dia kemudian masuk ke dalam kereta dan memecut laju di hadapan Rania.
Rania hanya melihat kereta Datin Salina yang memecut laju di hadapan dia. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dialaminya sebentar tadi. Dia sendiri kebingungan. Bila pula dia bercinta dengan Izkandar. Mahu saja dia melawan Datin Salina. Bila difikirkan itu hanya menambah panas di hati Datin Salina. Makin panjang drama antara dia dan Datin Salina. Dia pula berada di kawasan sekolah. Boleh jadi huru hara nanti. Sejujurnya, ingin sahaja dia menangis di situ. Dia cuba menahan sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience