Bab 4 Menuju Langit

Fanfiction Completed 570

Tahun 2026 telah tiba, umur Farid menghampiri 20 tahun. Dia meneruskan pelajarannya. Dia menghabiskan pelajaran di university pada peringkat Master pada akhir akhir bulan September.

Selepas itu, dia hanya menumpukan perhatiannya terhadap bola sepak. Ketekunan dan semangatnya masih lagi menyinar. Dia berlatih bersungguh sungguh serta mempelajari teknik pertahanan yang betul seperti Pertahan 1v1 dan Pertahanan Hantaran Gerak Terancang.

Dalam masa yang sama, Farid melakukan kerja sampingan untuk menampung makan minumnya. Dia bekerja sebagai penjual minuman di sebuah restoran.

Dalam diam, pengurus pasukan sentiasa memerhatikannya dalam latihan. Pengurus berhajat ingin mengambilnya sebagai pemain senior.

Pada suatu hari di padang latihan, jurulatih tim junior tidak hadir. Lalu, pengurus pasukan yang menguruskan mereka. Selepas tamat latihan, pengurus menyatakan tentang pengambilan pemain muda untuk memasuki tim senior yang akan dijalankan pada hujung tahun seperti biasa. Selepas mendengar kata kata itu, semangat Farid membara lagi.

Alhamdulillah, berkat ketekunan dan kesabarannya, dia layak untuk memasuki tim senior pada umur 21 tahun. Dia pulang kerumahnya lalu, mengkhabarkan berita ini kepada ibunya. Ibunya sangat gembira apabila mendengar berita itu.

Tibalah masa yang dinantikan oleh Farid. Dia bermain di posisi penyerang kiri. Dia amat selesa berada di posisi yang strategik itu. Di musim pertamanya, dia bermain dengan baik dengan jumlah gol sebanyak 9 gol dalam 15 perlawanan. Justeru menjadikannya pemain emas pasukan.

Pada suatu hari di padang latihan pasukan senior, pengurus memberikan surat kepada Farid. Farid berasa sangat bersyukur kerana dia dapat mewakili Arab Saudi untuk ke Piala Negara Negara Islam 2027. Dia berlatih dengan pelbagai teknik dan skill supaya dapat bersedia untuk menghadapi perlawanan itu.

Syukur kehadrat Ilahi, Arab Saudi mendapat tempat kedua dalam kejohanan itu berkat usaha dan latihan yang praktikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience