Bab 6 Mimpi Menjadi Kenyataan

Fanfiction Completed 570

Selama 3 tahun menjalani prosedur penyembuhan, sebuah kelab kecil yang bertapak di Pulau Pinang sedang mencari pemain yang berbakat.

Alhamdulillah rezeki tidak terduga, Farid dibeli oleh kelab Muhammadiyah FC. Farid berasa sangat gembira. Walaubagaimanapun, Farid yang berumur 26 tahun pada masa itu hanyalah orang cacat tak berduit. Dia berasa bahawa dia akan dihina apabila memasuki kelab itu.

Pada tarikh April 2031, Farid bertemu dengan pengurus pasukan yang bernama Adam Aiman. Pengurus yang berkebangsaan Malaysia itu mengatakan kepada Farid supaya bermain mengikut kemampuan.

Namun, Farid mengatakan bahawa dia tidak mempunyai apa apa kebolehan lagi. Semuanya telah hilang sejak 3 tahun yang lepas akibat kemalangan. Lalu, pengurus itu pergi ke mejanya lalu mengambil satu alat. Beliau meletakkan alat itu pada kaki Farid. Dengan kuasa Allah, Farid berjaya untuk berdiri sendiri. Dia amat berterima kasih kepada pengurus yang baik hati itu. Dia tidak tahu bagaimana ingin membalas jasa baik pengurus tersebut. Pengurus itu mengatakan bahawa beliau menginginkan Farid bermain dengan bersungguh sungguh dan menjadi contoh kepada orang kelainan upaya yang lain.

Seawal musim yang pertama, Farid telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Farid mengatakan bahawa dia selesa berada dalam pasukan ini kerana semua pemain dan staf kelab beragama Islam. Pengurus dengan bangganya melantik Farid Salahuddin sebagai kapten pasukan Muhammadiyah FC. Walaupun baru 4 bulan bersama tim ini, dia telah menjadi kapten yang mahir dalam semua teknik dan taktik. Farid akhirnya telah berjaya menggapai langit yang diimpikannya sejak kecil.

Tamatlah sudah kisah menginspirasikan daripada pemain muslim yang hebat. Semua watak, jalan cerita dan tempat adalah rekaan untuk memberi pengajaran semata mata. Terima kasih kerana membaca novel ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience