BAB 6

Romance Completed 8923

Dubu-dubu seoul food Midvalley megamall jadi destinasi kami menjamu selera malam itu. Dari dalam kereta sampailah dah kat restoran ni aku masih diam kaku.

Sepatah yang Engku Al- Hadi tanya sepatah yang aku jawab. Bukan apa, malu siot. Dah lama aku tak keluar berdua dengan kaum Adam melainkan abang-abang aku. Yang Engku Al- Hadi ni pulak dari tadi asyik tersenyum, tak penat ke bibir dia tu. Hesy!

“Kenapa awak kuis je makanan tu, tak sedap ke? Atau awak nak order makanan lain?” suara Engku Al- Hadi mengejutkan aku dari lamunan terhenti. Hah!

“Eh, taklah Engku. Ni dah okey.” Aku tersenyum memandangnya.

“Awak ni kan, dari tadi saya dah cakap panggil saya Hadi je. Kalau susah sangat nak panggil Hadi, awak panggil Hubby pun boleh. Hehe! And one more thing, tak payahlah awak nak malu dengan saya Zyalna. Nanti bila awak dah kahwin dengan saya, hari-hari awak akan teman saya makan tau.” Senyuman terukir dibibirnya.

Automatik kepala aku mendongak memandang tepat mukanya. Dia tersengih. Erk! Dia ni dah kenapa? Bergurau straight je. Kemaruk sangat ke nak kahwin dengan aku? Ke aku yang syok sendiri? Hesy! Tetiba aku jadi malu sendiri.

“Hadi cakap apa ni?” soalku teragak-agak. Sungguh aku confius dengaan kata-katanya. Engku Al- Hadi pandang wajah aku. Aku jadi serba tak kena bila direnung sebegitu rupa. Engku Al- Hadi berdeham. “Zyalna, saya dah lama sukakan awak. Kalau awak sudi, saya nak meminang awak.” Bibirnya mengukir senyuman. Aku membuntang mata mendengar pengakuan esklusif Engku Al- Hadi.

“Maafkan saya. Saya cuma anggap awak tak lebih dari seorang bos dengan staff je. Lagi pulak saya tak sedia lagi nak kahwin. Saya harap awak faham.” Entah kenapa semasa menuturkan kata-kata itu aku merasakan sesuatu didalam hati.

Tiba-tiba tangkai hati aku terasa sakit. Ya, Allah kenapa pulak ni? Senyuman dibibir Engku Al- Hadi bertukar hambar. Marah ke dengan kata-kataku? Terasa bersalahlah pulak. Aku menunduk menekur makanan dalam pinggan. Tak berani aku nak bertentang mata dengannya.

“It’s okey! Saya takkan paksa awak. But, saya nak awak tahu yang saya benar-benar ikhlas sukakan awak dan serius dengan apa yang saya perkatakan. Tapi kalau awak dah ada yang punya, saya akan undur diri.” Perlahan sekali tutur katanya sehingga menyentuh sedikit hati perempuanku.

Ya, Allah kuatkan hatiku. Aku tak sanggup nak terluka lagi. Luka yang lama masih berdarah, jangan biarkan ianya terhiris kembali. Cukuplah setahun aku mengenali cinta, dua tahun merasai kasih sayang dan lima tahun merasai kesakitan. Enough is enough!

“Saya takde siapa-siapa. Tapi, buat masa ni saya tak nak sebarang komitmen. Saya harap awak faham.” Aku memandangnya tepat. Dia tersenyum. Erk! Apa kena pulak dia ni? Kejap monyok kejap senyum. Skru longgar jugak ke? Aku tersengih dalam hati.

“Okey! Jum saya hantar awak balik.” Senyuman lebar semakin terukir dibibirnya. Aku terkebil-kebil namun langkahnya ku turuti jugak. Seronok semacam je dia ni? Aku kehairanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience