BAB 9

Romance Completed 8923

Kejap ke kiri kejap ke kanan. Itulah reaksi aku saat ini. Gelisah bila mengingatkan arahan mandatori dari Abah. Mata yang menggantuk pun boleh jadik segar. Apa aku nak buat ni? Aku kembali duduk bersila diatas katil. Tetiba dua nama bermain dimindaku.

Afif Firdee dan Engku Al- Hadi! Haruskah aku meminta pertolongan salah seorang dari mereka? Hesy! Apa aku merepek ni. Mana mungkin aku berkahwin dan memilih Afif Firdee. Cinta terhadapnya sudah lama berkubur dihati.

Engku Al- Hadi? Boleh ke aku hidup dengan orang yang tak pernah aku cintai? Argh! Kusutnya. Bantal Angry birds disebelah aku capai dan peluk erat. Aku mengeluh perlahan. Dan entah bagaimana aku terus terlena. Nasib baiklah sempat terjaga semasa solat subuh.

“Selamat pagi Zyalna. Eh, kenapa muka kau macam cekodok mentah je ni? Ada masalah Negara ke?” Gurauan Hawa sedikit sebanyak menaikkan darah aku.

Dahlah aku tengah kusut dengan permintaan Abah, dia pulak nak buat uji bakat raja lawak 8 kat depan aku. Hesy! Aku menjeling Hawa disebelah. Patut ke aku cerita kat Hawa pasal masalah aku? Serabut nya!

“Selamat pagi yang tak berapa nak indah. Eh, muka aku ni lagi lawa dari cekodok tau. Eh, dahlah malas nak layan kau.” Aku bingkas bangun dan menuju ke pantry. Terasa haus pulak tekak ni. Yelah pagi tadi tak sempat nak sarapan gara-gara asyik teringat arahan mandatori Abah.

“Milo je? Tak makan ke?” Suara seseorang menegur mematikan lamunanku. Aku mengerling kearah suara itu. Lama aku pandang senyuman yang terukir dibibir itu. Entah kenapa detak jantung seakan berhenti bila aku tengok senyuman itu. Argh Zyalna! Tak payah nak berangan.

“Diet.” Itulah jawapan yang tetiba keluar dari mulut aku. Argh! Lantaklah. Dia tersenyum lagi. Tak penat ke bibir tu? Hesy!

“Dah kurus, cantik, comel macam ni pun nak diet jugak ke Cik Erica Hayyara?”

Erk! Memuji ke perli dia ni? Suka hati akulah nak diet ke nak apa ke. Sibuk jelah. “Tapi tak salahkan kalau saya nak diet. Emm… saya masuk dululah Engku, banyak lagi report yang saya kena siapkan.

Errr… report projek Menara Holdings tu kejap lagi siap saya hantar kat bilik Engku.” Aku menuju ke singki untuk mencuci cawan dan terus berlalu meninggalkan Engku Al- Hadi yang masih bersandar di kabinet almari pantry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience