BAB 14

Romance Completed 8923

Seminggu berlalu dan hari ini aku akan di ijab qabulkan. Segala persiapan perkahwinan aku serahkan pada keluargaku dan pihak lelaki. Entahlah, aku malas nak uruskan.

Tapi yang menghairankan aku, Afif langsung tak menghubungi aku selepas lamarannya diterima Abah seminggu yang lalu. Tapi lantaklah. Mungkin sibuk dan excited kot uruskan persiapan kahwin.

“Wah, cantiknya kau Zyalna. Untunglah lelaki yang dapat kahwin dengan kau.” Hawa memuji aku setelah wajahku selesai didandan oleh Mak andam.

“Memang cantik pun. Tapi malanglah lelaki yang kahwin dengan aku, sebab lepas ni aku nak habiskan harta Makbapak dia.” Bergema ruang bilik dengan tawaku.

“Eh-eh kau ni, biar betul? Setahu aku kau bukan jenis metarialistik. Tapi betul jugak cakap kau tu, harta bertimbun pun kalau tak dihabiskan rugi jugak. Tapi untunglah kau Zyalna, dapat kahwin dengan anak orang kaya. Kaya bapak kau! Lepas ni jadi Puan besarlah kau erk.” Hawa tertawa kuat.

“Tuah badan aku Hawa, tapi malapetaka bagi dia.” Aku tersengih sinis. Nasib kaulah Afif sebab jadi suami aku. Lepas ni aku nak bangle 3 tingkat siap ada swimming pool dan gym sendiri plus orang gaji sekali. Aku nak duduk goyang kaki je kat rumah. Aku gelak dalam hati. Cuba meredakan kegusaran. Namun nun jauh di sudut hati aku memikirkan Si dia. Akan hadirkah dia pada majlis aku?

“Haa… buat apa lagi tercegat kat sini. Pengantin lelaki dah sampai kat bawah tu. Hawa, cepat bawak Zyalna ke bawah. Majlis dah nak mula,” suara Kak Amyiani mengejutkan aku dan Hawa. Aku duduk diatas alas berlapik kusyen bulat berwarna putih. Aku hanya menunduk memandang lantai. Saat ini hatiku bagai dihiris dan ingin sahaja aku menjerit kuat agar perkahwinan ini dihentikan. Tapi apa daya aku?

“Aku terima nikahnya Erica Hayyara Binti Naeem dengan mas kahwin bernilai RM22.50 sen tunai.”

“Sah.”

Saat aku mendengar ijab dan qabul yang dibacakan, airmataku menitis ke pipi. Sah! Aku bergelar seorang isteri kepada lelaki yang tak aku cintai. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku ini.

“Baiklah, sekarang bolehlah kita mulakan upacara membatalkan air sembahyang.” Suara Abah kedengaran.

Hatiku berdebar. Takut! Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa. Aku masih menunduk menekur lantai. Sebentuk cincin dihulurkan dihadapanku. Aku masih kaku, sehinggalah Mak menyiku lenganku memberi isyarat agar aku menghulurkan tangan untuk disarungkan cincin perkahwinan. Akhirnya sebentuk cincin tersarung dijari manis ku.

Dalam keterpaksaan aku menyambut huluran tangannya untuk bersalam. Dan disaat dahiku dikucup lembut aku memberanikan diri untuk melihat lelaki yang telah sah menjadi imamku.

Gulp! Aku telan liur. Pahit atau manis aku pun tak pasti. Terasa mahu pengsan! Tapi nasib baik aku tengah duduk. Apa semua ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience