BAB 2

Romance Completed 8923

Selesai tunaikan kewajipan pada Yang Esa, aku duduk termangu di tepi tangga Masjid Jamek Kampung Baru. Disitulah port aku selalu duduk selepas solat. Dah jadik habitlah pulak, lepas solat dok termenung. Apa yang aku menungkan, aku sendiri pun tak tahu. Tapi yang pasti, sejak kebelakangan ini aku sering termenung. Hesy! Zyalna-zyalna.

“Assalammualaikum akak.” Aku tersentak mendengar teguran seseorang, lantas aku toleh kesisi.

Dihadapanku berdiri seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 11 tahun sedang tersenyum memandang tepat wajahku.

‘Comelnya budak ni. Ada lesung pipit pulak tu, anak siapalah yang muka babyface sangat ni? Ini mesti warisi wajah Mak Ayah dia.’ Aku tersengih dalam hati.

“Waalaikumsalam, adik ni carik siapa?” Soalku seraya membalas senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

Aku menjemputnya duduk disebelahku, tapi dia lantas menggeleng kepalanya.

“Nah, ini untuk akak.” Sehelai daun diunjukkan kepadaku.

Aku terkedu! Erk, budak ni apa kes bagi aku daun pulak? Nak ajak main masak-masak ke? Hesy! Akak ni dah besar panjang dik oi, manalah nak main semua tu lagi. Aku tersengih memandangnya. Namun huluran daunnya aku sambut jugak.

Dia tersenyum padaku seraya terus berlari tanpa sepatah kata. Erk, apa kenanya budak ni? Aku kehairanan!

Aku belek jam dipergelangan tangan. Alamak! Dah hampir pukul 2 petang. Macam manalah good staff boleh terlupa nak masuk kerja? Hesy! Matilah aku kena betul ke bohong dengan Hawa kejap lagi.

Alahai Zyalna, apalah nasib kau hari ni. Aku bingkas bangun dan menuju kearah tong sampah. Yelah, takkanlah aku nak buang daun ni kat tangga masjid kot. Jatuhlah saham awek muka ala-ala Nur Fazura kalau buang sampah merata. Nur Fazura? Bukannya aku perasan muka ni sama macam Nur Fazura pelakon tu, tapi bila Hawa selalu cakap muka aku ni hampir sebijik seiras Nur Fazura kadang-kadang aku weird jugak.

Sampaikan one day tu aku beli magazine carik muka dia. Then balik rumah aku bukak magazine dan belek-belek muka aku ni kat cermin. Haah, adalah hampir seiras.

Yelah, kat dunia ciptaan Allah ni kita ada tujuh lapisan wajah serupa. Tujuh petala langit, tujuh petala bumi dan tujuh petala cinta. Eh, apa aku merepek ni? Hesy! Tapi, aku tak pernah nak kerek pun cakap muka aku seiras pelakon tu.

Cuma Si Hawa tu je yang over acting. Sampaikan satu ofis panggil aku Nur Fazura. Buat malu je, hampeh punya bff! Baru je tangan aku nak buang daun tu kat dalam tong sampah, gerak geriku terhenti. Aku membelek belakang daun yang seolah-olah tercoret sesuatu.

:: Assalammualaikum, tak elok gadis cantik dok termenung tepi tangga. Comel pulak tu =) ::

Itulah antara isi coretan kat daun tersebut. Siap lukis smiley face lagi. Cuma yang jadik tanda tanya sekarang, aku tak tahu siapa pengirim daun ni melainkan budak comel tu je yang tahu siapa gerangannya. Siapa pulaklah yang rajin stalker aku ni?

Suka hati akulah nak menung ke, nak apa ke janji aku tak kacau orang. Sibuk jelah. Tapi entah kenapa tangan aku ni rasa berat pulak nak buang daun tu. So, aku simpankan je kat dalam sling bags aku ni haa. Yelah, boleh gak dijadikkan sweet memories.

Kenangan indah? Erk! Takde maknanya. Aku bingkas melangkah menuju ke tempat letak kereta, memandangkan langit yang cerah sudah pun bertukar gelap menandakan hujan nak turun. So, sesiapa yang dok kat area Kampung Baru ni sesilalah angkat kain jemuran tu Makcik- makcik, akak-akak oi.

Hujan nak turun kejap lagi ni ha, karang tak pasal-pasal lencun balik kain baju yang dah sedia kering tu. Haha!

“Zyalna, kau pergi mana lewat masuk? Date dengan Encik future husband erk?” Soalan maut yang keluar dari bibir mungil Hawa sudah pun menarik minat semua staff kat ofis ni termasuklah Engku Al- Hadi yang baru melangkah masuk dari pintu utama.

Lewat sepuluh minit je dari aku. Semua mata memandang tepat ke arahku. Hawa ni kan saja je keluarkan statement panas. Kang tak pasal-pasal aku dah jadik artis glamour yang tengah kena interview wartawan bertanyakan soal kahwin.

Dan yang paling menghairankan aku, renungan Engku Al- Hadi betul-betul menyeramkan. Marah ke bos aku tu? Hesy! Dia orang ni pun satu, masa tengah kerja jugaklah sibuk nak tanya soalan personal. Bergossip je. Melampau betul! Aku hanya senyum tak perlu kata apa-apa.

Namun dalam hati aku ni dah sebakul sumpah seranah untuk Si kepoh Hawa.

“Congrats Zyalna. Bila nak kahwin?” Ucapan dan soalan yang serentak diajukkan oleh Engku Al- Hadi.

Dia berdiri menghadap mejaku dan memandang tepat muka aku. Apa kenanya bos aku ni? Tak pernah-pernah pandang aku macam nak telan mangsa je. Apa kes? Gulp! Aku telan liur. Alamak pahitnya.

“Thanks Engku. Ermm…. lambat lagi kot.” Aku main hentam keromo je jawapan tu. Yelah, calon takde tetiba pulak ditanya soalan bila nak kahwin. Ni semua kerja Si Hawa yang memandai je buat statement air kopi panas. Aku mengetap bibir menahan geram.

“Oh yeke, that’s mean saya masih ada peluangkan?” Engku Al- Hadi tersenyum seraya berlalu menuju ke biliknya.

Semua mata staff tertumpu kepadaku. Hesy! Apa kena dia orang ni pandang aku semacam je. And one more thing, apa maksud kata-kata Engku Al- Hadi tu erk? Peluang? Weird je bunyi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience