BAB 12

Romance Completed 8923

“Erica Hayyara memandangkan masa yang Abah beri pada kamu hanya tinggal beberapa hari saja lagi maka Abah dah pun buat keputusan.

Lagi pulak takde seorang pun calon yang kamu bawa jumpa Abah. Jadi Abah akan terima pinangan sesiapa sahaja yang masuk meminang kamu. Termasuklah menerima pinangan anak kawan Abah.”

Gulp! Aku telan liur yang serasa pahit. Habislah aku kali ni. Tempoh tinggal lima hari. Patut ke aku terima lamaran Afif Firdee? Sanggupkah aku sehidup semati dengan Afif? Sedangkan hati aku jatuh cinta pada Si pengirim daun misteri.

Ya, aku akui hati aku mulai mencintai Si pengirim daun misteri. Sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi seseorang memimpin tanganku. Namun wajahnya tak pula aku nampak. Semua terjadi setelah aku lakukan solat istikarah. Mungkinkah dia Afif Firdee?

Jika benar, aku dengan rela hati akan menjadi suri dalam hidupnya. Mungkin sudah tertulis Afif Firdee adalah imamku. Cuma entah kenapa hati aku seolah-
olah kosong. Entah kenapa sejak dua minggu yang lalu Engku Al-Hadi seolah dingin terhadap aku. Dulu bukan main lagi suka mengusik. Tapi sejak akhir-akhir ini diam tanpa kata.

“Baiklah, saya terima lamaran awak. Tapi awak kena bagi saya masa untuk hidupkan kembali perasaan saya terhadap awak. Saya harap awak faham. Nanti saya bagi tahu keluarga saya pasal lamaran awak tu.” Ya, akhirnya aku menerima lamaran yang dihulurkan Afif Firdee. Mungkin sudah tertulis jodoh aku bersamanya.

“Terima kasih Zyalna sebab masih sudi terima saya. InsyaAllah, nanti saya bagitahu family saya untuk hantar rombongan melamar awak.” Bibirnya mengukir senyuman. Malam itu sekali lagi aku melakukan solat istikarah. Meminta petunjuk Allah agar segala kekeliruan dapat dipermudahkan. Dan sekali lagi aku didatangi mimpi seorang lelaki memimpin tangan dan berjalan disampingku. Tapi wajahnya masih belum dapat aku lihat. Adakah Afif Firdee? Tapi kenapa hati aku seakan menidakkan? Ataupun, tak mungkin dia? Ya Allah, tunjukkanlah siapa jodohku yang sebenar. Tanpa sedar ada airmata yang mengalir hangat dipipi.

“Abah, nanti petang kawan Adik akan datang. Adik dah buat keputusan yang Adik akan kahwin dan dialah bakal menantu Abah. Abah uruskanlah semuanya nanti.”

“Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa Abah. Baiklah kalau itu keputusan Adik, Abah ikutkan je.” Abah tersenyum riang. Yelah, doanya untuk mendapat menantu sudah dimakbul Allah. Aku gembira melihat Abah tersenyum, tapi dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience