BAB 5

Romance Completed 8923

:: Sometimes your nearness takes my breath away and all the things I want to say can find no voice. Then, in silence I can only hope my eyes will speak my heart ::

Masuk ni dah enam helai daun misteri yang aku terima. Siapalah yang rajin sangat jadik stalker tak berbayar ni. Tiap kali aku tanya kat budak comel tu, jawapan dia kasi cuma geleng kepala je. Hesy! Nasib baiklah budak tu comel, kalau tak nak jugak aku bertukar hijau. Tapi takkanlah budak kecik stalker aku kot. Impossible!

Argh lantaklah. Ermm… nak buang ke tak daun ni erk? Aku berfikir-fikir. Simpan jelah, nanti boleh buat koleksi manuskrip daun. Tapi daun ni unik sangat. Alah maple leaf tu. Unikkan? Erk! Siapa pulak yang punya kasut ni? Sesedap maggi kari dia je landing kasut atas higheels aku yang cute ni.

Ni yang buat aku rasa nak cekik-cekik orang je. Marahku dalam hati. Mataku melihat sekeliling mencari kelibat Tuan empunya kasut. Namun hampeh, takde seorang pun yang lalu. Mataku kembali merenung kasut yang landing atas higheels aku ditepi sudut anak tangga.

“Assalammualaikum, sorry Cik saya tak sengaja tertindih kasut awak.” Satu suara menegur dibelakangku. Finally, ingatkan tak bertuan kasut ni tadi. Nasib kau baik kasut, kalau tidak free je kau masuk tong sampah. Hah!

“Waalaikumsalam,” jawabku seraya berpaling ke belakang. Aku membuntang mata. Dia tersentak. Erk! Perlu ke jumpa kat sini? Dia pun solat kat sini jugak ke? Tak pernah jumpa pun sebelum ni. Weird! Aku terkedu.

“Eh Zyalna. Awak pun solat kat sini? Errr… maaflah saya tak sengaja tertindih kasut atas kasut awak. Nak cepat tadi, maaf ye.” Senyuman dilemparkan buat aku.

“Haah! Errr… takpe Engku.” Takpe? Erk! Kereklah kau Zyalna, tadi bukan main lagi marah sampai nak cekik Tuan empunya kasut tu. Tapi bila dah jumpa Tuannya kau cakap takpe pulak. Weird! Takkan something happen in your heart kot? Suara hatiku berkata. Eh, tak mungkin. Not him!

“Oh yeke, selalu takde pun jumpa awak. Tetiba hari ni jumpa pulak. Macam kuat je jodoh kita kan.” Aku terkedu.

Nyaris terlopong. Erk! Sejak bila pulak bos aku ni pandai bergurau. Dulu bukan main serius lagi. Ke dah buang tabiat? Gurau soal jodoh pulak tu. Dia ni saja nak duga aku ke? Sabo jelah! Aku hanya tersenyum memandangnya. Tak mampu nak bagi jawapan. Aku mengambil higheels seraya menyarung ke kaki. “Errr… saya balik dululah Engku.” Aku terus melangkah menuju ke tempat letak kereta.

“Errr… Zyalna.”

Langkah kakiku terhenti bila dia kembali memanggil. Aku berpaling memandangnya. “Ada apa Engku?”

“Errr…. malam ni kalau saya nak ajak awak dinner boleh tak?” Senyuman terukir dibibirnya. Muka pulak penuh mengharap. Alahai nak bagi jawapan apa erk? Perlu ke aku keluar dengan dia? Senyum tu pulak kenapalah tetiba nampak sweet sangat? Aku mengetap bibir menarik nafas perlahan.

“Errr…. saya… ada hal malam ni Engku, maaflah.” Namun malangnya kata-kata itu hanya tersekat dikerongkong aku je. Yang menjadi jawapannya adalah anggukan kepalaku. Hesy! Apa kena dengan aku ni?

“Okey, nanti malam saya jemput awak pukul 8 erk.” Aku hanya memandang Engku Al- Hadi memandu Mercedes X6 berlalu. Sempat dia membunyikan hon sambil melambai kepadaku. Biar betul aku ni nak keluar dengan Engku Al- Hadi? Hai Zyalna malam ni jadik sejarah selepas 5 tahun kau baru nak keluar dengan lelaki balik. Hesy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience